Showing posts with label Waythamoorthy. Show all posts
Showing posts with label Waythamoorthy. Show all posts

Tuesday, 4 March 2014

Beranikah Waytha Menyahut Cabaran Ramesh Rao?

Salam 1Malaysia,

Setelah Waytha meletakkan jawatan Timbalan Menteri, dia mula mengganggu ketenteraman dan menyibuk sangant dalam isu pentadbiran negara dengan melontarkan pelbagai fitnah.

Waytha yang telah gagal melaksanakan tugasnya mula menuduh YAB PM pula dengan mengatakan beliau tidak menepati janji dan juga tidak melakukan sebarang kebaikan untuk kaum India di Malaysia.


Dia juga telah berkata dalam satu ceramahnya bahawa di Malaysia masih lagi ada 300, 000 kaum India yang tidak mempunyai I.C. Siapa yang ajar dia, N.Surendran ke? N. Surendran pun gagal membuktikannya.

Hari ini (4/3/2014) Pejunag Politik, Ramesh Rao telah mencabar Waytha untuk membuktikan 300, 000 rakyat ini. Jika dia berjaya, Ramesh Rao dan NGO-NGO sekutunya akan berjuang sepenuhnya untuk mendapatkan IC untuk 300,000 rakyat India ini. Ramesh juga telah berkata Waytha tidak boleh menafikan isu ini kerana kata-katanya telah dirakam dalam video.


Ketika menghubungi KDN untuk penjelasan, Ramesh berkata JPN menafikan wujudnya 300,000 rakyat Indai tanpa IC dan mereka juga berkata Waytha tidak pernah menghantar sebarang isu tentang IC ini dalam masa 8 bulan memegang jawatan ini.

Beliau juga menghubungi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri KDN untuk mendapatkan jaminan jika betul wujudnya 300, 000 rakyat tanpa IC, beliau harus bantu dengan telus.

Waytha dicabar untuk bertanding di PRK Kajang jika dia rasa dia layak dan masih mempunyai penyokong. Ramesh berkata beliau nak tengaok dalam 10% undi kaum India di Kajang, berapa peratus yang boleh Waytha rampas? Ramesh Rao sudi menanggung deposit untuk Waytha bertanding.


Beranikah Waytha menyahut cabaran ini, atau dia akan duduk diam dan suruh budak - budak IT dia edit gambar kutuk Ramesh Rao?

Waytha tak berani, cabaran K1NGMAKER dia tak dapat nak menyahut.

Sekian Terima Kasih

Saturday, 22 February 2014

Waytha Needs Medical Assistance?

Salam 1Malaysia,

Pelik bila blogger baca statement Waythamoorthy dalam Malaysiakini tadi.


Awal-awal dia kata 35 Juta merupakan berita baginya. Lepas itu dia juga mengaku satu masalah sudah selesai.

En Waythamoorthy yang saya hormati, saya sudah cakap jangan malukan diri anda.

Lets brake down Waytha's sequence:

1. 35 juta adalah berita

2. satu masalah sudah selesai

3. waytha baru 8 bulan menjadi timbalan menteri

4. nak berjuang untuk hak orang India yang telah diabaikan selama 50 tahun

Okay Mr Waytha, do you think you are a superhero or something?

Anda ini mempunyai akal fikiran atau tidak? Bolehkah anda berjuangkan hak orang India yang diabaikan selama 50 tahun dalam masa 8 bulan?

Please be practical lar brother....

Kerajaan ini bukan milik bapa kamu ke bapa saya. Everything has a process and procedure. We really thought you are very wise but you have disappointed us.

Please dont waste time by asking sorry and showing your pathetic face. It irritates us.

I really believe you need some medical assistance. Please ask your so call truthful followers to get you some treatment. 

Your action and statements from the beginning is not right on track.

Mr Waytha this is my friendly request.. Please get yourself admitted.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjmV7UKsxEHz8iLpdsRIpqRpGH6ehWKmpc_lBJ89ESfkKZr1Q5qlALRl3UHB4bHcAaeNNkhRwPSpAUMSCL81IZR1f1KXwCQkQBjt23iT_Sv-lO3o68-WmiTQFjihwgCVBFlxGnL7g5Zkhs/s400/Waytha_hosp1.jpg
Picture from google (just for display)


Thank You.





