Showing posts with label amenoworld. Show all posts
Showing posts with label amenoworld. Show all posts

Thursday, 6 June 2013

Blogger PR AmenoWorld diburu PDRM?

Salam 1Malaysia,
K1NGMAKER dengar cerita blogger hebat kononya AmenoWorld sedang diburu polis. Ini berlaku setelah AmenoWorld telah mempersoalkan kuasa Institusi Beraja di dalam Facebooknya. K1NGMAKER berharap agar rakyat seperti AmenoWoeld harus dibuang negara.


Institusi Beraja adalah lambang kegemilangan negara kita. Sesiapa yang mempersoalkannya harus diambil tindakan dengan serta-merta. Sultan-Sultan di Malaysia tisak pernag gagal mempertahankan keamanan dan keharmonian negara ini secara turun temurun. Mereka adalah lambang perpaduan.
Jika kita menyelak sejarah, moyang-moyang kita bukan sahaja melayu malah india dan cina juga percaya jika kuasa Raja dipersoal mereka akan ditimpa bala. Sudahkah kita lupakan amanat mereka?
Ingatlah rakyat sekalian, negara kita adalah satu daripada yang paling aman. Bersyukurlah kita kehidupan tanpa perang, tembakan, letupan bom dimerata tempat, bencana alam dan sebagainya. Janganlah kamu mengeluh. Jangan terikut dengan cakap orang yang kurang berpelajaran seperti AmenoWorld san sebagainya.
Kita rakyat Malaysia pandai. Kita dapat menilai yang baik dan buruk. Jangan terpedaya dan jangan diperguna. Sentiasa ingat lah rukun negara kita,
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran perlembagaan
Kedaulatan undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan

Jangan hanya baca sebab di suruh. Cuba telita maksud satu demi satu. Anda akan merasainya.
Tak percaya?Cubalah!
WE LOVE 1MALAYSIA