Showing posts with label MIC. Show all posts
Showing posts with label MIC. Show all posts

Wednesday, 25 April 2018

"Saya Akan Bantu MIC Sampai Menang Di Sungkai" - Zahid

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan bahawa beliau akan tolong Kerusi MIC di Sungkai sehingga menang tengahari tadi dalam ucapannya di Kampung Sungai Dulang, Bagan Dato. 



Wednesday, 21 February 2018

RM200k Peruntukkan Khas Penyelengaraan Kecil SJKT Jalan Fletcher Sudah Jadi Habuk? GURU BESAR HARUS JAWAB!

21.02.2018

Didapati SJKT Jalan Fletcher telah menerima Peruntukan Khas Penyelengaraan Kecil sebanyak RM200k Oktober 2017 untuk penyelengaraan tetapi keadaan sekolah tersebut masih lagi dalam yang merunsingkan. 

Semua tandas sekolah tersebut berada didalam keadaan yang amat teruk sehingga pelajar dan anak murid menahan daripada membuang air kecil mahupun air besar Sehingga seorang cikgu telah menghidap jangkitan kencing kerana telah lama bertahan untuk mengelakkan dari pergi tandas yang teruk itu., Bukan itu sahaja terdapat beberapa kerosakan yang serious pada bangunan sekolah yang boleh membahayakan keselamatan pelajar masih belum dibaikpulih. 

Jom tengok Jalan Cerita.... 

Guru Besarnya menyatakan masalah tandas bermula dari Bulan Disember 2017. 

Peruntukan diberi pada Oktober 2017....Macam tak masuk akal? Guru Besar songlap duit ke...? Kalau tidak mengapa kerja baikpulih tidak dijalankan? 

Bila dikaji lebih mendalam, nampaknya Guru Besar tidak mempunyai hubungan baik dengan pihak PIBG. Ramai ibu bapa telah mendesak Guru Besar mengadakan mesyuarat PIBG untuk mencari penyelesaian masalah Tandas tetapi Guru Besar tidak mengadakan malah menuding jari ke PPD mengatakan PPD tidak membenarkan. 

Soalan saya, 

1. MANA PERGINYA PERUNTUKAN 200K? 

2. Mengapa baikpulih sekolah belum bermula walaupun dah masuk bulan Febuari 2018?

3. Mengapa mesyuarat PIBG tidak dipanggil lagi? 

4. Adakah Guru Besarnya mempunyai sebarang hajat yang tidak baik? 

5. Adakah Guru Besarnya berganding bahu dengan pihak yang tidak betanggungjawab untuk memburukkan kerajaan? 

Saya mempunyai bukti sekolah berada dalam keadaan teruk. Apakan Tindakan KPM? Apa alasan Guru Besar? 

Saya telah lampirkan gambar-gambar sebagai bukti. Harap tindakan segera akan diambil keatas Guru Besar.

Guru Besar seperti ini harus dilucutkan dari jawatannya jika didapati bersalah. 

Saya mengharap pihak Kementerian Pelajaran mengambil tindakan secepat mungkin sebelum isu ini menjejaskan keselamatan para pelajar dan juga imej sekolah Tamil. 

Sekian. 

Lampiran






Sunday, 6 September 2015

K1NGMAKER Percaya Dr Subramaniam Mampu Membawa Transfomasi!


Presiden baru MIC Datuk Seri Dr Subramaniam telah pun memulakan tanggungjawabnya sebagai presiden parti MIC yang telah kehilangan hala dan tidak berfungsi selama hampir 20 bulan dalam kepimpinan Datuk Seri G Palanivel.

Presiden baru kelihatan sangat bertenaga dan bersemangat dalam melaksanakan tugas beliau demi menukar nasib masyarakat India yang ketinggalan kebelakangan ini.

K1NGMAKER percaya kepimpinan baru ini akan membawa satu transfomasi yang baru bukan sahaja dalam menjaga hal sosial masyarakat malah memilih pemimpin - pemimpin yang baru dan disegani ramai supaya kepercayaan yang telah diberikan oleh Perdana Menteri kita tidak akan disia - siakan. 

Harap masyarakat India dapat berkerjasama bersama kepimpinan baru ini dan tidak lagi mengungkit isu - isu yang telah berlalu sebelum ini.

Seorang pemimpin hanya akan berjaya jika mendapat sokongan setia dari pengikutnya. K1NGMAKER menyeru agar pengikut - pengikut Dr Subra tidak menjadi umpama lalang yang mengikut tiupan angin.

Kesetiaan amat penting dalam kepimpinan. Jangan bermanis didepan dan berbuih dibelakang.

Sekian.

Monday, 10 August 2015

Kisah Sebenar: Isu Buang Barang Jualan MBI

Pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menafikan tindakan kasar yang dilakukan oleh penguatkuasanya terhadap seorang penjaja makanan seperti yang ditunjukkan melalui gambar yang telah diviralkan di laman media sosial sejak semalam.

