Showing posts with label PM. Show all posts
Showing posts with label PM. Show all posts

Sunday, 6 March 2016

Sukarelawan BN Pasir Panjang Berjiwa Rakyat


6 Mac 2016, sekitar jam 8.00 pagi, kelihatan lebih kurang 150 Sukarelawan BN Pasir Panjang membanjiri persekitaran Dewan Orang Ramai Pasir Panjang.

Kelihatan segak dengan t-shirt berwarna hitam bertemakan BN For Better Nation. Walaupun hari Ahad, tidak menjadi halangan bagi Sukarelawan BN turun padang dengan mood yang sangat ceria.


Kehadiran Yb Dato Seri Utama Tan Sri Dr Hj Mohd Isa Bin Dato Hj Abdul Samad memeriahkan lagi majlis tersebut.

Setelah tamat majlis perasmian dan menjamah nasi lemak dengan teh yang disediakan, tanpa melengahkan masa lagi para Sukarelawan BN mengangkut perkakas dan beredar ke lokasi gotong-royong masing-masing.


Perkara yang telah menarik perhatian blogger, Sukarelawan BN bekerjasama tanpa mengira kaum, agama, dan status.

Blogger amat kaum dengan komitmen yang dicurahkan oleh para sukarelawan kita.

Kumpulan diagihkan ke tiga lokasi yang berlainan. Kumpulan 1 ke Tokong Kwong Fu, kumpulan 2 ke Masjid Jamek Pasir Panjang, dan kumpulan 3 pula di Kuil Sri Subramniar.

Ketiga-tiga kumpulan ini telah melaksanakan tanggugjawab membersihkan rumah ibadat dengan begitu efisien sekali.

Tahniah dan syabas kepada penganjur dan juga sukarelawan BN.




Ulasan K1NGMAKER:
Sukarelewan BN Pasir Panjang telah membuktikan rakyat Malaysia harus menjalinkan hubungan silaturahim yang erat antara kaum dan mengabaikan pemikiran RASIS.
Disamping itu, jika bukan BN, siapa lagi yang mampu mengeratkan hubungan antara masyarakat.
Fikirkan saudara saudari.....

Thursday, 20 August 2015

Media Sokong 4 Tuntutan Pemimpin NGO kepada PM

Tuntutan kepada PM merupakan perkara yang sangat biasa dan memang jika kita perhatikan ramai yang tampil kehadapan untuk mendapatkan beberapa hak orang India.

Blogger mendapat temuramah seorang pemimpin NGO yang bakal memberi memorandum kepada YAB PM kita dengan cara yang aman dan damai dalam masa 1 bulan mulai hari ini....

SO LETS TICK TOCK TICK TOCK....

Ramesh Rao yang kita tahu membidas isu DAP dan Sarawak Report kini hendak bermara memberi 4 Tuntutan kepada PM.

Beliau Memohon Tuntutan Khas Untuk Kaum India Tanpa Mengira Ugama Dan Keturunan (Termasuk Utk India Muslim & India Kristian) dari Perdana Menteri --

1.100% Biasiswa Pendidikan Untuk Pelajar2 Cemerlang.Bermula Dari Tingkatan 5.

2. Jaminan Pekerjaan Untuk Semua Siswazah India

3. Jaminan Rumah Mampu Milik Untuk Semua Kaum India.

4. Dua Hari Cuti Umum Untuk Hari Deepavali.

Permintaan Ini Mampu Ditunaikan Oleh Pm ,Kerana Kaum India hanya 7% Di Malaysia.

Permintaan ini Tidak Mengugat Kepentingan Kaum Yang Lebih Besar Dari Kami.

Beliau juga telah meminta Sokongan Dan Tandatangan Anda Untuk Jayakan Tuntutan Ini.

Beberapa ahli media yang terkenal masyur di Malaysia juga telah memberi sokongan penuh mereka dalam usaha ini.

Sila Email Nama Penuh Dengan Salinan Ic Ke rr_media@yahoo.com Atau Sila Hubungi RAMESH 0123560105 Atau Pertubuhan Minda & Sosial Prihatin 0379570105

Sertailah Tuntutan Khas.

Sekian Terima Kasih

Monday, 10 August 2015

PENJELASAN TENTANG ISU PM TIDAK DIBENAR MENDARAT DI JOHOR!


PM telah berlepas ke singapura pd hari sabtu sebelah malam selepas merasmikan pertandingan pidata antarabangsa bahasa melayu piala perdana  menteri di picc, putrajaya. Pd malam tersebut pm mempunyai aturcara sendiri di singapura sempena sambutan hari kebangsaan singapura atas jemputan negara republik tersebut....
 
Adakah PM Tidak Dibenarkan Mendarat Di Johor??????
 
Baca di Selanjutnya disini....

