Showing posts with label Karpal Singh. Show all posts
Showing posts with label Karpal Singh. Show all posts

Thursday, 3 April 2014

Integriti ROS telah Dilacurkan oleh DAP!

Bekas ahli DAP Pulau Pinang, Rahmad Isahak mendakwa integriti Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) telah dipermainkan oleh parti pembangkang itu apabila pengerusinya Karpal Singh meletakkan jawatan pengerusi DAP baru-baru ini.

Tindakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu dakwanya jelas memperlekehkan Seksyen 9 (A) dan Seksyen 9 (B) Akta Pertubuhan 1966.

"Sebenarnya apa dilakukan Karpal adalah cuba memperlekehkan kuasa ROS sebab tindakan peletakkan jawatannya tidak membawa sebarang makna selain merendahkan martabat ROS.

"Pada waktu sama bekas pemimpin DAP tidak mahu menghormati undang-undang negara dan meneruskan aktiviti kepartian mereka," katanya kepada pemberita selepas mengunjungi pejabat ROS di sini, hari ini.





Beliau berkata demikian mengulas lanjut keputusan Karpal yang meletakkan jawatannya sebagai pengerusi DAP kebangsaan pada Sabtu lalu.

Ia berikutan keputusan Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman denda RN4,000 kepadanya di bawah Akta Hasutan 1948.

Menurut Akta Pertubuhan 1966, individu yang dihukum denda lebih RM2,000 atau penjara lebih dari setahun dilarang memegang jawatan dalam pertubuhan berdaftar.

Dalam pada itu, Rahmad mendesak ROS perlu menyatakan pendirian mereka terhadap DAP selepas sikap berdiam diri itu telah menimbulkan banyak persoalan termasuk pemimpin DAP menubuhkan kerajaan negeri di Pulau Pinang dan Selangor.

"ROS kena faham bahawa DAP adalah kerajaan di Pulau Pinang (19 kerusi) dan sebahagian kerajaan negeri Selangor (15 kerusi).


"Banyak persoalan timbul sekarang tentang apakah status kedudukan mereka dalam kerajaan negeri Pulau Pinang, Selangor dan negeri-negeri lain oleh wakil rakyat mereka," dakwanya.

Sementara itu, bekas Timbalan Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass pula berkata, tempoh siasatan pendaftaran parti itu sudah mencukupi malah ROS perlu menyatakan pendirian mereka segera.

"Sudah cukup lama kami menunggu keputusan itu lebih setahun dan pertemuan kami dengan ROS mendapat tahu siasatan masih berjalan.

"Adakah DAP tidak beri kerjasama hingga ambil bertahun-tahun buat siasatan itu," katanya.

Beliau juga kesal dengan tindakan Karpal baru-baru ini yang meletakkan jawatan pengerusi parti sedangkan CEC itu sendiri belum diiktiraf ROS.



"Ini adalah satu permainan Karpal, ROS pula mengatakan mereka tiada kena mengena dengan peletakkan jawatan itu.

"Tindakan Karpal memberikan laluan kepada Tan Kok Wai sebagai pemangku pengerusi DAP itu pun tidak boleh dilakukan kerana CEC itu sendiri belum diiktiraf DAP," katanya lagi.


Wednesday, 24 April 2013

Lim Kit Siang Sudah Mula Tunjuk Belang!

Salam 1Malaysia,

Kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang menamakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri pilihan menunjukkan hubungan kepimpinan dalam pakatan pembangkang yang semakin rapuh.

Ketua MCA Bahagian Gelang Patah, Jason Teoh Siew Hock berkata, ura-ura Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipilih menjadi Perdana Menteri hanya satu taktik DAP untuk memancing dan memperdaya pengundi kaum Cina.

"Tindakan Kit Siang bertanyakan khalayak di Johor sama ada mereka memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tun Dr. Mahathir Mohamad atau Abdul Hadi sebagai Perdana Menteri telah menunjukkan wajah sebenar DAP.

"Hakikatnya, Kit Siang langsung tidak menyebut Anwar sebagai pilihan Perdana Menteri dan ini menunjukkan satu undi DAP bermakna satu undi kepada Pas, mereka hanya mahu menguji reaksi dan penerimaan komuniti Cina terhadap Pas," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Menurut Jason, niat DAP bertanding di Johor adalah bagi memberi peluang kepada Pas berkuasa di negeri itu dan mengambil kedudukan Menteri Besar.

"Sekiranya pakatan pembangkang mengambil alih Kerajaan Pusat, Pas yang akan memperoleh kejayaan dengan mendapat jawatan Perdana Menteri dan mereka akan memperkukuhkan lagi kedudukan di Johor," katanya.

Sementara itu, Setiausaha MCA Pulau Pinang, Lau Chiek Tuan berkata, pertembungan akan berlaku dalam DAP antara keluarga Kit Siang dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri.