Friday, 21 February 2014

I will look into the fundamental issues-Ramesh Rao

Salam 1Malaysia,
K1NGMAKER mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan Ramesh Rao, yer betul nama yang telah K1NGMAKER baginya tempoh hari "Pejuang Politik"...
Tujuan K1NGMAKER jumpa dia nak tahu ini orang betul-betul boleh jadi timbalan menteri kah? Banyak akhbar sudah keluarkan cite pasal "anne" ini...
So baik lar kita interview dia direct...
Bila di soal beliau memang menjawab dengan spontan tanpa ragu -ragu....
Beliau berkata "i will look into the fundamental issues of our indian society. I am sure I will never make the mistake that he (waythamoorthy) did...
Beliau juga berkata bahawa keputusan diserahkan sepenuhnya dalam tangan YAB PM kita...
"If i was to be given this responsible (timb menteri), i will sure conduct it as the way i should and will take this as an oppurtunity given by PM for me to serve my community"
Betul juga dia kata kalau diberi peluang...
Why not our PM consider Ramesh Rao... bila PM  mampu mengambil risiko melantik si Waytha yang huru harakan negara, masuk ISA... so why not Ramesh Rao...rekod clean, sincere in serving the country....
K1NGMAKER harap pelantikkan dapat dilakukan sebelum PRK Kajang...
Kerja sudah banyak pending tu...8 bulan tak ada kerja yang jalan...
Sekian terima kasih

Wednesday, 19 February 2014

K1NGMAKER Nak Jawab Soalan Waytha Kepada KJ

Salam 1Malaysia,
Perlukah adanya peruntukkan untuk melaksanakan tugas?
Dear Mr Waytha,
Sebelum anda lontar soalan anda kepada YB Kj, tolong jawab soalan saya....
Pertama sekali anda tidak perlukan peruntukkan untuk melawat estet-estet yang di duduki masyarakat India...

Berapa banyak estet yang telah En Waytha lawat selama 8 bulan ini?

Kedua, En Waytha masih boleh melakukan lawatan rasmi ke sekolah - sekolah tamil. Masih ada sekolah yang mempunyai kekurangan...

Berapa banyak sekolah tamil yang telah En Waytha melawat dalam masa 8 bulan ini? 

Ketiga, berapa banyak kuil yang telah En Waytha lawat selama 8 bulan ini... dear honourable lawyer, perlukah peruntukkan untuk melakukan lawatan rasmi...?
Are you telling all our Indian status statistic is in ur finger tips?
En Waytha, you have failed to carry out your responsible...anda telah gagal En Waytha... Jangan lontar bola ke mana mana pihak En Waytha...
Bila anda boleh menyebabkqn huru-hara dalam negara dont tell me you cant even sit and convince our PM in carrying out your plans...
How shame on you and you call yourself a lawyer... apa gunanya peguam yang tidak mampu menjalankan rundingan yang sihat dengan YAB PM kita...
Akhir sekali letak jawatan...such a childish move... did you cry in the bathroom? 
En Waytha, dalam 8 bulan ini telah banyak berlaku insiden insiden yqng telah menggugat ketenteraman masyarakat India di Malaysia...
Contohnya, roboh kuil yang lebih 100 tahun dan roboh kampung yang telah di duduki masyarakat kaum India selama lebih 50 tahun...jenayah, kematian dan sebagainya...batang hidung pun tak nampak, suara pun tak dengar...
Masa itu mereka merayu kepada pihak berkuasa untuk kembalikan hak mereka.... they wanted a leader to safe their rights....
Where did you go that time MR Waytha? Mana pergi semangat mempertahankan hak orang India...
Adakah hak orang india itu hanya boleh diperoleh dengan mata wang? 
Kalau macam itu, when you created a havoc in the country in the name of fighting for the rights of indians... how much did u pay all those who followed you... dan dari mana datangnya duit banyak itu... do u have a prove of your income source....
Dont deny because you are the 1 said you cant do your work because no money...
So your leadership is all about money... 
No money no honey, no money no waythamoorthy
Waytha...stop running around the bush...

High time you left Malaysia...
Please dont stay back and disgrace indians...
Sekian terima kasih....

