Showing posts with label polis. Show all posts
Showing posts with label polis. Show all posts

Friday, 19 February 2016

SENSASI! BLOGGER DESAK PDRM TAHAN ANAK MUHYIDDIN


Saya sebagai seorang blogger dan ahli media, Kingmaker Media Online, amat tidak berpuas hati dengan kata-kata kesat yang telah dilemparkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dengan mengatakan singkatan @KBAB51 sebagai 'kebab' dan juga mengatakan 'ah kebab leh gimam yang membawa maksud pergi mampus.

Kata-kata ini telah dilemparkan oleh anak bongsu bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bernama Farhan.

Disamping itu, Farhan telah memuat naikkan gambar logo keramat PDRM yang telah diubahsuai dengan meletakkan logo guni duit.


Ini merupakan tindakkan yang sangat TERHINA dan saya mendesak PDRM dan juga SKMM mengambil tindakan keatas Farhan.

Ini merupakan satu penghinaan kepada semua warga PDRM yang sedia ada dan juga bekas pegawai dan Veteran PDRM.

Perbuatan Farhan boleh disiasat dibawah Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957 Dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Saya mendesak PDRM mengambil laporan saya sebagai laporan rasmi dan menahan reman Farhan atas perbuatan dia.


Sekarang laporan telah dibuat PDRM tolong ambil tindakkan. Segerakan siasatan terhadap FarhanYassin. Virus begini harus dihapuskan dengan segera, jika tidak ia akan merebak ke masyarakat yang lain.

Sumber:


TIADA BELAS KASIHAN.



Sunday, 11 October 2015

Ops Cantas Khas Jempol: Keberanian DSP Shan Gopal diTabik!

Ops Cantas Khas Jempol yang diketuai DSP Shan Gopal telah menangkap 23 lelaki India, 8 lelaki Cina, 1 lelaki Melayu dan 1 lelaki warganegara India yang disyaki terlibat dalam pelbagai kes.

Dalam operasi ini, pihak polis telah merampas sebilah pisay Rambo, sebatang chota boleh paras, sebatang besi dan motokar jenis Nissan.

Polis juga berjaya memberkas 8 orang dalam senarai 'Wanted Person' manakala 11 orang yang bertatoo dipercayai ahli kongsi gelap.

Operasi yang berlangsung dibawah naungan DSP Shan Gopal menaruh kepercayaan rakyat Jempol terhadap PDRM.

Ramai dikalangan rakyat Jempol telah meluahkan rasa puas hati kerana aktiviti kongsi gelap bakal dicantas oleh pihak polis.

Keberanian DSP Shan Gopal dipuji dan diharap Ops Cantas akan berterusan dengan berjaya sehingga 'Najis' ini dibersihkan sepenuhnya.

Sekian

Tuesday, 30 July 2013

Sanjeevan ditembak oleh Rakannya Sendiri Polis menjadi Mangsa?

Salam 1Malaysia,

K1NGMAKER baru mendapat satu berita tentang percubaan pembunuhan yang melibatkan MyWatch pengerusi R Sri Sanjeevan.

Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar memberitahu hari ini bahawa penembak tidak mengupah pembunuh tetapi rakan-rakan pemerhati jenayah itu sendiri.

"Tidak, mereka tidak adalah pembunuh disewa. Mereka adalah kawan-kawannya, "Khalid diturunkan.

Apabila ditanya sama ada polis mempunyai apa-apa membawa kepada suspek, Khalid disebut secara ringkas bahawa polis telah mengenal pasti suspek yang mungkin.

"Ya, kita mempunyai beberapa orang yang kita melihat tetapi saya tidak boleh mengulas lanjut mengenai perkara itu. Kami sedang dalam proses menyiasat. Lambat laun kita akan mengetahui, "katanya.

Adakah ini satu drama Sanjeevan? Mengapa harus kawan kawannya buat begitu...

Adakah  tembakan ini merupakan satu drama yang dengan tidak sengajanya terkena Sanjeevan? Adakah perkara ini sepatutnya berlaku secara olok olok?

Adakah ini masalah atau isu persendirian dimana Sanjeevan sengaja mengaitkan dengan isu pengedaran  dadah semata mata untuk mengalihkan arah kes ini...

Apakah tindakan polis? Adakah polis akan menahan Sanjeevan setelah dia pulih atas dasar tuduhan palsu?

Jika Sanjeevan menjadi seorang yang wanted sehingga ditembak maka apa yang telah dilakukan oleh sanjeevan sebelum ini? Adakah dia mempunyai hubungan dengan mana mana sindiket...

Adakah Sanjeevan sendiri seorang penjenayah yang silent?

Banyak benda dari pelbagai angle harus pihak PDRM siasat...