Showing posts with label Datuk Seri najib razak. Show all posts
Showing posts with label Datuk Seri najib razak. Show all posts

Thursday, 18 February 2016

Terkini! Lim Liong Sik Dendam Najib?

Bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik terus membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sebelum ini mengheretnya ke mahkamah atas saman fitnah.
Menurut bekas menteri kanan itu, tidak ada yang apa yang salah dengan Umno dan BN.
"Hanya Najib dan (isteri perdana menteri) Rosmah (Mansor).
"Kita singkirkan Najib dan Rosmah, negara akan kembali normal. Keamanan, kestabilan dan kemajuan akan kembali ke Malaysia," katanya pada sidang akhbar di Kajang, Selangor.
Beliau mengulas soalan berhubung keputusannya untuk terbabit dengan perhimpunan BERSIH, pada Ogos tahun lalu dan tuduhan terhadap Najib mengenai ‘derma’ RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadinya.
Ling berkata beliau tidak mempunyai masalah peribadi dengan Rosmah, tetapi percaya bahawa beliau terlibat dalam isu-isu bersama-sama dengan suaminya.
"Dua-dua mereka terlibat, saya mungkin salah, tapi jika hanya Najib, Najib lah," katanya.
Bekas presiden MCA turut membidas kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang mendakwa Najib telah mengembalikan RM2.03 bilion kepada penderma berkenaan.
"Semua orang terkejut," katanya apabila diminta mengulas perkara itu.
"Saya sedang makan malam dengan seorang bekas menteri, dia minta saya namakan orang yang diberi RM2.6 bilion dan memulangkan wang itu semula?
"(Ini) tidak mungkin benar, siapa yang percaya? Jika awak pulangkan RM10 yang saya berikan itu adalah okay (tetapi bukan RM2.6 bilion).
"Awak fikir rakyat bodoh," katanya.

Thursday, 13 August 2015

Adakah Pihak Pembangkang Tahu Isu Tersirat atau Sengaja Menghasut Rakyat?

Isu 1MDB, RM 2.6 Billion, Kapal Jet dan lain - lain di ura-urakan oleh pihak pembangkang mahupun pihak UMNO sendiri bagaikan mencucuk PM dari belakang. 

Siapakah yang melakar semua ini?

Adakah yang melakarnya memang tahu isu sebenar atau sengaja mengungkit dan menghasut rakyat semata- mata hendak gulingkan kepimpinan Najib?

Menjawab dakwaan adik Najib Razak yang mensarankan kurangkan berpolitik dan fokuskan isu kejatuhan mata wang RM, siapa yang berpolitik siang dan malam dengan menggunakan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB)?

Siapa yang naikkan sentimen bencikan Najib dengan menggunakan isu 1MDB? 

Siapa yang upah Sarawak Report untuk serang Najib? 

Siapa yang anjur makan malam dan forum 1MDB?

Sekarang semua isu ini digunakan sebagai modal politik oleh pembangkang dalam terus memburukkan Najib yang juga Menteri Kewangan.
yang paling menujukkan heroism ialah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli.

Mereka berdua turut memberikan ceramah berkaitan 1MDB dan menganggapnya satu skandal yang melibatkan Najib dan 1MDB.

Apakah yang mereka tahu semua tentang 1MDB? 

Jika YA, K1NGMAKER cabar mereka mengeluarkan segala bukti yang SAH dan menyerahkan kepada SPRM dengan segera.

Jika tidak, Letak Jawatan dan mengaku kalah!

Wednesday, 5 August 2015

SPRM-Tiada Undang-undang Khusus Untuk Dedah Penderma Badan Politik

Tiada undang-undang khusus bagi membolehkan mana-mana pihak untuk mendedahkan pihak yang didakwa memindahkan RM2.6 bilion dalam akaun milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil berkata, ketiadaan akta khusus itu juga menyebabkan tiada undang-undang yang menyatakan menjadi suatu kesalahan jika memasukkan sejumlah wang kepada ahli politik.

Katanya, SPRM sudah mengemukakan cadangan untuk menubuhkan akta khusus itu sejak 2008 lagi bagi membolehkan semua ahli politik mengisytiharkan sumber kewangan yang diperoleh daripada mana-mana pihak, namun sehingga kini belum terlaksana.
“Derma kalau di bawah takrif suapan adalah satu takrif suapan di bawah Akta SPRM, cuma isu yang kita kaitkan itu adalah derma politik di mana kita tidak mempunyai undang-undang khusus.

“Disebabkan tiada undang-undang khusus itu, kita tidak perlu melaporkan siapa yang bagi dan dari mana wang itu datang. Terpulang kepada individu masing-masing sekiranya mereka mahu mendedahkan secara suka rela atau pun tidak.

“Berbanding India dan Indonesia, mereka mempunyai akta berkenaan menyebabkan semua ahli politik termasuk pembangkang perlu memaklumkan sebarang dana dan tujuan yang diperoleh daripada mana-mana pihak dalam tempoh 30 hari,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis ‘Luncheon Talk’ dan Sambutan Aidilfitri SPRM bersama Sektor Swasta. Turut hadir, Pengarah SPRM Kelantan, Datuk Abd Aziz Aban.

