Tuesday, 12 February 2013

BN Berjaya Pancing Undi di Penang?


SEBUAH blog pro kerajaan mempertikaikan usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menguatkan pengaruh BN di Pulau Pinang dengan pelbagai usaha memikat hati rakyat negeri tersebut seperti mengadakan majlis Sambutan Tahun Baru Cina secara besar-besaran, yang turut dimeriahkan dengan kehadiran bintang popular Korea Selatan, Psy.

Kononnya, Najib ‘diboo’ ratusan ribu penonton yang hadir dalam majlis semalam dan dengan itu menggesa Najib menumpukan perhatian kepada negeri-negeri yang lebih berpotensi untuk dikuasai BN, dibanding dengan Pulau Pinang.

Pada penulis, gesaan seumpama ini adalah gesaan seorang pengecut. Mana mungkin Perdana Menteri melepaskan setiap peluang yang ada untuk menguatkan pengaruh BN di mana-mana tempat dalam negara ini!! Benar, Pulau Pinang mungkin dikuasai DAP hampir sepenuhnya tapi masih ada banyak kawasan DUN dan Parlimen tersebut yang berpotensi untuk dikuasai semula oleh BN seperti Balik Pulau, Batu Kawan dan sebagainya.

Termasuk Permatang Pauh sendiri!!

Pulau Pinang mempunyai 13 kerusi Parlimen dan 40 kerusi DUN. Dalam pilihanraya 2008 yang menyaksikan kejatuhan teruk pengaruh BN di seluruh Negara, pembangkang yang kemudian menggelarkan diri sebagai Pakatan Rakyat ini menguasai 11 kerusi parlimen dan 29 kerusi DUN.

Yang mungkin ramai orang tidak tahu, dalam keadaan terburuk BN pada 2008 pun, DAP tidak mampu membentuk kerajaan di Pulau Pinang bersendirian, tanpa sokongan tambahan 2 kerusi dari mana-mana satu PKR dan PAS untuk membentuk kerajaan negeri. Berbanding dengan PAS yang mampu membentuk kerajaan sendiri tanpa bantuan DAP di Kedah dan Kelantan, DAP tidaklah sekuat mana waima nak dibandingkan dengan PAS pun.

DAP nampak kuat sebab undi Melayu berpecah 3 kepada PKR, PAS dan UMNO, itu sahaja.


Berita seterusnya di Perak Today



K1NGMAKER: Rakyat Penang berpusing kepada BN.... Walaupun BN telah mengadakan konsert besaran ini kononya unuk pancing undi, rakyat Penang berterima kasih atas hiburan EKSKLUSIF yang telah disajikan oleh YAB PM kita untuk Tahun Baru Cina...

Tiada pemimpin sanggup berbelanja sebanyak ini demi rakyat negaranya.... 

SALUTE TO OUR PM!!!

WE LOVE 1MALAYSIA

No comments:

Post a Comment