Adakah berita yang diterima blogger benar?
Satu laporan polis ke atas Pengarah Biro Integrasi PKR, Dato Sri Dr. Santhara Kumar (Edmund Santhara) telah dibuat oleh 2 orang pekerja Nepal kerana mengugut dan mengurung mereka tanpa sebab.
Edmund enggan menyerahkan balik 2 orang warga asing tersebut kepada majikan mereka dan dikatakan telah mengugut kedua-dua mereka. Ini adalah kali kedua Edmund Santhara dikatakan terlibat dengan isu pekerja asing, sebelum ini Blogger pernah dedahkan bahawa rumahnya diserbu oleh Jabatan Imigresen Malaysia yang berjaya tangkap 29orang pekerja warga asing. Adalah ini menjadi sumber pendapatan utama Edmund Santhara? Blogger menggesa DYMM Sultan Kelantan agar menarik balik pingat Jaksa Pendamai (Justice of Peace) yang dikurniakan kepada Edmund Santhara dengan kadar segera kerana segala tindakannya ini boleh mencemarkan nama baik pingat yang mulia ini.
Blogger juga mempunyai maklumat mengenai satu lagi laporan polis keatas Edmund Santhara yang telah mengugut untuk menembak seorang aktivis berpangkat Dato', akan didedahkan dalam masa terdekat.
Adakah ini kelayakkan seorang yang menggelar dirinya sebagai pemimpin Pakatan Harapan!?
Harap KDN dapat siasat sepenuhnya link Edmund Santhara kerana sering terjebak dengan isu warga asing. Jika pendedahan ini salah, Blogger mencabar Edmund Santhara untuk menyaman Blogger dan kami sentiasa siap sedih untuk berhadapan dengan orang sebegini di Mahkamah. Berani kerana benar!
Pihak PDRM dan Jabatan Imigresan Malaysia digesa agar sentiasa memerhati pergerakan Edmund Santhara supaya jangan ada lebih ramai lagi pekerja warga asing menjadi mangsa ugutan atau dikurung seperti laporan polis ini.
Blogger menyarankan pihak berkuasa untuk menyiasat dan bertindak keatas DATO' SRI DR. Santhara Kumar (Jaksa Pendamai) ini dengan adil dan telus.
Sekian Terima Kasih
No comments:
Post a Comment