SPRM dalam satu kenyataan menjelaskan hasil siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion itu juga sudah dirujuk dan dimaklumkan kepada Peguam Negara.
“SPRM sebenarnya tidak terbabit dalam siasatan 1MDB, sebaliknya hanya terbabit dalam siasatan berkaitan SRC International Sdn Bhd.

“Ramai yang beranggapan SPRM menyiasat isu 1MDB, sedangkan kami tidak terbabit langsung dengan perkara itu. 1MDB disiasat polis dan saya meminta masyarakat tidak mengaitkan SPRM dengan 1MDB,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Lujnah Penerangan, Dakwah dan Pendidikan PAS Pasir Puteh dan NGO Royalti turut menyerahkan memorandum sokongan kepada SPRM supaya terus melaksanakan tugas dengan lebih baik, tidak berputus asa dan telus.

Wednesday, 11 June 2014

Ahli Parlimen Kinabatangan Mesti Minta Maaf Secara Terbuka!

Salam 1Malaysia,

Blogger tergempar dengan kata-kata Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar!


"Jika anda bukan ahli Parlimen, anda akan menjadi perompak"!

Walaupun ini ditujukan kepada ahli Parlimen Kapar, G Manivannan, blogger rasa ini satu kenyataan yang menghina kaum India.

Bung, kita mempunyai ramai lagi ahli parlimen dan juga ahli kabinet India, adakah kenyataan itu sama sekali merujuk dirujuk kepada mereka?

Bung harus menjelaskan dan meminta maaf secara terbuka kapada kaum India dengan serta merta.

Saya berharap pihak UMNO dan Barisan Nasional akan mengambil keputusan setimpal.

Jangan sampai perompak - perompak yang dimaksudkannya meragutnya nyawanya ditepi jalan.

Jangan juga lupakan gambar dibawah ini..



Kita BN telah mendapat banyak pengajaran melalui Ibrahim Ali dan Zulkifli Nordin.

Mengapa lagi-lagi membuat kesilapan yang sama?

Saya sangat sedih bila UMNO dan BN bertindak Rasis.

UMNO BN harus menjadi role model kapada parti - parti lain.

K1NGMAKER tidak akan senyap sehingga Ahli Parlimen yang biadap kurang ajar ini meminta maaf kepada orang India secara terbuka!




Saturday, 8 February 2014

Jawatan Timbalan Menteri JPM Milik MIC!

Salam 1Malaysia,

K1NGAMKER baru baca berita di FMT "Waytha to quit govt posts" .. Blogger tak hairan sebenarnya... dah tahu dah benda ini bakal berlaku...

 Waytha hindraf najib
Kalau benar-benar YB Waytha letak jawatan maka apa jadi dengan jawatan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri?

Blogger dengan penuh ikhlas mencadangkan YAB PM Najib Razak melantik timbalan menteri baru dari MIC...

Jawatan tersebut selalunya dijawat oleh wakil India, contohnya Datuk Seri Kayveas, Datuk Murugiah, Datuk S.K Devamany dan kini YB Waythamoorthy.

Saya sarankan jawatan itu harus diberi semula kepada wakil India dan seorang berkaliber yang dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna dan sabar...

Berdasarkan pengetahuan Blogger, TM India di JPM sebelum ini telah menjalankan tugas mereka dengan begitu professional dan telah banyak berkhidmat untuk rakyat secara langsung...

Dua Timbalan Menteri India dari dua parti yang berbeza tidak  mampu melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap kementerian mahupun rakyat... Ini sudah cukup untuk menunjukkan bahawa pemimpin dari MIC lebih berwibawa..

Tiada alasan yang akan diterima... Jangan kita tuduh kerajaan Barisan Nasional... Initiatif sendiri perlu ada untuk mencapai matlamat... 

Sekali lagi Blogger berharap PM kita dapat mempertimbangkan jawatan ini kepada seorang wakil dari MIC.....

Tak usah blogger senaraikan nama, yang layak akan dapat... Kalau PM sudi blogger boleh tolong shortlist nama calon yang layak....

Sekian Terima Kasih..

Sunday, 21 April 2013

Video: I Salute Michelle Yeoh! Booo To Pakatan!

Salam 1Malaysia,

Datuk Seri Michelle Yeoh seorang artis Malaysia dan terkenal di pelusuk dunia dimaki hamun oleh pencacai Pakatan Rakyat....

Artis ini dimaki hamun sebab beliau menyokong BN....apakah adat Pakatan Haram ini...???
Kata nak hak bersuara... Inikah jadahnya korang tunjukkan hak bersuara....

Apa wei.... korang maki orang kalau sokong BN...kalu sokong PR korang puja ke....
Macam ni ke rakyat nak respect korang....

Sebagai seorang rakyat Malaysia, nasihat peribadi kepada semua, kalau nak undi PR, bersedia untuk korbankan maruah, agama, tradisi dan juga kebebasan bersuara...

