Monday, 10 February 2014

Bloggers Say: Ramesh Rao New Deputy Minister!

Salam 1Malaysia, 

K1NGMAKER dengar nama Ramesh Rao berkumandang di mulut mulut bloggers...

BETULKAH DIA BAKAL TIMBALAN MENTERI? 

KENAPA RAMESH RAO.... KENAPA BUKAN YANG LAIN...?


Ramesh Rao seorang berani, gagah, perkasa...! Ceh.. betul, itu yang semua cakap bila K1NGMAKER buat kajian pasal Ramesh Rao...

Beliau seorang berpengalaman dalam alam kepolitikkan ini... Sokongan UMNO memang kuat untuk Ramesh Rao...

Bila dia ceramah fuh tak main ramai singgah dengar dia ceramah...Fantastic Giler... Nak tau cubalah....

Keberanian Ramesh Rao  menjadikannya sangat popular dikalangan rakyat sekarang...

Tapi bolehkah beliau menjawat jawatan ini? 

Kita buat bandingan sikit yer... selama ini kita tidak mempunyai pemimpin yang boleh menyuarakan apa yang dia rasa dengan berani... Itu zaman Datuk Seri Samy Velu ada lah... Sekarang mana ada?

Ramesh Rao telah banyak menyuarakan isu - isu tidak kira kutuk pembangkang mahupun kerajaan... Dia pun macam K1NGMAKER jugak... SALAH TETAP SALAH!

Bukan sahaja itu, beliau berani mendedahkan penyelewengan pembangkang yang membohong rakyat tanpa merisaukan soal NYAWA dia... Pemimpin India lain ada ke macam itu...
Biasa tunggu sampai semua dah cakap baru last last sibuk nak buat Press conference dan polis report... Masa itu Nasi sudah Jadi Kanji (bubur) lar macha....

Beliau bukan macam itu, there and then mesti disoalnya....

Sebelum ini YAB Datuk Seri PM kita telah melantik Waythamoorthy dari HINDRAF (NGO)..Seorang yang telah menentang BN dan PM dulu... tetapi gagal.. bila gagal tuduh PM pulak?

Blogger rasa Waythamorthy ada udang di sebalik batu... PM kena jaga - jaga...

Sekarang kita lantik sahaja Ramesh Rao yang merupakan Pengerusi Pertubuhan Minda dan Sosial jadi Timbalan Menteri... Tak Rugi kan...

Suara Lantang, Berani berdepan dengan pembangkang... seorang yang sering turun padang... Bukan lar duduk office asyik selak fail peruntukkan je kan....

Ada yang tanya blogger dalam mesyurat tadi, MIC akan setuju ke...?

K1NGMAKER tak nak komen apa - apa pasal MIC, itu terpulang kepada parti tersebut... tapi walau apa pun keputusan MIC pastikan diumum dengan segera yer jangan lar tunggu sampai GE14 baru nak namakan calon... 

Saya ulang sekali lagi harap YAB PM dapat memberi satu peluang kepada Ramesh Rao...

Artikel ini kemungkinan besar boleh memyebabkan marah kepada sesiapa yang termakan cili dia terasa pedas... Tolong jangan marah yer... 

Semuanya boleh dirunding...

Sekian Terima Kasih.

Nota : Pastikan tengok juga video Ramesh untuk tahu betapa beraninya beliau bersuara... 

Yang kurang matang jangan cuba yer...


1 comment:

  1. Habis lah 10% undi utk BN. Ramesh Rao bukanlah dikalangan suku kaum Tamil. Yang Ramesh ini kenal sebab dia ini tukang bodek Madir Kuti. Semua ini dibuat sebab wang ringgit. Lebih2 lagi Ramesh hanya boleh jadi patung untuk perhiasan rumah UMNO. Orang2 India telah pun meninggal BN/UMNO, walaupun jadi penyokong kuat pada suatu masa dulu. Masalahnya ialah mereka dikeluarkan dari estet dan telah mengenali dunia luar dan keduanya ialah sekurang mereka dapat membaca Utusan Malaysia. Madir kuti membuat kesilapan Jangka masa panjang dengan mengambil estet dan mengeluarkan org2 Tamil dari sana. Isu ini sudah mencukupi untuk mereka benci kepada kerajaan.

    ReplyDelete