Gambar tersebut menunjukkan seorang wanita India sedang tertunduk disamping hasil jualannya yang bertaburan di atas jalan raya dan kelihatan pihak penguatkuasa MBI berada di lokasi itu.

Individu yang memuat naik gambar tersebut mendakwa pihak Penguatkuasa MBI telah bertindak kasar dengan menaburkan barang jualan penjaja tersebut di atas jalan raya.



Menurut Setiausaha Bandaraya, Mohd Zakuan Zakaria kejadian tersebut sememangnya berlaku di  Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) namun pihaknya memberi jaminan bahawa tindakan tersebut tidak pernah berlaku.

Namum bagaimanapun, beliau bakal memberikan kenyataan penuh berhubung insiden berkenaan setelah mengadakan perbicangan dengan pihak hospital petang ini.

“Berhubung tindakan penyebaran isu gambar itu ianya dilihat tindakan mencemar nama baik pihak Majlis Bandaraya Ipoh.

“Perkara ini perlu dapatkan perbincangan lanjut daripada pihak hospital kerana ianya berlaku dalam kawasan hospital,” katanya.

Tegasnya lagi, situasi yang dinyatakan dalam viral berkenaan adalah tindakan  mencemar nama baik MBI dan sekaligus menjejaskan nama baik kerajaan negeri.

“Saya melahirkan rasa dukacita kerana isu disebarkan tanpa penjelasan lanjut namun ada beberapa pihak dan saksi telah menjelaskan perkara sebenar.

“Yang salah tetap salah jika kami salah kami akan minta maaf  tapi dalam kes ini pada peringkat awal bukanlah salah oleh pihak kami dan akan dijelaskan nanti,” katanya.

Tambahnya lagi,  penjaja tanpa lesen perlu merujuk kepada pihak MBI serta memohon lesen dan pihak MBI akan melihat kesesuaiannya bagi memberi kelulusan.

Ujarnya MBI seharusnya dilihat bagi membantu peniaga menambah pendapatan dan pelbagai aduan berkaitan dengan penjaja tanpa lesen diterima pihaknya termasuklah pejaja yang mempunyai lesen tapi masih berniaga di lokasi tidak sepatutnya.

“Pasar-pasar antaranya mereka berniaga sehingga ke simpang jalan dan banyak operasi dijalankan tetapi kita masih beri kelonggaran.

“Apabila disebarkan ini saya tidak mahu sebarang isu membabitkan kerajaan negeri kerana pelbagai bantuan telah disalurkan bagi membantu para penjaja,” katanya.

Semua pihak dinasihati supaya memahami keadaan yang berlaku dan pihak MBI perlu mengambil tindakan terhadap penjaja yang tidak memiliki lesen namun MBI tidak akan mengambil tindakan seperti yang ditunjukkan iaitu membuang hasil perniagaan.

“Ianya tidak berlaku saya berani jamin,” katanya.

Sebelum Kerajaan Dibahlulkan dan dimaki hamun, blogger sarankan beruk beruk yang suka komen tutup mata, tutup telinga, kalau boleh tutup mulut jugak. Jangan main tuduh sehingga menafikan kebenaran. Blogger dengan keras mesarankan agar rakyat Malaysia jangan KURANG AJAR. Kaji baru cakap. 
- K1NGMAKER

Saturday, 1 August 2015

PEMBANGKANG DAH MULA SOAL, MIC NS BILA PULAK?

AMK Jempol Gesa MIC Nafi Kenyataan Keras MB Negeri Sembilan

Susulan kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan yang yakin UMNO mampu memerintah Negeri Sembilan tanpa bantuan parti komponen lain, saya menggesa MIC Negeri Sembilan khususnya membidas kenyataan Datuk Seri Mohamad Hassan.

Dengan penuh bersemangat, ucapan yang dibuat dalam mesyuarat UMNO Seremban itu, Mohamad Hassan turut menggesa Perdana Menteri jangan melayan tuntutan kerusi yang diminta parti komponen BN di negerinya.

Saya menggesa MIC Negeri Sembilan segera membidas Mohamad Hassan kerana kenyataannya itu seperti merendah-rendahkan keupayaan MIC dalam berhadapan dengan pilihanraya.

MIC harus menuntut Mohamad Hassan memohon maaf kerana menyinggung perasaan parti komponen BN yang lain atau MIC akan dilihat “bacul” berhadapan dengan UMNO. Juga MIC akan dilihat seperti mengiyakan kenyataan Mohamad Hassan yang sememangnya parti MIC itu “hidup segan mati tak mahu.”

Dato’ Sri Sanjeevan R
Ketua AMK Cabang Jempol

Tuesday, 10 June 2014

Cybertropper Kelas Ketiga MIC Kutuk Tengku Adnan

Salam 1Malaysia,



Inilah jadinya bila kita melantik cybertropper kelas ketiga. Orang yang tidak tahu apa itu cybertropper.... 

