Salam Politik Khidmat Bakti kpd seluruh Warga Batu yg kami hormati, disini saya bentangkan politik khidmat bakti saya sepanjang 5 tahun yang lepas sejak 2013. Saya tidak pernah lari dari tanggungjawab sebagai seorang pemimpin bagi sebuah badan parti (BN-UMNO) walaupun bukan Ahli Parlimen yg dipilih.
Sejak 5 tahun khidmat bakti yang saya curahkan, hampir setiap hari, setiap ceruk, rumah, flat, ppr/pa, kampung dan sebagainya yang berkaitan dan melibatkan aduan, masalah, kebajikan dan kesejahteraan kehidupan rakyat akan pasti saya bantu tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang politik dan tanpa saya lelah dan mengeluh. Alhamdullilah saya dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang tempoh 5 tahun walaupun dalam sepanjang tempoh itu saya telah disahkan menghidap "bell palsy" akibat tekanan kerja dan melakukan pembedahan lutut akibat kerosakan ligamen tetapi saya masih berkhidmat walaupun dalam keadaan yang kurang sihat tetapi demi rakyat Batu saya gagahkan juga.
Setiap hari dan Setiap Rabu adalah hari khas saya berjumpa rakyat di Restoran Firdause dengan tagline "saya pemimpin rakyat" tanpa sebarang protokol, setiap pesanan, panggilan telefon, perjumpaan tidak pernah saya abaikan walaupun kekadang melibatkan waktu2 privasi saya bersama keluarga kerana saya faham rakyat lebih memerlukan khidmat bakti saya dari keluarga saya sendiri. Malah saya sendiri telah mengambil keputusan berhenti sebagai Pengurus Kanan di sebuah bank untuk menabur lebih banyak masa untuk rakyat Batu walaupun saya tahu risiko itu dan keluarga saya tidak bersetuju dengan tindakan saya. Tetapi demi rakyat Batu saya korbankan pekerjaan saya yang telah menjanjikan gaji yang sudah lumayan ketika itu.
Oleh itu, saya merayu kepada rakyat Parlimen terutamanya yang pernah saya bantu dan santuni agar membantu saya untu memberi undi kepada calon BN sokongan dan pilihan saya iaitu Dr Dominique Lau (Calon No 2) di Parlimen Batu kerana saya percaya jika beliau menjadi Ahli Parlimen ianya akan lebih berkesan dan memudahkan urusan politik khidmat bakti saya kepada warga Batu kerana kami mempunyai agenda politik yang sama.
Saya mohon bantu dan merayu jangan matikan langkah dan usaha politik khidmat bakti saya kerana saya amat mengasihi warga Batu dan ingin terus berkhidmat.
Sekian dan selamat mengundi pada 9hb Mei 2018.
In Sha Allah orang yang ikhlas berkhidmat akan sentiasa dibantu oleh ALLAH SWT.
Ikhlas,
Hj Gulam Muszaffar Gulam Mustakim
Ketua Pemuda UMNO Bhgn Batu WP
#jomBN
#undilahBNP115
#politikkhidmatbakti
No comments:
Post a Comment