Monday, 22 April 2013

PM Pun Suka Dia, Rakyat Pun Suka Dia!

Salam 1Malaysia,

Setiausaha Agung MIC, yang kini calon Parlimen Kota Raja Datuk S. Murugessan seorang yang sangat peramah dan berhati mulia... saya cakap ni bukan saja nak angkat bendera dia tapi nak tahu pergi lar test sendiri...


Beliau seorang yang hansem beb and paling best dia tu nampak macam malay sikit...Peguam ni mempunyai banyak pengalaman dalam undang - undang... Highlightnya beliau seorang "peguam yang support BN'.....
Cool kan....

Datuk Murugessan telah mendapat restu dari PM kita petang tadi untuk bertempur...


Saya berharap insan yang mulia ini harus diberikan satu peluang untuk membuktikan diri beliau...
Beliau berupaya menukar nasib rakyat Selangor....

Percaya lar... he can do it!!!


WE LOVE 1MALAYSIA!

Sunday, 21 April 2013

Video: I Salute Michelle Yeoh! Booo To Pakatan!

Salam 1Malaysia,

Datuk Seri Michelle Yeoh seorang artis Malaysia dan terkenal di pelusuk dunia dimaki hamun oleh pencacai Pakatan Rakyat....

Artis ini dimaki hamun sebab beliau menyokong BN....apakah adat Pakatan Haram ini...???
Kata nak hak bersuara... Inikah jadahnya korang tunjukkan hak bersuara....

Apa wei.... korang maki orang kalau sokong BN...kalu sokong PR korang puja ke....
Macam ni ke rakyat nak respect korang....

Sebagai seorang rakyat Malaysia, nasihat peribadi kepada semua, kalau nak undi PR, bersedia untuk korbankan maruah, agama, tradisi dan juga kebebasan bersuara...

Tetapi Datuk Seri Michelle Yeoh tidak gentar dengan adegan puak pakatan ini...beliau tetap menyuarakan sokongannya kepada YAB PM kita....



Selanjutnya sila baca Michelle Yeoh Menyokong Penuh Perdana Menteri! 

WE LOVE 1MALAYSIA!

Saturday, 20 April 2013

Apa Ni Wei!!!! Rakyat Cina Klang Kenakan PM Kaw-Kaw!



Salam 1Malaysia,

PM kita kena Kaw-Kaw semalam wei...Kaw-kaw apa? Sokongan dan kasih sayang rakyat Cina yang Kaw-Kaw lar....
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEisorXvY9-LsirXUJ5l-WIQgkM6voon74fSDRCwtAJrvHKG2kspvPfl1OWnP9JX-qrzvrMJq5sAnghIY8EWD3NI-kX5EQAHrDNuwL3IzvxZDUqfw9opRaLwqAL1bEIWavjPOBqYBlEnHlaH/s1600/SGBang+1(1).jpg


Klik link dibawah ini untuk berita lanjut...

Tuesday, 19 March 2013

SENSASI: Parlimen Dibubar Hari Isnin?

Salam 1Malaysia,


Pagi - pagi tadi dengar cerita dari sumber yang boleh dipercayai ang PM akan bubar parlimen hari Isnin ini...

Jadi, bagi yang nak bersedia boleh bersiap sedia, mana tahu kan tiba - tiba PM bubar parlimen....

Messagenya sekarang, walaupun PM tak bubar parlimen Isnin ini, tak payah lar kita kutuk - kutuk, maki hamun PM kita kan....

Kitakan orang Malaysia, dikenali dengan, kesopanannya, kesusilaanya, ketaatanya, kehormatannya...jadi jangan lar jadi beruk....beruk kat zoo Malaysia pun ramah dan mesra.....

So kita sabar dan PM kita knows the best....ok.......

WE LOVE 1MALAYSIA!

Saturday, 23 February 2013

PM Sudah Bubar Parlimen.....?

PM Sudah Bubar Parlimen.....?

Salam 1Malaysia sekalian,

Apabila PM bubar parlimen nanti pastikan pilihan anda tepat. Keluarga Blogger,blogger seperti Papa Gomo, House PK, RBF Online, Shizone , Youth Intellectual Mind dan juga yang lain pun sama. Keluarga anda semua macam mana?

1 undi untuk PKR bawa kepada kehancuran Akidah Islam

1 undi untuk PKR bawa kepada kehancuran masa depan anak - anak kita

1 undi untuk PAS bawa kepada perpecahan umat Islam

1 undi untuk PAS bawa kepada penindasan agama Hindu, Kristian dan agama yang lain

1 undi untuk DAP bawa kepada penindasan Islam dan bangsa.

1 undi untuk DAP bawa kepada kehambaan Kaum Bumiputera dan India

TETAPI......

1 undi untuk BN, Islam terus dimartabatkan bersama agama-agama lain dalam kehidupan yang aman dan harmoni.

