Showing posts with label Najib. Show all posts
Showing posts with label Najib. Show all posts

Saturday, 8 February 2014

Jawatan Timbalan Menteri JPM Milik MIC!

Salam 1Malaysia,

K1NGAMKER baru baca berita di FMT "Waytha to quit govt posts" .. Blogger tak hairan sebenarnya... dah tahu dah benda ini bakal berlaku...

 Waytha hindraf najib
Kalau benar-benar YB Waytha letak jawatan maka apa jadi dengan jawatan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri?

Blogger dengan penuh ikhlas mencadangkan YAB PM Najib Razak melantik timbalan menteri baru dari MIC...

Jawatan tersebut selalunya dijawat oleh wakil India, contohnya Datuk Seri Kayveas, Datuk Murugiah, Datuk S.K Devamany dan kini YB Waythamoorthy.

Saya sarankan jawatan itu harus diberi semula kepada wakil India dan seorang berkaliber yang dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna dan sabar...

Berdasarkan pengetahuan Blogger, TM India di JPM sebelum ini telah menjalankan tugas mereka dengan begitu professional dan telah banyak berkhidmat untuk rakyat secara langsung...

Dua Timbalan Menteri India dari dua parti yang berbeza tidak  mampu melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap kementerian mahupun rakyat... Ini sudah cukup untuk menunjukkan bahawa pemimpin dari MIC lebih berwibawa..

Tiada alasan yang akan diterima... Jangan kita tuduh kerajaan Barisan Nasional... Initiatif sendiri perlu ada untuk mencapai matlamat... 

Sekali lagi Blogger berharap PM kita dapat mempertimbangkan jawatan ini kepada seorang wakil dari MIC.....

Tak usah blogger senaraikan nama, yang layak akan dapat... Kalau PM sudi blogger boleh tolong shortlist nama calon yang layak....

Sekian Terima Kasih..

Tuesday, 12 February 2013

Pakatan melebal "INDIA MURAHAN TIDAK BERMARUAH"

Pagi yang tenang blogger duduk minum kopi layan twitter, tiba-tiba jumpa perbualan antara geng Pakatan dan geng MIC/BN.... blogger pun ikuti perbualan tersebut sehingga tejumpa ini:

Puak Pakatan mengatakan India yang hadir pada Majlis Ottrumai Ponggal (Unity Ponggal) adalah orang murahan yang telah dibayar dan diberi 1400 bas percuma...

1 bukti yang sempat screen cap
Belum lagi sempat blogger nak print skrin perbualan puak pakatan, hilang semua....Nampaknya mereka REMOVE pulak.............

Dont be happy sangat yer puak pembangkang...... blogger sempat print skrin tweet Saudara Ramesh Rao yang telah mengulang apa yang dikatakan oleh puak pembangkang... 


Baik saya nak penjelasan sekarang,

Kaum India telah bersatu untuk menyambut perayaan Ponggal....Kita sebagai rakyat Malaysia harus berbangga kerana YAB PM kita sedang melakukan pelbagai perubahan dan merealisasikan konsep 1Malaysia dengan gabungan bersatu semua bangsa di Malaysia....

Wajarkah PR mencaci dan meghina kaum India begini??? 

Adakah orang India yang telah hadir semata-mata untuk duit???

Betulkah orang India sangat murah sehinggakan boleh dibeli macam ini seperti yang dikatakan oleh PR???

Setujukah anda semua PR melabel kaum India yang hadir sebagai anjing murahan yang tidak bermaruah???

Pakatan telah menghina kaum India dan adakah kalian masih nak percayakan mereka....Ini bukan kali pertama malah sudah beberapa kali....

Masih kaum India tidak sedar....

Sedih sedih sedih

BAGI KAUM INDIA YANG RASA DIA BUKAN KAUM MURAHAN TOLONG KOMEN DIBAWAH DENGAN MENGATAKAN 

"KAMI SOKONG 1MALAYSIA"

Juga jangan lupa baca isu hangat dibawah:

Nik Aziz menghina orang bukan Islam

NGO PKR Tuduh India Gangster? Jadi Awak Siapa?

Agama Hindu dihina Kerajaan P.Pinang!