Tuesday, 18 February 2014

Sedikit Sebanyak Waythamoorthy!

Salam 1Malaysia,

Kita semua tahu pelantikkan Waythamoorthy sebagai Timbalan Menteri JPM telah memberi impak yang sangat luas dikalangan rakyat di Malaysia.


Kebanyakkan warga India berasa Waythamoorthy adalah calon ynag paling layak yang telah dilantik oleh YAB PM kita. Malah ada juga yang telah berkata Waythamoorthy telah disogok oleh kerajaan Barisan Nasional dengan memberi jawatan tersebut.

Baiklah, biarlah calon baik atau disogok, apa yang telah dilakukan oleh Waythamoorthy dalam masa 8 bulan ini?

Baik pun tak buat buruk pun tak buat.

Blogger telah singgah ke pejabat Waythamoorthy pada bulan Ogos 2013, mestilah kita kena jengok - jengok menteri - menteri baru kita kan. apa gunanya jadi blogger kalau tak jengok...

Apa yang pelik blogger lihat, setiausaha-setiausaha dan pegawai - pegawai khas Waythamoorthty reliks sahaja.Bila di tanya jawab lah mereka " we dont know what to do, we havent got any orders from YB"

Mana YB? "Oh he's gone out" OUT tu dekat mana???

Kenapa pejabat lain blogger pergi boleh sangat busy? Sini tak ada kerja...

Jadi Waythamoorthy dan pegawai-pegawainya telah makan gaji selama ini kerja tak jalan.

JOM Soal Waythamoorthy

1. En Waythamoorthy, anda belum menjawab ke  mana hilangnya duit yang disumbangkan oleh kerajaan India Bharatiya Janta Party (2007) kepada Hindraf sebanyak 25,000 USD?

2. Betulkah anda mempunyai banyak harta di UK (United Kingdom) bukan Ulu Kelang tau?

3. Bagaimana Wathyamoorthy hidup di london selama 3 tahun dan milik siapakah pejabat ini di london?--
354 High Road Tottenham London
N17 9HT United Kingdom


Waythamoorthy kata nak kerajaan yang transparent...Mana dia transparent dia?

K1NGMAKER sarankan Waythamoorthy wajar pulangkan balik Semua Gaji Percuma yang dia Terima dan Mohon SPRM Untuk Siasat Semua Dana Sumbangan Awam utk Hindraf.

Dulu K1NGMAKER ada cabar Waythamoorthy...Itu pun dia tak mampu buat....

baca disini...

Waythamoorthy Harus Menyahut Cabaran KINGMAKER!
Waythamoorthy Harus Menyahut Cabaran KINGMAKER!
http://kinginwar.blogspot.com/2013/05/waythamoorthy-harus-menyahut-cabaran.html

Please Answer Us Sir Waythamoorthy... Thank You very much Sir..

Sekian Terima Kasih
Waythamoorthy Harus Menyahut Cabaran KINGMAKER!

Pejuang Politik Ramesh Rao Menbidas Presiden-Presiden Parti Politik India!

Salam 1Malaysia,

Asyik blogger layan twitter, terjumpa pulak twitter daripada seorang saudara yang memang telah membuka nadi nadi pemikiran K1NGMAKER.

Jom Tengok Ini....


Dengar cerita Ramesh Rao ini merupakan bakal calon Timbalan Menteri JPM, tak tahu lar kan...

Tapi itu tak penting... kita tengok komitmen beliau terhadap isu - isu politik semasa.
Beliau betul - betul berjuang mempertahankan kebenaran.

Betul juga apa yang beliau tanya...

Mengapa selama ini Presiden - presiden Parti Politic India seperti MIC, PPP, IPF mendiamkan diri apabila Waythamoorthy menuduh PM penyebab kemunduran masyarakat India.

Bukankah mereka ini yang sepatutnya lebih tahu tentang sumbangan PM kita kepada masyarakat India?


Mengapakah mereka harus mendiamkan diri?

Presiden MIC dan PPP kita yang telah berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri dulu tak kan tak tahu apa yang berlaku?

Adakah mereka bersubahat dengan Waythamoorthy?

Adakah mereka setuju dengan tindakan dan statement Waythamoorthy?

