Tuesday, 18 February 2014

Pejuang Politik Ramesh Rao Menbidas Presiden-Presiden Parti Politik India!

Salam 1Malaysia,

Asyik blogger layan twitter, terjumpa pulak twitter daripada seorang saudara yang memang telah membuka nadi nadi pemikiran K1NGMAKER.

Jom Tengok Ini....


Dengar cerita Ramesh Rao ini merupakan bakal calon Timbalan Menteri JPM, tak tahu lar kan...

Tapi itu tak penting... kita tengok komitmen beliau terhadap isu - isu politik semasa.
Beliau betul - betul berjuang mempertahankan kebenaran.

Betul juga apa yang beliau tanya...

Mengapa selama ini Presiden - presiden Parti Politic India seperti MIC, PPP, IPF mendiamkan diri apabila Waythamoorthy menuduh PM penyebab kemunduran masyarakat India.

Bukankah mereka ini yang sepatutnya lebih tahu tentang sumbangan PM kita kepada masyarakat India?


Mengapakah mereka harus mendiamkan diri?

Presiden MIC dan PPP kita yang telah berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri dulu tak kan tak tahu apa yang berlaku?

Adakah mereka bersubahat dengan Waythamoorthy?

Adakah mereka setuju dengan tindakan dan statement Waythamoorthy?

Adakah mereka malas nak bagi komen, asal kan bukan mereka yang ditarik masuk?

Banyak soalan yang timbul?

Itu yang Ramesh Rao langsung tidak puas hati...

Ketika blogger menghubungi beliau untuk beliau mengulas status twitter beliau ini yang beliau kata....

  


Ini merupakan fakta - fakta yang harus masyarakat India tahu..  Pemimpin kita seharusnya membidas Waythamoorthy dan harus membuktikan kepada masyarakat orang India yang apa yang Waytha kata adalah satu pembohongan yang besar.

Saya betul-betul sarankan pemimpin kita harus berani bersuara...jangan lar tunggu orang lain yang bersuara... Tunjukkan kepimpinan...

Saya puji komitmen Ramesh Rao... K1NGMAKER harap komitment beliau ini akan dipuji oleh PM kita dan juga menjadi role model kepada pemimpin lain.

Kalau boleh saya nak mana - mana presiden jawab soalan saya kat atas tu....

Sekian Terima kasih.


No comments:

Post a Comment