Showing posts with label Hindraf. Show all posts
Showing posts with label Hindraf. Show all posts

Saturday, 22 February 2014

Waytha Needs Medical Assistance?

Salam 1Malaysia,

Pelik bila blogger baca statement Waythamoorthy dalam Malaysiakini tadi.


Awal-awal dia kata 35 Juta merupakan berita baginya. Lepas itu dia juga mengaku satu masalah sudah selesai.

En Waythamoorthy yang saya hormati, saya sudah cakap jangan malukan diri anda.

Lets brake down Waytha's sequence:

1. 35 juta adalah berita

2. satu masalah sudah selesai

3. waytha baru 8 bulan menjadi timbalan menteri

4. nak berjuang untuk hak orang India yang telah diabaikan selama 50 tahun

Okay Mr Waytha, do you think you are a superhero or something?

Anda ini mempunyai akal fikiran atau tidak? Bolehkah anda berjuangkan hak orang India yang diabaikan selama 50 tahun dalam masa 8 bulan?

Please be practical lar brother....

Kerajaan ini bukan milik bapa kamu ke bapa saya. Everything has a process and procedure. We really thought you are very wise but you have disappointed us.

Please dont waste time by asking sorry and showing your pathetic face. It irritates us.

I really believe you need some medical assistance. Please ask your so call truthful followers to get you some treatment. 

Your action and statements from the beginning is not right on track.

Mr Waytha this is my friendly request.. Please get yourself admitted.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjmV7UKsxEHz8iLpdsRIpqRpGH6ehWKmpc_lBJ89ESfkKZr1Q5qlALRl3UHB4bHcAaeNNkhRwPSpAUMSCL81IZR1f1KXwCQkQBjt23iT_Sv-lO3o68-WmiTQFjihwgCVBFlxGnL7g5Zkhs/s400/Waytha_hosp1.jpg
Picture from google (just for display)


Thank You.





Thursday, 16 May 2013

Waythamoorthy Harus Menyahut Cabaran KINGMAKER!

Salam 1Malaysia,

Masyarakat India digemparkan dengan lantikkan WaythaMoorthy (HINDRAF) dalam kabinet sebagai Timbalan Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri oleh YAB PM kita.


Belum lebih satu jam pun ramai blogger-blogger telah mengeluarkan artikel mengutuk beliau. Bukan sahaja blog malah dalam facebook dan twitter juga beliau dikutuk dan dimaki hamun sebagai pengkhianat orang India, katak, gila kuasa, menjual maruah orang India dan sebagainya... Sangat menyedihkan! 

Kebencian rakyat India terhadap WaythaMoorthy memang sudah boleh dirasai... 

Soalan KINGMAKER sekarang, adakah Waythamoorthy mempunyai penyokong yang sama macam tahun 2008 yang lepas? 

Bolehkah beliau menjalankan tugas beliau dengan sempurna dan melaksanakan tanggungjawab beliau kepada masyarakat India sepertimana dijanjikan tanpa sokongan mereka?

KINGMAKER menyaran atau boleh dikatakan MENCABAR Waythamoorhy mengadakan satu perhimpunan untuk membuktikan bahawa masyarakat India masih menyokong beliau. 

Ini bukan sekadar cabaran politik tetapi KINGMAKER membuka peluang untuk beliau menyeru kepada masyarakat India bahawa perubahan bukan hanya boleh dibuat sebagai pembangkang malah perubahan yang berkesan hanya boleh dibuat jika kita berganding bahu antara satu sama lain dengan menyokong kerajaan Barisan Nasional!

Beliau juga pernah berkata pihak pembangkang tidak menepati janji sepertimana dibuat dahulu...Perhimpunan ini akan merupakan satu platform yang tepat untuk Waythamoorthy membuktikan kekotoran pihak pembangkang.

Ini bukan untuk menunjukkan parti mana yang kuat tetapi untuk masyarakat India bersedia dengan hati yang terbuka menaruh kepercayaan kepada Waythamoorthy!!

KINGMAKER harap Waythamoorthy tidak akan menghampakan YAB PM kerana memilihnya....

SELAMAT MENYAHUT CABARAN!!!!!

WE LOVE 1MALAYSIA!

Wednesday, 10 October 2012

Jayathas: Tukar Parti Kalau nak Tawaran Lebih Baik


Sokongan kaum India terhadap HINDRAF sehinggakan sanggup mengorbankan apa sahaja untuk mempertahankan HINDRAF yang berjuang demi mendapatkan hak kaum India di Malaysia.