Adakah mereka malas nak bagi komen, asal kan bukan mereka yang ditarik masuk?

Banyak soalan yang timbul?

Itu yang Ramesh Rao langsung tidak puas hati...

Ketika blogger menghubungi beliau untuk beliau mengulas status twitter beliau ini yang beliau kata....

  


Ini merupakan fakta - fakta yang harus masyarakat India tahu..  Pemimpin kita seharusnya membidas Waythamoorthy dan harus membuktikan kepada masyarakat orang India yang apa yang Waytha kata adalah satu pembohongan yang besar.

Saya betul-betul sarankan pemimpin kita harus berani bersuara...jangan lar tunggu orang lain yang bersuara... Tunjukkan kepimpinan...

Saya puji komitmen Ramesh Rao... K1NGMAKER harap komitment beliau ini akan dipuji oleh PM kita dan juga menjadi role model kepada pemimpin lain.

Kalau boleh saya nak mana - mana presiden jawab soalan saya kat atas tu....

Sekian Terima kasih.


Monday, 10 February 2014

Bloggers Say: Ramesh Rao New Deputy Minister!

Salam 1Malaysia, 

K1NGMAKER dengar nama Ramesh Rao berkumandang di mulut mulut bloggers...

BETULKAH DIA BAKAL TIMBALAN MENTERI? 

KENAPA RAMESH RAO.... KENAPA BUKAN YANG LAIN...?


Ramesh Rao seorang berani, gagah, perkasa...! Ceh.. betul, itu yang semua cakap bila K1NGMAKER buat kajian pasal Ramesh Rao...

Beliau seorang berpengalaman dalam alam kepolitikkan ini... Sokongan UMNO memang kuat untuk Ramesh Rao...

Bila dia ceramah fuh tak main ramai singgah dengar dia ceramah...Fantastic Giler... Nak tau cubalah....

Keberanian Ramesh Rao  menjadikannya sangat popular dikalangan rakyat sekarang...

Tapi bolehkah beliau menjawat jawatan ini? 

Kita buat bandingan sikit yer... selama ini kita tidak mempunyai pemimpin yang boleh menyuarakan apa yang dia rasa dengan berani... Itu zaman Datuk Seri Samy Velu ada lah... Sekarang mana ada?

Ramesh Rao telah banyak menyuarakan isu - isu tidak kira kutuk pembangkang mahupun kerajaan... Dia pun macam K1NGMAKER jugak... SALAH TETAP SALAH!

Bukan sahaja itu, beliau berani mendedahkan penyelewengan pembangkang yang membohong rakyat tanpa merisaukan soal NYAWA dia... Pemimpin India lain ada ke macam itu...
Biasa tunggu sampai semua dah cakap baru last last sibuk nak buat Press conference dan polis report... Masa itu Nasi sudah Jadi Kanji (bubur) lar macha....

Beliau bukan macam itu, there and then mesti disoalnya....

Sebelum ini YAB Datuk Seri PM kita telah melantik Waythamoorthy dari HINDRAF (NGO)..Seorang yang telah menentang BN dan PM dulu... tetapi gagal.. bila gagal tuduh PM pulak?

Blogger rasa Waythamorthy ada udang di sebalik batu... PM kena jaga - jaga...

Sekarang kita lantik sahaja Ramesh Rao yang merupakan Pengerusi Pertubuhan Minda dan Sosial jadi Timbalan Menteri... Tak Rugi kan...

Suara Lantang, Berani berdepan dengan pembangkang... seorang yang sering turun padang... Bukan lar duduk office asyik selak fail peruntukkan je kan....

Ada yang tanya blogger dalam mesyurat tadi, MIC akan setuju ke...?

K1NGMAKER tak nak komen apa - apa pasal MIC, itu terpulang kepada parti tersebut... tapi walau apa pun keputusan MIC pastikan diumum dengan segera yer jangan lar tunggu sampai GE14 baru nak namakan calon... 

Saya ulang sekali lagi harap YAB PM dapat memberi satu peluang kepada Ramesh Rao...

Artikel ini kemungkinan besar boleh memyebabkan marah kepada sesiapa yang termakan cili dia terasa pedas... Tolong jangan marah yer... 

Semuanya boleh dirunding...

Sekian Terima Kasih.

