Showing posts with label Harga Minyak. Show all posts
Showing posts with label Harga Minyak. Show all posts

Sunday, 21 February 2016

Harga Minyak Kekal Rendah 3 Hingga 5 Tahun

Harga minyak dunia dijangka kekal rendah bagi tempoh tiga hingga lima tahun lagi, kata pemilik kompleks penapisan minyak terbesar dunia, Mukesh Ambani.
"Seperti mana yang anda lihat keadaan harga minyak, ia akan berada pada tempoh yang lama. Dan ini adalah kali pertama harga minyak jatuh disebabkan lebihan bekalan," katanya.
Individu paling kaya di India itu menambah, tidak pernah berlaku satu keadaan di mana terlebih bekalan daripada permintaan, sambil menyifatkan ia berlaku kerana inovatif Amerika Syarikat kerana menghasilkan kuantiti minyak yang besar.
Katanya, Amerika Syarikat telah menghasilkan sembilan juta tong sehari berbanding kurang daripada sejuta sebelum ini.
Tambahnya, dengan lebihan bekalan OPEC semakin kehilangan kawalan.
Ambani menjangkakan, harga minyak dijangka rendah sehingga berlaku perubahan struktur.
Dalam keadaan sekarang, katanya, kejatuhan harga minyak menjadi kelebihan kepada negara-negara pengimport bahan bakar itu seperti India kerana mendapat bekalan pada harga lebih murah.
"Dan ia membantu dalam pertukaran asing kita (India). Dan dalam erti kata lain, ia membantu defisit fiskal kerajaan kerana ia boleh menyerap pendapatan tambahan. Jadi bagi negara-negara pengimport minyak, ia sangat baik.
"Atas dasar ekonomi secara keseluruhan, ia adalah deflasi dan kita semua memahami bahaya deflasi," katanya. - 

Tuesday, 22 January 2013

Ungkapan Anwar "Hari ini menang, Esok turun harga minyak"

Mari kawan-kawan kita buat satu perbandingan pengiraan yang sangat mudah...yang gagal Maths pun boleh paham tau.....

Pada tahun 1995, ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim memegang jawatan sebagai Menteri kewangan dan Timbalan Perdana Menteri, berapa harga petrol kita dan jom bandingkan dengan harga petrol di US.

KITA SUKA BANDING DENGAN NEGARA LAINKAN....SO LET'S SEE

Tahun 1995 - RM 1.10 per litre  /   USD  45.00 per barrel

Tahun 2012 - RM 1.90 per litre  /   USD 100.00 per barrel

Okay, harga petrol mahal dulu ke sekarang kawan-kawan???

Ini pengiraan yang paling simple je...

Soalannya, mengapa Anwar tak dapat turun harga minyak pada ketika itu?

Jika nak katakan ini merupakan keputusan PM Tun Dr Mahathir Mohammad yang kini digelar sebagai mamak kutty, jadi Anwar Ibrahim telah bersubahat dengan beliau untuk kepentingan sendiri?

                                                          ALAMAK KANTOI LAGI

                           Nak percayakan Anwar lagi ke??
                          Selalu tuduh dan fitnah orang lain.
                          Oh my Dear Masyarakat sekalian, 
                              tolonglah sedar sedar sedar!!!!