Sunday, 13 September 2015

Masyarakat India Tiada Urusan Dalam Perhimpunan Baju Merah


Kuala Lumpur - Masyarakat india dinasihati supaya tidak melibatkan diri  dalam penganjuran perhimpunan peserta berbaju merah yang dijadual berlangsung pada 16 September 2015.

Sehubungan dengan ini, Ketua Pemuda MIC Kg Kerinchi, Aathava menasihatkan agar tidak merpercayai maklumat yang disebarkan di rangkaian sosial terutamanya di Whatsapp mengenai isu perkauman kerana ia hanya mengugat keharmonian dan kententeraman awam.

Selain itu, penganjuran Himpunan Baju Merah diadakan sebagai tindakbalas terhadap himpunan Bersih 4.0 yang disertai majoriti oleh masyarakat Cina. Oleh itu, himpunan ini diadakan untuk menunjukkan kesatupaduan orang Melayu.

Pada masa yang sama, beliau juga turut menasihati agar perhimpunan ini diadakan berdasarkan dua perkauman, oleh kerana itu belia india diminta tidak melibatkan diri dan jadi mangsa akibat himpunan baju merah ini.

Malah, terdapat juga spekulasi agar belia masyarakat india digunakan untuk menimbulkan masalah perkauman yang boleh mewujudkan kemarahan kaum lain.  Sikap perkauman ini boleh memberi implikasi buruk kepada keselamatan dan ketenteraman masyarakat Malaysia.


Ketua Polis Tan  Sri  Khalid Abu  Bakar mengesahkan provokasi berbaur perkauman seperti tersebar di laman sosial adalah maklumat palsu dan semua orang diminta tidak percayai maklumat palsu ini.

Aathava juga menasihati agar  tidak menyebarkan maklumat palsu yang boleh mengancam kententeraman dan keharmonian awam.

1 comment:

  1. To avoid confusion. Some do not know why they assemble.

    ReplyDelete