Selalu terfikir mengapa Datuk Ambiga memberi tekanan maksimum ke atas pihak SPR, akhirnya terbongkar juga motif beliau.
Datuk Ambiga menyarankan SPR supaya reformasi harus dibuat dalam PRU13 ini bagi mengelakkan penipuan.
Penipuan dari pihak siapa????
Tindakan agresif beliau sebenarnya memberi amaran kepada SPR bahawa penipuan telah berlaku dalam pilihan raya lepas dimana pihak pembangkang telah berjaya merampas lima negeri dari pegangan BN.
Bagaimana pihak pembangkang boleh menang lima negeri? Mari kita lihat logiknya.......
1. Jika BN yang membuat penipuan dalam PRU, bagaimana boleh terlepas 5 negeri? Semestinya BN tidak terlepas negeri-negeri in ke tangan pembangkang.
2. Selangor dan Pulau Pinang merupakan hub penjanaan ekonomi, kalau BN menipu tak mungkin dua negeri ini terlepaskan kan kan???
3. BN menipu di PRU? Mengapa BN tak boleh merampas Kelantan selama 20 tahun?
FIKIRKAN........
Nampak sangat penipuan telah dibuat oleh pihak pembangkang.
Datuk Ambiga juga telah mengatakan bahawa PRU13 akan menjadi PRU yang paling kotor.
Beliau berkata BERSIH akan pantau proses pilihan raya dengan melantik beribu-ribu orang ramai menjadi pemerhati.
Walaupun usaha BERSIH menjadi beban sekarang tetapi pastinya akan memberi keputusan yang positif kepada BN kerana pihak pembangkang tidak dapat memanipulasikan undi dalam PRU13.
Blogger pasti segala usaha Datuk Ambiga akan memnberi impak yang positif sekaligus menumbangkan parti pembangkang.