Tidak tahu adat!

Siapa yang bayar brother ini untuk kutuk UMNO?

Mesti besar bayarannya kan?

Nak jadi hero ke kutuk UMNO?

Mesti ada yang tanya siapa dia kan?

Surendran Selvaraju merupakan cybertropper kelas ketiga belaan Ketua Penerangan MIC, En Siva Subramaniam. Surendran selalu akan mengikut segala arahan daripada Siva Subramaniam. 

Suren juga merupakan Pengerusi MIC Putra Heights. 

Bahasa seorang Pengerusi Cawangan MIC....?

Patut lah ramai orang berpendidikan tinggi tidak mahu menjejak kaki kedalam MIC sebab sudah dipenuhi dengan ahli kelas ketiga, gangster dan lain-lain.

Sangat memalukan!

Tuesday, 3 June 2014

Ketua Penerangan MIC Sivasu Tiada Maruah

Salam 1Malaysia,

Ramai yang sudah kenal Ketua Penerangan MIC Sivasubramaniam dengan bahasa "british english" nya. Ramai yang sudah mula mempertikaikan bahasa first classnya. 

Kini Sivasubramaniam menyeru pula Ketua Pemuda MIC meletak jawatan? 

Sedarkah dia yang ramai lagi yang hendak dia letak jawatan?

Sivasubramaniam ada maruah ke tak ada?

Banyak orang duduk kutuk dia... 

Tapi dia masih nak pegang jawatan...

Sivasu, apa yang telah kamu lakukan dengan isu perkahwinan yang telah dihentikan oleh JAIS?

Tak berani menyoal JAIS ke?

Hanya mampu tunjuk berani dalam MIC sahaja?

Jawablah Sivasu???






Friday, 30 May 2014

Ketua Penerangan MIC Selangor akan Dipecat?

Salam 1Malaysia,

K1NGMAKER mengikuti komen - komen Awtar Singh selama 24 jam. Arikel sebelum ini Tahap Kepimpinan MIC ke Dalam Longkang!  

Didapati bahasa yang digunakan oleh seorang pemimpin parti politik ini melampau dan langsung tidak boleh diterima.

K1NGMAKER telah pun mendesak MIC untuk melucutkan segala jawatan Awtar Singh dalam masa 72 jam dari tarikh 30/05/2014, 10.30 pm.

Awtar Singh berkata dia penyokong setia Datuk Seri Palanivel. Kalau begitu inikah ajaran beliau kepadanya?

Jom tengok !




Inilah bahasa yang digunakan oleh Ketua Penerangan MIC, Selangor En B Awtar Singh

Apa kata orang awam?




Sekarang apa kata Palanivel? 



Saya juga ingin melanjutkan kes ini kepada 
Tan Sri Karnail Singh Nijhar

Apakah tindakan MIC? Tan Sri Nijhar merupakan Ketua Biro Disiplin MIC. Beliau pantang kalau ada ahli persoal MIC. Beliau akan memecatnya dengan serta merta.

Jadi apakah tindakan Nijhar dalam isu ini?



Jika tindakan tidak diambil dalam masa 72 jam, minta maaf K1NGMAKER terpaksa melakukan laporan polis terhadap Awtar Singh kerana menggunakan perkataan lucah dalam media sosial secara terbuka dan Nijhar kerana gagal mengambil tindakan disiplin.

Tahap Kepimpinan MIC ke Dalam Longkang!

Salam 1Malaysia,

Belum lagi pudar isu bahasa yang digunakan Ketua Biro Keterangan MIC, Sivasubramaniam, timbul lagi isu satu lagi haram jadah yang sekaligus memalukan MIC.

Memperkenalkan En B Awtar Singh.



Siapa Awtar Singh?

1) Ketua Penerangan MIC, Selangor
2) Pengerusi MIC, Puchong Perdana
3) Belaan Pengerusi MIC DS Palanivel
4) Tajaan???? ssshhhhhhhhh......

Kes?

1) Menggunakan perkataan kesat dan lucah dalam laman sosial Facebook.
2) Mencabar orang kutuk Pengerusi MIC
3) Memaki Hamun Ketua Penerangan MIC, Sivasubramaniam





Kesan?

1) Ramai yang berusia di bawah 18 tahun telah mengambil contoh bahasa kesat dan menggunakannya di sekolah dan dirumah.
2) Menjatuhkan martabat MIC dikalangan rakyat jelata
3) Tindakannya mendorong masyarakat India untuk menyepaknya dengan SELIPAR dimana sahaja mereka menjumpainya.

TINDAKAN?

MIC akan melucutkan kedua-dua jawatannya dalam masa 72jam dari sekarang (30/05/2014) 10.30pm.