"Begitu juga setiap kali isu hukum hudud Pas timbul, Karpal berkeras menolak perkara itu, namun Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng yang merupakan Setiausaha Agung DAP akan cuba menyembunyikan niat sebenar Pas," katanya.

Jelasnya, berbanding dengan Karpal, keluarga Lim mempunyai pengaruh lebih besar dalam DAP sehingga kenyataan mereka menjadi polisi parti sementara kata-kata Karpal hanya disifatkan sebagai pandangan peribadi.

Karpal syiok sendiri
 WE LOVE 1MALAYSIA!

Wednesday, 13 February 2013

"Anwar Insan Mulia" kata 3 Malaikat

 





Ingat lagi gambar ini kawan-kawan...Hot giler....blogger namakan gambar ini "Macam Saya Tapi Bukan Saya".....hahahahaha.....

Ok Jom masuk ke story.......

Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Mat Sabu yang beria ria dengan Anwar sekarang sudah lupakan yang lepas ke......

Kalian pun dah lupa kah setiap perkataan yang disambar ke Anwar oleh ketiga-tiga mereka ini....?

Jom imbas kembali........
Lim Kit Siang

Di Parlimen, Selasa, 27 April 1993, Kit Siang menegaskan : “Selaku Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim mesti menerima tanggungjawab persendirian sepenuhnya kerana kerugian pertukaran asing Bank Negara ini. Rakyat berhak mengetahui sebab dan saiz berbagai kerugian pertukaran asing yang dialami oleh Bank Negara, berkenaan jumlah kerugian yang disebabkan oleh pembendungan inflasi dalam menyerap liquiditi, penilaian semula pegangan mata wang asing dan kenaikan nilai ringgit dan kerugian hasil daripada perniagaan dan spekulasi mata wang asing.”


    Bayangan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang, yang menganggarkan kerugian Bank  Negara boleh mencapai RM16,000 juta. Ketika berceramah di Kuching, pada 29 Mei 1993 lebih menarik :
“Jika seseorang itu memenangi loteri yang menawarkan hadiah RM2 juta sehari, untuk mendapat wang sebanyak RM16 bilion, dia perlu menang loteri tersebut setiap hari selama 8,000 hari berturut-turut ataupun selama 22 tahun!”

“Saya juga mesti mencatatkan kehampaan saya yang amat sangat dengan kenyataan beliau (Anwar) yang bukan merupakan jawapan kepada ucapan saya. Kita boleh sebut ia sebagai non-reply….. Yang Berhormat Menteri Kewangan bersungguh-sungguh mengelakkan diri dari memberi jawapan sehingga habis tempoh 30 minit yang diperuntukkan untuk beliau. Kenyataan itu…..hanya memperkukuhkan kesangsian bahawa kerajaan mempunyai banyak perkara yang terpaksa disembunyikan atau dengan izin swept under the carpet…..Hakikat yang sebenarnya ialah beliau (Anwar) telah membangkitkan lebih banyak soalan daripada menjawab.”

Karpal Singh


Karpal Singh telah menegaskan di hadapan ahli-ahli DAP di konvesyen itu dan mendakwa bahawa dia mempunyai bukti bahawa Timbalan Perdana Menteri pada masa itu melakukan salahlaku seks yang teruk. Dia turut mencabar Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir mengambil tindakan ke atas Anwar kerana salahlaku seksnya dan membicarakan Anwar. Pendedahan salahlaku Anwar oleh Karpal Singh berlaku lima bulan sebelum salahlaku seks Anwar didedahkan kepada umum oleh Dr Mahathir. Pelik tetapi benar,apabila dua orang pemimpin Pakatan Rakyat adalah orang pertama yang membuat tuduhan terhadap Anwar dan hari ini mereka amat menyanjungi Anwar. Tentu sukar untuk mempercayai bahawa orang yang sama membuat dakwaan pertama tentang salahlaku Anwar ialah orang yang sama turut menjadi sebahagian daripada pasukan peguambela Anwar dalam kes tersebut.
 

Mat Sabu


Tiada buaya yang lebih bahaya kalau tidak lain dan tidak bukan iaitu ‘Al Sheikh Al Anwar Al Juburi’..


Baik kalian.....nampaknya sedar sikit yer hari ini bila imbas kembali sejarah Anwar....dan kuncu kuncunya....

K1NGMAKER: Mahu kah manusia - manusia begini menjadi pemimpin nagara....bayangkan masa depan anda dengan pemimpin yang penipu, fitnah, giler seks, Gay.....Anak - ank kita akan turut musnah dan hancur jika kita pilih mereka.....

Fikirkan lah kalian, sehingga sekarang, Lm Kit Siang, Karpal Singh mahupun Mat Sabu tidak pernah menafikan tuduhan - tuduhan mereka terhadap Anwar malah menggunakan Anwar untuk kepentingan diri dan keluarga mereka....

Sedar lah Kalian........

WE LOVE 1MALAYSIA