Presiden baru MIC Datuk Seri Dr Subramaniam telah pun memulakan tanggungjawabnya sebagai presiden parti MIC yang telah kehilangan hala dan tidak berfungsi selama hampir 20 bulan dalam kepimpinan Datuk Seri G Palanivel.
Presiden baru kelihatan sangat bertenaga dan bersemangat dalam melaksanakan tugas beliau demi menukar nasib masyarakat India yang ketinggalan kebelakangan ini.
K1NGMAKER percaya kepimpinan baru ini akan membawa satu transfomasi yang baru bukan sahaja dalam menjaga hal sosial masyarakat malah memilih pemimpin - pemimpin yang baru dan disegani ramai supaya kepercayaan yang telah diberikan oleh Perdana Menteri kita tidak akan disia - siakan.
Harap masyarakat India dapat berkerjasama bersama kepimpinan baru ini dan tidak lagi mengungkit isu - isu yang telah berlalu sebelum ini.
Seorang pemimpin hanya akan berjaya jika mendapat sokongan setia dari pengikutnya. K1NGMAKER menyeru agar pengikut - pengikut Dr Subra tidak menjadi umpama lalang yang mengikut tiupan angin.
Kesetiaan amat penting dalam kepimpinan. Jangan bermanis didepan dan berbuih dibelakang.
Sekian.
No comments:
Post a Comment