Tetapi Datuk Seri Michelle Yeoh tidak gentar dengan adegan puak pakatan ini...beliau tetap menyuarakan sokongannya kepada YAB PM kita....



Selanjutnya sila baca Michelle Yeoh Menyokong Penuh Perdana Menteri! 

WE LOVE 1MALAYSIA!

Saturday, 20 April 2013

Apa Ni Wei!!!! Rakyat Cina Klang Kenakan PM Kaw-Kaw!



Salam 1Malaysia,

PM kita kena Kaw-Kaw semalam wei...Kaw-kaw apa? Sokongan dan kasih sayang rakyat Cina yang Kaw-Kaw lar....
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEisorXvY9-LsirXUJ5l-WIQgkM6voon74fSDRCwtAJrvHKG2kspvPfl1OWnP9JX-qrzvrMJq5sAnghIY8EWD3NI-kX5EQAHrDNuwL3IzvxZDUqfw9opRaLwqAL1bEIWavjPOBqYBlEnHlaH/s1600/SGBang+1(1).jpg


Klik link dibawah ini untuk berita lanjut...

Tuesday, 9 April 2013

MESTI MAU TAU!!! Empat Scandal Najib Dan Rosmah!

Salam 1Malaysia,
1.SKANDAL PEMBELIAN KAPAL SELAM SCORPENE
Skandal pembelian kapal selam Scorpene mula kedengaran semenjak Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak masih menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Pertahanan. Walaupun pelbagai dakwaan telah dikemukan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan agen mereka, SUARAM namun sehingga hari ini, tiada sebarang dokumen yang dikemukan membuktikan penglibatan Najib dalam skandal ini. Malah kerajaan telah membuktikan bahawa pembelian kapal selam ini adalah mengikut prosedur standard.

2.SAPINA DI PERANCIS
Juga melibatkan skandal pembelian kapal selam. Kali ini Dato Seri Najib dan beberapa nama didakwa oleh SUARAM akan disapina di mahkamah Perancis berkaitan skandal pembelian kapal selam Scorpene. Namun sehingga saat ini, Najib masih melakukan tugas rutin sebagai Perdana Menteri Malaysia tanpa sebarang gangguan daripada mana-mana pihak perundangan Perancis apatah lagi Polis Antarabangsa (Interpol). Agak-agaknya bila mahu disapina?

3.KES PEMBUNUHAN ALTANTUYA SHAARIIBUU
Masih dalam kerangka skandal pembelian kapal selam Scorpene. Kali ini, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dituduh terlibat dalam pembunuhan seorang model kelahiran Mongolia, Altantuya Shaariibuu oleh pemimpin pembangkang. Namun bukti menunjukkan Najib tidak pernah mengenali Altantuya secara peribadi dan Rosmah juga tiada di tempat kejadian semasa pembunuhan kejam itu dilakukan. Selain itu, Najib sebagai seorang Muslim telah tiga kali bersumpah Qasamah menafikan mengenali Altantuya dan terlibat dalam pembunuhan kejam itu. Raja Petra Kamaruddin, seorang pengendali portal berita juga mengakui bahawa telah diarahkan untuk menyebarkan fitnah walaupun mengetahui bahawa tiada sebarang bukti asas untuk menyokong fitnah ini. Sehingga hari ini, pemimpin dan pejuang siber pembangkang terus menggunakan isu ini walaupun tidak pernah mengemukan bukti.

4.PEMBELIAN CINCIN BERLIAN DS ROSMAH RM24 JUTA

Melihat angka ini sahaja boleh menyebabkan timbul tanda tanya; Mengapa cincin semahal ini cuma dihantar secara pos atau kurier? Bukankah lebih mudah sekiranya selepas membeli cincin ini, Datin Seri Rosmah Mansor terus menyarungkan ke jari? Pasti ini lebih selamat dan tiada sesiapa yang akan tahu. Sekali lagi, sehingga hari ini tiada sebarang bukti menunjukkan cincin itu benar-benar wujud. Malah akhbar Kompas di Indonesia yang mengeluarkan berita tentang ini juga telah memohon maaf kepada PM dan isteri kerana tidak telah mengeluarkan berita palsu, manakala Chegubard sehingga hari ini masih tidak mengakui bahawa ini semua fitnah semata-mata. Fitnah lagi.

K1NGMAKER: Nampaknya keempat-empat scandal ni diura-urakan dengan sengaja oleh puak pembangkang...apa lar kita rakyat Malaysia yang bijak belaka pun boleh percayakan fitnah pembangkang terhadap pemimpin negara kita yang sedang bertungkus lumus mempertahankan ekonomi, sosial, kebajikan, perpaduan, pendidikan, dan agama rakyat Malaysia...Fikir masak - masak yer semua...sebagai manusia kita kena ada rasa bersykur dan berterima kasih tau... 
Jangan terjebak dengan FITNAH FITNAH FITNAH..
SAY NO TO PAKATAN
SAY YES TO BN

WE LOVE 1MALAYSIA!