Fikirkan lah.......

WE LOVE 1MALAYSIA!

sumber: Papagomo

Saturday, 16 February 2013

Cita-cita Anwar Jadi PM Berkecai !!!

Seorang bekas sekutu Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa beliau menghentikan cita-cita menjadi Perdana Menteri, sambil berkata penolakan Majlis syura PAS beliau untuk memegang jawatan itu penting dan mempunyai maksud.

Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata adalah jelas Anwar tidak lagi mempunyai sokongan daripada golongan ulama dalam PAS.

Katanya, beliau kini mempunyai maklumat bahawa terdapat golongan tertentu dalam DAP membuat perjanjian dengan PAS untuk tidak menyokong Anwar bagi jawatan tersebut.

“Majlis syura membuat keputusan berdasarkan sokongan bagi isu-isu bertentangan Islam seperti isu kalimah Allah, pluralisme dan LGBT.

“Anwar kini sedang takut dan berharap untuk menyembunyikan hakikat bahawa dia tidak lagi mempunyai sokongan daripada pihaknya (pembangkang) sendiri, sekurang-kurangnya sehingga Parlimen dibubarkan,” katanya dalam satu sidang akhbar, Jumaat.

Zahrain yang merupakan bekas ketua PKR P.Pinang yang kini ahli Parlimen Bebas, mendakwa DAP telah bersetuju dengan PAS secara prinsip untuk menyokong sama ada veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah atau Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk jawatan perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat menang pilihan raya umum.

“Bagaimanapun, mereka (PAS dan DAP) cuba untuk menyembunyikannya sehingga pilihan raya tamat,” dakwa Zahrain.

Majlis syura PAS baru-baru ini dilaporkan telah membuat keputusan untuk menolak Anwar sebagai calon perdana menteri.

Walau bagaimanapun, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengerusi DAP Karpal Singh mendakwa majlis tidak membuat apa-apa keputusan.

- Politik Harian Media Rakyat
- Perak Today

Tuesday, 12 February 2013

BN Berjaya Pancing Undi di Penang?


SEBUAH blog pro kerajaan mempertikaikan usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menguatkan pengaruh BN di Pulau Pinang dengan pelbagai usaha memikat hati rakyat negeri tersebut seperti mengadakan majlis Sambutan Tahun Baru Cina secara besar-besaran, yang turut dimeriahkan dengan kehadiran bintang popular Korea Selatan, Psy.

Kononnya, Najib ‘diboo’ ratusan ribu penonton yang hadir dalam majlis semalam dan dengan itu menggesa Najib menumpukan perhatian kepada negeri-negeri yang lebih berpotensi untuk dikuasai BN, dibanding dengan Pulau Pinang.

Pada penulis, gesaan seumpama ini adalah gesaan seorang pengecut. Mana mungkin Perdana Menteri melepaskan setiap peluang yang ada untuk menguatkan pengaruh BN di mana-mana tempat dalam negara ini!! Benar, Pulau Pinang mungkin dikuasai DAP hampir sepenuhnya tapi masih ada banyak kawasan DUN dan Parlimen tersebut yang berpotensi untuk dikuasai semula oleh BN seperti Balik Pulau, Batu Kawan dan sebagainya.

Termasuk Permatang Pauh sendiri!!

Pulau Pinang mempunyai 13 kerusi Parlimen dan 40 kerusi DUN. Dalam pilihanraya 2008 yang menyaksikan kejatuhan teruk pengaruh BN di seluruh Negara, pembangkang yang kemudian menggelarkan diri sebagai Pakatan Rakyat ini menguasai 11 kerusi parlimen dan 29 kerusi DUN.

Yang mungkin ramai orang tidak tahu, dalam keadaan terburuk BN pada 2008 pun, DAP tidak mampu membentuk kerajaan di Pulau Pinang bersendirian, tanpa sokongan tambahan 2 kerusi dari mana-mana satu PKR dan PAS untuk membentuk kerajaan negeri. Berbanding dengan PAS yang mampu membentuk kerajaan sendiri tanpa bantuan DAP di Kedah dan Kelantan, DAP tidaklah sekuat mana waima nak dibandingkan dengan PAS pun.

DAP nampak kuat sebab undi Melayu berpecah 3 kepada PKR, PAS dan UMNO, itu sahaja.


Berita seterusnya di Perak Today



K1NGMAKER: Rakyat Penang berpusing kepada BN.... Walaupun BN telah mengadakan konsert besaran ini kononya unuk pancing undi, rakyat Penang berterima kasih atas hiburan EKSKLUSIF yang telah disajikan oleh YAB PM kita untuk Tahun Baru Cina...

Tiada pemimpin sanggup berbelanja sebanyak ini demi rakyat negaranya.... 

SALUTE TO OUR PM!!!

WE LOVE 1MALAYSIA