Nota : Pastikan tengok juga video Ramesh untuk tahu betapa beraninya beliau bersuara... 

Yang kurang matang jangan cuba yer...


Saturday, 8 February 2014

Jawatan Timbalan Menteri JPM Milik MIC!

Salam 1Malaysia,

K1NGAMKER baru baca berita di FMT "Waytha to quit govt posts" .. Blogger tak hairan sebenarnya... dah tahu dah benda ini bakal berlaku...

 Waytha hindraf najib
Kalau benar-benar YB Waytha letak jawatan maka apa jadi dengan jawatan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri?

Blogger dengan penuh ikhlas mencadangkan YAB PM Najib Razak melantik timbalan menteri baru dari MIC...

Jawatan tersebut selalunya dijawat oleh wakil India, contohnya Datuk Seri Kayveas, Datuk Murugiah, Datuk S.K Devamany dan kini YB Waythamoorthy.

Saya sarankan jawatan itu harus diberi semula kepada wakil India dan seorang berkaliber yang dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna dan sabar...

Berdasarkan pengetahuan Blogger, TM India di JPM sebelum ini telah menjalankan tugas mereka dengan begitu professional dan telah banyak berkhidmat untuk rakyat secara langsung...

Dua Timbalan Menteri India dari dua parti yang berbeza tidak  mampu melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap kementerian mahupun rakyat... Ini sudah cukup untuk menunjukkan bahawa pemimpin dari MIC lebih berwibawa..

Tiada alasan yang akan diterima... Jangan kita tuduh kerajaan Barisan Nasional... Initiatif sendiri perlu ada untuk mencapai matlamat... 

Sekali lagi Blogger berharap PM kita dapat mempertimbangkan jawatan ini kepada seorang wakil dari MIC.....

Tak usah blogger senaraikan nama, yang layak akan dapat... Kalau PM sudi blogger boleh tolong shortlist nama calon yang layak....

Sekian Terima Kasih..

Thursday, 16 May 2013

Waythamoorthy Harus Menyahut Cabaran KINGMAKER!

Salam 1Malaysia,

Masyarakat India digemparkan dengan lantikkan WaythaMoorthy (HINDRAF) dalam kabinet sebagai Timbalan Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri oleh YAB PM kita.


Belum lebih satu jam pun ramai blogger-blogger telah mengeluarkan artikel mengutuk beliau. Bukan sahaja blog malah dalam facebook dan twitter juga beliau dikutuk dan dimaki hamun sebagai pengkhianat orang India, katak, gila kuasa, menjual maruah orang India dan sebagainya... Sangat menyedihkan! 

Kebencian rakyat India terhadap WaythaMoorthy memang sudah boleh dirasai... 

Soalan KINGMAKER sekarang, adakah Waythamoorthy mempunyai penyokong yang sama macam tahun 2008 yang lepas? 

Bolehkah beliau menjalankan tugas beliau dengan sempurna dan melaksanakan tanggungjawab beliau kepada masyarakat India sepertimana dijanjikan tanpa sokongan mereka?

KINGMAKER menyaran atau boleh dikatakan MENCABAR Waythamoorhy mengadakan satu perhimpunan untuk membuktikan bahawa masyarakat India masih menyokong beliau. 

Ini bukan sekadar cabaran politik tetapi KINGMAKER membuka peluang untuk beliau menyeru kepada masyarakat India bahawa perubahan bukan hanya boleh dibuat sebagai pembangkang malah perubahan yang berkesan hanya boleh dibuat jika kita berganding bahu antara satu sama lain dengan menyokong kerajaan Barisan Nasional!

Beliau juga pernah berkata pihak pembangkang tidak menepati janji sepertimana dibuat dahulu...Perhimpunan ini akan merupakan satu platform yang tepat untuk Waythamoorthy membuktikan kekotoran pihak pembangkang.

Ini bukan untuk menunjukkan parti mana yang kuat tetapi untuk masyarakat India bersedia dengan hati yang terbuka menaruh kepercayaan kepada Waythamoorthy!!

KINGMAKER harap Waythamoorthy tidak akan menghampakan YAB PM kerana memilihnya....

SELAMAT MENYAHUT CABARAN!!!!!

WE LOVE 1MALAYSIA!