Showing posts with label sprm. Show all posts
Showing posts with label sprm. Show all posts

Wednesday, 18 November 2015

Pakatan Harapan Recruit MP BN Sarawak Guna Modus Operandi Tawar Menawar?

Didapati dana Akan dikeluarkan oleh Pakatan Harapan untuk merekruit MP Sarawak menyertai parti mereka menjelang pilihanraya Sarawak.

Apa yang pelik, dana selangor --> projek Selangor --> Tanah Selangor --> Guna beli MP Sarawak?

Dana negeri ke negeri lain sebagai rasuah?

SPRM tidur lagi?
Nak kena minta tolong siasat kes ini?

Blogger sarankan NGO yang cintakan negeri pergi buat laporan polis terhadap isu ini.

Jika ada MP yang terlibat dalam menerima songgokan dibawah nama tawaran tolong ambil tindakan.

Akta :
1. Meminta / Menerima Rasuah
{Seksyen 16 & 17 (a) ASPRM 2009}

2. Menawar dan memberi suapan
{Seksyen 17 (b) ASPRM 2009

Thursday, 20 August 2015

"SIASAT SEHINGGA LUBANG CACING" NGO PMSP TUNTUT @SPRM

Pertubuhan Minda & Sosial Prihatin menuntut SPRM menyiasat 3 isu dengan segera tanpa memberi helah atau menangguh masa.

1. Kehilangan RM 7.65 Billion Seperti Yang Didakwa Oleh Bekas Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim

2. Pembayaran Melebihi Kos Oleh Lim Guan Eng Dalam Pembinaan Terowong Dasar Laut

3. Kenapa Darul Ehsan Investment Group Bhd (DEIG) Yang Bernilai RM2 Memegang Harta Bernilai RM 30 Billion?

SPRM harus jawab Dalam Masa 14 hari dari hari ini 21 Ogos 2015

Sekian

Wednesday, 5 August 2015

SPRM-Tiada Undang-undang Khusus Untuk Dedah Penderma Badan Politik

Tiada undang-undang khusus bagi membolehkan mana-mana pihak untuk mendedahkan pihak yang didakwa memindahkan RM2.6 bilion dalam akaun milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil berkata, ketiadaan akta khusus itu juga menyebabkan tiada undang-undang yang menyatakan menjadi suatu kesalahan jika memasukkan sejumlah wang kepada ahli politik.

Katanya, SPRM sudah mengemukakan cadangan untuk menubuhkan akta khusus itu sejak 2008 lagi bagi membolehkan semua ahli politik mengisytiharkan sumber kewangan yang diperoleh daripada mana-mana pihak, namun sehingga kini belum terlaksana.
“Derma kalau di bawah takrif suapan adalah satu takrif suapan di bawah Akta SPRM, cuma isu yang kita kaitkan itu adalah derma politik di mana kita tidak mempunyai undang-undang khusus.

“Disebabkan tiada undang-undang khusus itu, kita tidak perlu melaporkan siapa yang bagi dan dari mana wang itu datang. Terpulang kepada individu masing-masing sekiranya mereka mahu mendedahkan secara suka rela atau pun tidak.

“Berbanding India dan Indonesia, mereka mempunyai akta berkenaan menyebabkan semua ahli politik termasuk pembangkang perlu memaklumkan sebarang dana dan tujuan yang diperoleh daripada mana-mana pihak dalam tempoh 30 hari,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis ‘Luncheon Talk’ dan Sambutan Aidilfitri SPRM bersama Sektor Swasta. Turut hadir, Pengarah SPRM Kelantan, Datuk Abd Aziz Aban.

SPRM dalam satu kenyataan menjelaskan hasil siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion itu juga sudah dirujuk dan dimaklumkan kepada Peguam Negara.
“SPRM sebenarnya tidak terbabit dalam siasatan 1MDB, sebaliknya hanya terbabit dalam siasatan berkaitan SRC International Sdn Bhd.

“Ramai yang beranggapan SPRM menyiasat isu 1MDB, sedangkan kami tidak terbabit langsung dengan perkara itu. 1MDB disiasat polis dan saya meminta masyarakat tidak mengaitkan SPRM dengan 1MDB,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Lujnah Penerangan, Dakwah dan Pendidikan PAS Pasir Puteh dan NGO Royalti turut menyerahkan memorandum sokongan kepada SPRM supaya terus melaksanakan tugas dengan lebih baik, tidak berputus asa dan telus.

Wednesday, 26 February 2014

SPRM Didesak Ambil Tindakan Segera Terhadap Lim Kit Siang!

Salam 1Malaysia,

Penganalisa politik Peter Chew menyerahkan bukti yang didakwanya berkaitan dengan penipuan Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam isu Indeks Rasuah kepada SPRM. Peter Chew berharap SPRM akan mengambil tindakan terhadap Lim Kit Siang jika tidak imej negara akan terjejas.

Peter Chew berkata, Lim Kit Siang membuat gambaran palsu terhadap kepimpinana PM kita dalam isu indeks rasuah dengan menyatakan bahawa dibawah kepimpinan YAB PM kita Malaysia mengisi kedudukan lebih bawah dalam CPI TI berbanding zaman Tun Mahathir dan Tun Abdullah.

Lim Kit Siang dalam kenyataan akhbar berkata, dalam tempoh sembilan tahun iaitu dari 1995 ranking negara jatuh ke 14 dari tangga 23 dari kedudukan 37npada tahun 2003.

Walaubagaimanapun sepanjang tempoh 4 tahun pentadbiran Najib Razak, ranking Malaysia terjerumus ke kedudukan 60 dan 54.

Peter Chew menyatakan bahawa sebenarnya, kajian Transparency International menggunakan bilangan negara yang semakin bertambah. Dalam web TI http://en.wikipedia.org/wiki/corruption_perceptions_Index

Peter Chew menyatakan perbandingan dilakukan hanya antara 41 negara pada tahun 1995 manakala pada tahun 2012 perbandingan dibuat antara 176 negara.

Peter Chew menegas bahawa Lim Kit Siang tidak bertanggungjawab kerana kenyataannya boleh menyebabkan pelabur tidak melabur di Malaysia....

K1NGMAKER: ini lah kebiadapan si lim kit siang...menipu rakyat... tapi pelik juga, dikatakan rakyat kita pandai belaka, tapi terpedaya juga dengan komunis ni... apa lah wahai rakyat Malaysia...sedar lah... jangan tidur... jangan tertipu....

Sekian Terima Kasih....