Jika tidak?

K1NGMAKER akan memastikan dia dipecat! Dont test me!



Thursday, 15 May 2014

TROLL: Mind Your Language Sivasubramaniam (MIC INFO CHIEF)

Salam 1Malaysia,

K1NGMAKER sangat sedih dengan beberapa perkara yang baru - baru berlaku dalam MIC. MIC yang merupakan satu parti yang amat teguh dahulu kala kini menjadi tomahan rakyat jelata.

Tambahan pula dengan sikap dan bahasa Ketua Penerangan MIC, En Sivasubramaniam Letchumanan. 

Ada beberapa rakan melayu blogger tanya bagaimana seorang yang tidak fasih berbahasa Inggeris mahupun BM boleh memegang jawatan tinggi dalam parti?

Kesian saya tidak dapat menjawab, hanya mampu senyum sahaja. 


Another question to me, " eh parti presiden tak sedarkah? " 

I just thought in my heart " parti president pun 2 x 5, mana dia mau sedar?" kuang kuang kuang kaung!


OK JOM TENGOK SIKIT BAHASA 
SIVASUBRAMANIAM LETCHUMANAN




Ini hanya merupakan contoh sahaja, ada lagi lawak saudara Sivasubramaniam ini yang mungkin Blogger akan siarkan time to time.

Mungkin anda boleh tanya kenapa memalukan beliau yang sebenarnya kita harus mempertahankan ahli CWC MIC.

Betul, tetapi beliau sebagai ahli CWC lagi lah memalukan!

Ada satu lagi soalan yang timbul untuk blogger....


Ini merupakan post yang dikeluarkan oleh Sivasubramaniam dalam Facebooknya. 

1. Soalan saya, Special Task Force ini siapa punya?
2. Siapa yang mengetuainya? Palanivel? Sivasubramaniam?
3. Mereka dibayarkah?
Siapa yang bayar?
Adakah mereka ini cybertrooper?
Tajaan Siapa?
Palanivel bukannya pandai soal sosial media, tambahan pula dengar cerita MIC bukannya ada dana pun...So siapa?

Blogger harap MIC dapat menyiasat peranan task force ini supaya mereka tidak menyalahgunakan kuasa.







Tuesday, 6 May 2014

Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi, Harapkan MIC, MIC Makan Ahli

Salam 1Malaysia,

Kian lama K1NGMAKER mendiamkan diri, timbul pula isu yang baru yang wajib kita bincangkan.

Ungkapan "Harapkan Pagar, Pagar makan Padi, Harapkan MIC, MIC Makan Ahli" bukan sia-sia blogger kata malah ia mempunyai maksud tersirat yang harus kita tenungkan.



Enam pemimpin MIC, termasuk Ketua Penerangan parti, telah dipersoalkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) ke atas penyelewengan yang didakwa dalam pemilihan parti itu yang diadakan tahun lepas.

Ini memang satu isu yang kita ketahui, adakah pucuk kepimpinan MIC sedar bahawa jika berlaku penyelewengan dalam pilihanraya parti mereka harus berdepan dengan RoS? 

RoS telah menyoalsiasat 6 orang pemimpin CWC termasuk K Kumaran, Selva Mookiah, SS Rajagopal, V Jagarasah, V Sivaparamjothi dan Ketua Penerangan L Sivasubramaniam dan Setiusaha Jeneral A. Sakthivel pada tahun lepas.

Kemana perginya Presiden MIC dalam menangani isu ini? Apa kata beliau? Adakah beliau akan senyapkan seperti biasa mengharapkan bantuan orang lain untuk menjawab?

K1NGMAKER bukan berniat untuk mengutuk Presiden MIC, beliau sebagai seorang individu, merupakan sangat peramah dan baik hati. 

Tetapi bila timbul masalah yang menjejaskan status parti maka presiden parti harus menegakkan pendirian dan mengambil keputusan yang adil dan bijaksana tanpa mengharapkan balasan.

Ketika dihubungi orang dalam MIC yang tidak sanggup mendedahkan diri berkata Presiden MIC enggan masuk campur kerana khuatir beliau akan kehilangan sokongan kasta.

Satu lagi sumber memberitahu bahawa jika masalah ini berterusan maka kemungkinan besar pucuk kepimpinan Datuk Seri Palanivel akan tamat dengan serta-merta dan kumpulan penyokongnya yang memegang jawatan sebagai ahli CWC juga akan kehilangan kelayakan. 

RoS mula mempersoalkan pemimpin MIC dan ahli sejak tahun lepas, berikut 48 aduan mengenai penyelewengan dalam pemilihan bahagian dan kebangsaan.

