Showing posts with label Edmund Santhara. Show all posts
Showing posts with label Edmund Santhara. Show all posts

Saturday, 14 November 2015

Kes Edmund Santhara Masih Dalam Tanda Soal. Imigresen / KDN Wajib Jawab!



Isu ini telah menjadi viral dan ramai daripada rakan – rakan sekalian telah membaca serta berkongsi artikel ini kepada kawan – kawan lain. Ramai blogger lain juga telah menyambut artikel ini. 

Namun, setelah kian lama menunggu respons, blogger ingin mengungkit semula isu ini.
Rumah Edmund Santhara (Pengarah Biro Intergrasi PKR) telah diserbu Imigresen dan telah menahan 29 warga asing.

Apa yang blogger tidak faham, apakah tindakan yang telah diambil olen pihak Imigresen Malaysia dan KDN?

Sikap tidak peduli ini membuka tirai kepada pelbagai soalan daripada masyarakat.

1.  Apakah yang jadi dengan pekerja-pekerja asing tersebut?
2. Adakah mereka dihantar balik ke negeri masing – masing atau dihantar semula ke rumah Edmund Santhara?
3. Adakah pegawai – pegawai ini telah dibeli oleh Edmund Santhara?
4. Adakah pegawai – pegawai Imigresen dan KDN merupakan orang suruhan Edmund?
5.  Apakah kesudahan kes ini?
6. Mengapa pihak media tidak mendapat sebarang maklumat tentang kes ini?

 
Kita faham bahawa sering kali peguam – peguam PKR dan DAP akan menyokong perbuatan salah dan penjenayah. Oleh itu kami dengan begitu confidentnya berasa bahawa semestinya seorang peguam PKR yang telah masuk campur dalam kes ini dan seterusnya merahsiahkannya dari mata masyarakat.

Blogger sangat berharap bahawa pihak Imigresen dan KDN dapat memberi  feedback yang baik mengenai kes ini dalam masa yang paling terdekat. Jika tidak, kita tepaksa geledah dengan lebih mendalam.
Sekian.

Friday, 2 October 2015

Panas! Pengarah Biro Integrasi PKR Kurung dan Ugut Warga Nepal?

Adakah berita yang diterima blogger benar?
Satu laporan polis ke atas Pengarah Biro Integrasi PKR, Dato Sri Dr. Santhara Kumar (Edmund Santhara) telah dibuat oleh 2 orang pekerja Nepal kerana mengugut dan mengurung mereka tanpa sebab.
Edmund enggan menyerahkan balik 2 orang warga asing tersebut kepada majikan mereka dan dikatakan telah mengugut kedua-dua  mereka. Ini adalah kali kedua Edmund Santhara dikatakan terlibat dengan isu pekerja asing, sebelum ini Blogger pernah dedahkan bahawa rumahnya diserbu oleh Jabatan Imigresen Malaysia yang berjaya tangkap 29orang pekerja warga asing. Adalah ini menjadi sumber pendapatan utama Edmund Santhara? Blogger menggesa DYMM Sultan Kelantan agar menarik balik pingat Jaksa Pendamai (Justice of Peace) yang dikurniakan kepada Edmund Santhara dengan kadar segera kerana segala tindakannya ini boleh mencemarkan nama baik pingat yang mulia ini.
Blogger juga mempunyai maklumat mengenai satu lagi laporan polis keatas Edmund Santhara yang telah mengugut untuk menembak seorang aktivis berpangkat Dato', akan didedahkan dalam masa terdekat.
Adakah ini kelayakkan seorang yang menggelar dirinya sebagai pemimpin Pakatan Harapan!?
Harap KDN dapat siasat sepenuhnya link  Edmund Santhara kerana sering terjebak dengan isu warga asing. Jika pendedahan ini salah, Blogger mencabar Edmund Santhara untuk menyaman Blogger dan kami sentiasa siap sedih untuk berhadapan dengan orang sebegini di Mahkamah. Berani kerana benar!
Pihak PDRM dan Jabatan Imigresan Malaysia digesa agar sentiasa memerhati pergerakan Edmund Santhara supaya jangan ada lebih ramai lagi pekerja warga asing menjadi mangsa ugutan atau dikurung seperti laporan polis ini.
Blogger menyarankan pihak berkuasa untuk menyiasat dan bertindak keatas DATO' SRI DR. Santhara Kumar (Jaksa Pendamai) ini dengan adil dan telus.
Sekian Terima Kasih