Soalan blogger sekarang, adakah pengorbanan ini adalah suatu pengorbanan yang bermakna? adakah pemimpin HINDRAF sendiri menghargai pengorbanan rakyat ini? 

Pada Disember 13 2007 , lima pemimpin HINDRAF ditahan dibawah akta ISA . P.Wathya Moorthy ,salah seorang pengasas HINDRAF , berjaya melarikan diri ke London pada 26 November 2007 bagi mengelak dirinya  daripada ditahan mengikut sumber. 

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah berfikir mengunakan minda politik haramnya berjaya mengambil langkah awal mendapatkan sokongan pemimpin-pemimpin HINDRAF.

Tiba lah AVANGERS India baru mebawa pengikut masing-masing ke beberapa arah berlainan jauh dari Pakatan Rakyat. Ditubuhkan pula Parti Makkal Sakthi Malaysia oleh  Datuk Thanenthiran ,ynag merupakan bekas koordinator HINDRAF.

Presiden PMSM itu memberi jaminan bahawa parti itu tidak akan ber'kawan' dengan Pakatan atau Barisan.

Kini Wathya Moorthy yang larikan diri ke London sudah kembali ke Malaysia. Anwar pula dilihat sedang mengatur langkah untuk memujuk Wathya(HINDAF) untuk menyokong Pakatan .Apakah Wathya akan termakan pujukan ini?

Rasanya TIDAK!

Ingat lagi bagaimana HINDRAF menjauhkan diri dari Indraf 2.0 yang ditubuhkan oleh beberapa pemimipin Pakatan termasuk pengasas HINDRAF sendiri, V Ganabatirao dan R Kengadharan ??


Ini cerita lama...Jom kita tengok yang baru............


 
NONEBekas ketua penerangan Hindraf S Jayathas semalam
9 0KT 2012 menyerahkan borang untuk menyertai PKR secara rasmi.

Katanya, beliau antara lainnya menyertai parti itu untuk meneruskan perjuangan dalam isu melibatkan masyarakat India.
Jayathas mendakwa, beliau tidak menghadapi apa-apa masalah dalam Hindraf dan penyertaannya dalam PKR adalah untuk "menyingkirkan BN dari Putrajaya",
NONE













Ketika persidangan media,  Nurul Izzah berkata "Tidak kira (anggota) baru atau lama, kalau membuatnya (kerja parti) perlu kepada keikhlasan untuk menggerakkan jentera dan parti,"

Statement ini ok lar...boleh terima oleh blogger.... lepas tu Sivarasah pulak kata  "Kita akan berbincang apa peranannya untuk membantu masyarakat India,"

Ini pun kita terima je lar.... yang pelik blogger terkejut dan langsung tak terima adalah statement N.Surendran


"Jayathas - yang lebih 16 kali keluar masuk penjara - menunjukkan komitmen beliau dalam perjuangan membela msyarakat India dan mereka yang tertindas."

hey apa nii...keluar masuk penjara 16 kali?? Ni syarat nak masuk PKR jadi pemimpin kot....

Ini lah pemimpin pemimpin PKR........

Tapi S Gopi Krishnan panggil kaum India Gangster... cuba baca artikel ini kawan-kawan http://devvenkumar.blogspot.com/2012/09/ngo-pkr-tuduh-india-gangster-jadi-awak.html



OKAY balik ke cerita kita tadi....

Apa sebab Jayathas nak loncat dari HINDRAF ke PKR?

a) peminat setia video Anwar
b) berminat dengan Nurul Izzah
c) nak bertanding dalam PRU
d) ushar isteri orang dalam HINDRAF

sebelum blogger sempat cari jawapan dah temui pulak answer dia... 

Ketua Pemuda HINDRAF S Thiagarajan berkata Jayathas telah menyertai PKR sebab mempunyai masalah kewangan dan Jayathas sendiri berkata bahawa dia mendapat tawaran yang lebih baik di PKR ketika mesyuarat pada hari Jumaat lepas.

APA yang ditawarkan itu???
BERAPA Juta???
APA yang lebih baik di PKR yang kurang baik di HINDRAF??? 

kesimpulannya Jayathas tidak setia terhadap partinya dan melonjat ke sana ke sini semata-mata untuk duit dan bukan untuk memberi khidmat kepada masyarakat. Apabila dia berkata saya menerima tawaran yang lebih baik, itu sudah menunjukkan dia tu bukan seorang yang ingin berkhidmat untuk masyarakat tetapi ingin menyelesaikan masalah kewangan dia...selepas settle masalah,lonjat balik ke parti lain minta duit... 

NAK PEMIMPIN MACAM INI??? ANDA PILIH LAH SENDIRI