Sebuah Parti merupakan imej sebuaj komuniti. MIC telah membawa imej yang baik dari zaman John Thivy hingga ke zaman Datuk Seri Utama Samy Velu. Ini fakta yang tidak boleh dipersoal oleh mana- mana pihak. MIC yang dahulu telah bertarung untuk memperkasakan status rakyat India kini mendapat gelaran parti yang tidak relevan.

Bukan sahaja MIC, malah semua parti harus faham yang rakyat dah mula bangkit, rakyat sudah berani menyoal, rakyat kita tidak boleh ditipu lagi. Jika ada mana - mana parti atau pemimpin yang masih mempunyai persepsi begitu, maka anda salah. 

K1NGMAKER berharap kepimpinan MIC tidak akan membiarkan sehingga parti terpaksa dibubarkan.

Tiada parti yang boleh mendukung rakyat India kalau ia bukannya MIC! Selamatkan MIC!





Saturday, 25 January 2014

Kaum India Dihina Secara Berterusan!

Salam 1Malaysia,

Zaman penghinaan kaum telah pun berlalu beberapa dekad dahulu dan semua telah berganding bahu dan telah membentuk satu negara yang aman dan harmoni, MALAYSIA!

Bagaimana pulak sekarang boleh timbul anak - anak setan yang ingin memusnahkan keharmonian antara kaum di negara ini...

K1NGMAKER sebelum ini nak karang artikel tentang Cina hina Melayu...Tapi dah jadi terbalik pulak...Melayu pulak yang hina India.... 

Apa sudah jadi kawan - kawan Melayu ni....? Blogger sendiri mempunyai ramai kawan - kawan melayu yang sangat - sangat baik hati.... tapi ada jugak peleset yang menganut ajaran sesat membuat hal dengan menghina....

Baru lepas dengan kes baruah yang hina Thaipusam datang lagi dan datana lagi........tak henti henti.......


ini satu lagi baruah!
Ini Baruah betina baru!
Baruah Jantan yang Baru!


Baik, saya sudah bertindak dengan berkongsi isu ini dan akan melaporkan kepda polois pagi esok....Apa tindakan yang lain pulak....?

Apa boleh kita buat dengan Baruah - baruah ini?

Jawab lah kawan - kawan Melayu?

Adakah ini satu perbuatan yang baik?

Inikah yang diajar dalam agama suji agama Islam?

Kalau nak ikut perasaan, orang - orang mcm ini harus di cincang di khalayak ramai supaya yang lain akan mula takut...

Tapi itu bukan cara kita.....

Saya nak tengok apa yang  nak dikatakan oleh kononnya pihak atasan kita....

Apakah tindakan mereka?

Kita tengok sama-sama lar yer......

Monday, 23 December 2013

Dialah Layak Pembela Masyarakat India!

Salam 1Malaysia,

Kita kembali ke topik tadi Siapa layak mengetuai Biro Pembela Masyrakat India?  

Bagi yang tak baca lagi sila klik link di atas...


Baik lah setelah K1NGMAKER membuat kajian siapa lar yang layak mengetuai Biro Pembela Masyarakat India, MIC, blogger pun dapat lah ilham sikit...


Baru - baru ini rakyat memang dah geram, dah muak, dah tension dan langsung tidak suka pemimpin yang sedia ada sekarang dalam MIC...so, kalau lantik balik orang yang sama memang tidak akan menepati syarat Biro tersebut....

Jom kita fikir luar dari kotak MIC ini..... Kenapa tak lantik K1NGMAKER saje untuk jawatan ini... HAaaahahaha gurau je lar.....

K1NGMAKER rasa calon yang paling layak jadi Ketua Biro ini adalah En Ramesh Rao.....


Kenapa?????

Kenal dulu orang ini lar.... 


Ramesh Rao, Calon Baru MIC?? (Part 1)


Ramesh Rao? Siapa Dia Sebenarnya? (Part 2)


Pakatan melebal "INDIA MURAHAN TIDAK BERMARUAH"


Ramesh Rao merupakan seorang anak tempatan Hutan Melintang....Beliau dilahirkan pada 24 Diesember 1971....Beliau merupakan seorang editor, Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Malaysia dan juga Penasihat Projek Khas Persatuan Telugu, Malaysia. 


Apa yang class pasal dia yang blogger suka beliau mampu menjawab segala tohmahan dan berani bersuara...itulah kita nak... kita nak harimau bukan kucing.... Semua dakwaan pembangkang dalam isu Kuil, Pendidikan, Ekonomi, & politik telah pun dijelaskan dengan baik dalam BN Stream Interview...

Best part hubungan beliau memang baik dengan pemimpin UMNO...itu penting beb... kalau nak namakan memang panjang senarai....

Beliau juga telah menyelesaikan pelbagai masalah kritikal seperti isu P.I Bala yang pemimpin MIC kita yang sedia ada sendiri takut untuk memberi apa-apa komen......

Dengan mempunyai banyak kelayakkan seperti ini beliau seharusnya diberi peluang bertanding dalam PRU yang lepas tapi biasa lar politik kan...daripada bagi yang boleh menang kita india suka baik kalah sahaja....

Ramesh Rao bukan calang orangnya....Pihak MIC harus mempertimbangkan jawatan ini kepada RAMESH RAO....

Unless kalau Presiden takut team dia akan kena sabotaj, atau tengok kasta memang lar tak dapat brader ini...tapi kalau nak selamatkan MIC.... Presiden Palanivel kena mengambil tindakan yang cukup drastik.....


Please Dont Take Things Easy My Dear MIC....
Things are not Going To Be The Same Next GE! 
Mark My Word!




Sunday, 22 December 2013

Siapa layak mengetuai Biro Pembela Masyrakat India?

Salam 1Malaysia,
K1NGMAKER dengar ada pulak Biro Pembela Masyarakat India di MIC...
Hmm bagus jugak bila dengar... Pembela Masyrakat India...fuh dahsyat wei....
Tapi?
Ada siapa yang layak bela masyarakat india dalam mic wei...
Semuanya buaya, pak angguk, lalang dan sebagainya...
Yang sedia ada layak pun telah dipinggirkan oleh partinya sendiri...
MIC harus bertindak bijak sekurang-kurangnya sekarang...
Satu keputusan yang bijak telah diambil oleh presiden MIC dengan melantik En Prakash Rao sebagai Secretary General MIC...
Sekarang siapa pulak nak wakili biro ini?
Adakah Presiden Palanivel akan melantik semula orang yang tua tua dan uzur uzur belaka?
Atau pak angguk yang akan dengar hanya cakap dia?
Atau pondan yang tak reti nak bersuara dan saja pegang jawatan?
K1NGMAKER akan jalan satu kajian dan akan kembali dengan artikel Dialah Layak Pembela Masyarakat India sebelum lewat hari ini.....

Monday, 9 December 2013

Candi Lembah Bujang Inginkan Perhatian!

Salam 1Malaysia,

Isu Lembah Bujang....Satu tempat yang bersejarah...Memang betul tempat yang tercatat dalam buku sejarah PMR, SPM, STPM.... Yer memang kita semua telah belajar tentangnya....

 

Apa yanag pelik dekat sini... Setelah bertahun-tahun Lembah Bujang tu dekat sana tak sehari pun orang-orang India telah melawati tempat itu... termasuk lar pemimpin-pemimpin kononya handal lar.... (bukan semua ek)...

Tapi bila di roboh, fuh tak main semua pergi sana.... Semua MIC ada sana...Jangan hairan tak lama lagi tubuh cawangan MIC kat tengah - tengah lembah tu....

Apa yang semua nak cuba buktikan? Heroisme ke? Baru lar semua nak sibuk - sibuk pergi sana... sampai ramai yang tak tahu lembah bujang tu kat negeri mana.... 

K1NGMAKER pun terima panggilan tanya, " eh, ni tempat ada mana dei?" " GPS boleh pakai kah?" "Jauhkah" "marilah pergi sama-sama boleh share petrol"

Tengok, mau jadi hero tapi tak mau bayar petrol penuh.... Ini kah pemimpin nak tolong... Ni kes saja je nak cari publisiti....


Fakta sebenar Candi Lembah Bujang

Pedagang India telah berjaya mengembangkan agama Hindu dan Buddha pada abad ke-5 di Lembah Bujang. Lembah Bujang seterusnya berkembang menjadi pusat penyebaran agama Hindu - Buddha yang terkenal kerana sikap terbuka penduduknya dan tiada langsung menerima penentangan daripada masyarakat tempatan.

Upacara agama yang telah dilakukan pada masa ketika itu tidak disambung oleh mana- mana pihak atau pun penganut. Secara lama kelamaan tempat ini telah menjadi tempat pelancongan...
Candi - candi ini harus dilakukan upacara agamanya sekurang - kurangnya setahun sekali untuk memulihara aura positif yang telah ditinggalkan oleh moyang dulu...

Candi mempunyai kuasa seumpama sebuah kuil.. apabila sebuah kuil itu dibiarkan begitu sahaja, ia akan memberi impak yang negatif pada sekitarnya, termasuk orang-orang yang mempunyai hubungan rapat dengan candi tersebut...terutamanya bagi yang asalnya dari keturunan pembina dan pengusaha candi tersebut...

Ini bukan satu isu yang harus dipolitikan untuk publisiti nama diri sendiri...Sebagai seorang Hindu, anda kena tahu apa upacara yang betul yang harus dilakukan... bukan pergi setakat nak bagi posing kat FB semata - mata nak cari publisiti murahan.

Ini bukan hal main - main...ini melibatkan agama purba... Kita harap jangan lar candi - candi itu diikat sumpah...
Nasib malang mampu timpa bagi yang telah merosakkanya..


Wednesday, 22 May 2013

Adakah G.Palanivel Berhasrat Membubarkan MIC?


Salam 1Malaysia,


Kebelakangan ini terdapat khabar angin yang tersebar memanggil Presiden MIC, Dato Seri Palanivel untuk berundur. Terdapat juga khabar angin bahawa bekas Presiden MIC, Dato Seri S Samy Velu mungkin berusaha pertandingan semula bagi jawatan itu.

TERIMA ATAU TIDAK????


Dato Seri Samy Velu terpaksa meletakkan jawatan sebagai Presiden MIC pada tahun 2009 selepas kekalahan yang drastik MIC dalam PRU 12, 2008. Beliau dipersalahkan untuk menjadi pemimpin yang tidak cekap yang gagal untuk mengemudi MIC dan menyerahkan kepada kaum India di Malaysia.

Kegagalan MIC telah menyebabkan kebangkitan HINDRAF, yang kemudian menjadi pemangkin untuk 'tsunami' politik pada tahun 2008.

Tidak ada cara kita boleh mengubah MIC yang ditubuhkan, selagi pemimpin akar umbi masih sama, iaitu cawangan dan pengerusi bahagian.

Banyak cawangan MIC dijalankan seperti 'syarikat-syarikat Sendirian Berhad' dan pengerusi bahagian membentuk seberapa banyak cawangan mungkin untuk mempertahankan kedudukan mereka.

Jika ada panggilan untuk Dato Seri Palanivelu untuk berundur, maka semua pengerusi bahagian di mana calon-calon MIC bertanding dan kalah dalam PRU 13 lalu juga perlu meletak jawatan dan bertanggungjawab.Ketidakcekapan cawangan MIC dan pemimpin bahagian dalam pilihan raya, mencerminkan sentimen pengundi.

MIC akan menjadi tidak relevan kepada masyarakat India jika tidak ada perubahan di MIC. Akar umbi perlu diterajui oleh muda, berpendidikan, belia yang bertenaga yang mempunyai visi untuk menambah baik masyarakat khususnya negara yang secara umum, hak dari peringkat cawangan.

Janganlah usaha yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin bertenaga dan berwawasan seperti Dato S Saravanan dan pemimpin Pemuda yang lain pergi ke sisa. 

Sehingga kini, tidak ada tindakan dari MIC kepada kerajaan untuk meningkatkan tahap sosio-ekonomi kesejahteraan masyarakat India.

Peluang yang baik ini telah digunakan oleh Hindraf Waythamoorthy dan beliau berjaya meyakinkan kerajaan NGO yang bebas 'yang mampu memperjuangkan hak India berbanding dengan MIC.

Ramai Waythas dijangka akan muncul tidak lama lagi untuk memimpin dan panduan India manakala MIC sibuk dengan pertelingkahan dalaman dan isu-isu yang pernah dapat diselesaikan.

Menerajui kerajaan BN adalah perlahan-lahan terjungkit ke arah orang-orang yang boleh menyampaikan dan meyakinkan pengundi India. MIC mungkin terpaksa memberikan lebih banyak kerusi dalam PRU 14 kepada calon-calon India yang dilantik secara langsung oleh BN.

Monday, 1 April 2013

Calon-Calon Winnable MIC Terpinggir?

Salam 1Malaysia,

Blogger baru dapat satu info yang panas dan menarik...so ingat nak share dengan semua...

Beberapa nama tidak tersenarai dalam senarai (benar) calon MIC...
Didapati mereka ini telah berbakti kepada parti dan ingin berkhidmat untuk MIC dan BN....

Blogger telah membuat kajian tentang latar belakang kesemua individu ini...mereka semua disegani oleh ramai dikawasan mereka...malah bukan sahaja di kawasan mereka tetapi juga dikenali ramai dimerata tempat kerana khidmat dan bakti mereka kepada masyarakat....

Mereka merupakan Winnable candidate....

Adakah mereka semua akan dipinggirkan?

Adakah mereka akan diberi peluang bertanding dalam tiket MIC?

Adakah mereka akan bertanding sebagai calon Bebas?

Jika mereka bertanding sebagai calon bebas, jumlah undi akan berpecah dan ini akan merugikan MIC...

Jadi apakah keputusan yang bakal MIC ambil?


Mahaganapathy Dass


Ramesh Rao
                                                          
     V.Mugilan



Dhinagaran

SL Subramaniam
Mohana Muniandy


K1NGMAKER: lebih baik memilih calon yang rakyat nak daripada siapa yang pihak atas nak kan?

Sunday, 31 March 2013

PANAS! Zulkifli Noordin Bakal Junjung Quran di Masjid Esok?

Salam 1Malaysia,
Zulkifli bakal junjung Quran esok di Masjid untuk menjelaskan tentang video penghinaan kaum Hindu...
Zulkifli pada tahun 2007 ketika video dirakam merupakan ahli PAS...
Beliau juga mengaku apa yang dikatakannya itu adalah ajaran PAS semata mata amanat Hj Hadi Awang....selepas beliau kecewa dengan PAS, beliau melangkah masuk ke PKR....
PKR dikatakan lebih teruk daripada PAS, dengan penipuannya dan fitnahnya.... Zulkifli keluar dari sana dan menjadi calon bebas....
Apa guna PR huru harakan isu ini sekarang? Kenapa tak jadikannya isu pada tahun 2007?
Nak cari politikal mileage kah? Atau nak hapuskan Zulkifli supaya tak bertanding kelak?
Atau adakah PR hendak membalas dendam sebab Zulkifli dah bongkar agenda PR pada Jun 2012 di Parlimen?
Klik disini untuk video...
Adakah Zulkifli akan jadi mangsa PR? Kita akan berganding bahu dengan Zulkifli jika beliau benar dan kita akan sama sama menolak parti PKR n PAS...
Tahniah YB Zulkifli kerana berani mengaku....
WE LOVE 1MALAYSIA!

Saturday, 23 March 2013

MIC SARAN LIM GUAN ENG LETAK JAWATAN!

Salam 1Malaysia,

MIC menyarankan Lim Guan Eng letak jawatan jika RoS membatalkan parti mereka ekoran kontroversi piliharaya parti yang telah berlangsung Disember 2012....

Dikatakan beberapa dari ahli parti mereka sendiri telah membuat laporan mengatakan berlaku penipuan dalam pilihanraya parti DAP yang lalu....

K1NGMAKER: sudah tiba masanya kita menyaksikan kehancuran parti pembangkang....banyak perkara yang jelas kelihatan depan mata....kalau rakyat Malaysia masih tak nampak....nak katakan apa selain dari buta......

WE LOVE 1MALAYSIA!

Saturday, 16 March 2013

India dan Cina Boleh Bungkus Dan Balik Negara Masing-Masing?

Seorang ADUN PAS telah menggesa pengundi Islam untuk mengundi calon Islam Umno jika calon PKR yang bukan Islam menjawab di kerusi dalam pilihan raya umum.



Gaal Dr Nik Mazian Nik Mohamad dipetik oleh portal dalam talian Mole.my sebagai berkata bahawa ia adalah lebih baik untuk mengundi untuk rakan-rakan Islam untuk memastikan bahawa prinsip Islam dipertahankan.

"Dalam memilih antara calon Umno Islam dan calon PKR, pengundi mesti menilai mana calon adalah lebih baik.


"Jika calon PKR yang bukan Islam, ia adalah yang terbaik untuk pengundi untuk mengundi calon Umno untuk menjaga kepentingan Islam," katanya.
Beliau juga menyatakan bahawa umat Islam di Malaysia mempunyai dua pilihan kepimpinan, tadbir urus yang Islam dan bukan Islam, dan ia adalah penting bagi mereka untuk memilih parti yang berjuang untuk Islam.

Walau bagaimanapun, Dr Nik Mazian menegaskan bahawa antara calon Umno dan PAS, ia adalah wajib berbakti (wajib) bagi pengundi Islam untuk mengundi PAS.

"Umat Islam di negara ini mempunyai pilihan yang lebih baik bagi kerajaan yang berpegang kepada prinsip Islam.

"Cuma PAS telah menegakkan Islam dalam perjuangan, tidak seperti Umno dan Barisan Nasional. Ia adalah pilihan yang jelas bagi umat Islam, "katanya.

Ditanya mengapa PAS telah memilih untuk bekerjasama dengan DAP yang tidak berkongsi prinsip yang sama menegakkan prinsip-prinsip Islam, katanya kepada The talian Mole bahawa: "Dalam demokrasi dan politik, ia hanya bijak bagi PAS untuk menerima bantuan daripada pihak-pihak lain yang boleh membantu kita untuk menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional.

"Mereka boleh mempunyai pendapat mereka sendiri. Kami bekerja bersama-sama untuk memastikan bahawa Kerajaan Barisan Nasional akan dikalahkan. "


K1NGMAKER: Ingat MIC dan MCA sahaja jadi mangsa PAS, tengok-tengok PKR and DAP pun jadi mangsa....so semua bersedia bungkus dan balik negara masing - masing lar...
Anda semua tak sedar lagi ke? Dalam PR parti komponen mereka sendiri tak mau Non Malays so macam ni...Non  Malays nak pergi mana? Nak duduk mengangguk dengan PAS kah....nak korbankan agama dan bangsa anda kah? 

Pilihan yang bijak....TOLAK PR SAMA SEKALI....LANGSUNG TAK MAU PEMBANGKANG.....
Ini Tindakan ornag bijak sahaja yer....yang nak kekal bodoh suka hati anda lar...... 

WE LOVE 1MALAYSIA!