Monday, 7 May 2018

Hannah Yeoh Sebar Agama Kristian Ketika Berkempen PRU?

Fanatik Cina Kristian bukan sahaja menghina Islam, agama dan budaya orang lain tetapi mereka juga sanggup menghina Bangsa Cina sendiri.

Pemimpin-pemimpin DAP Evangelis Fanatik Kristian dan tindakan mereka menghina Islam adalah seperti berikut:

Nga Kor Ming Hina Hari Raya dalam bulan yang mulia Hari Raya tahun 2016. Tujuan Nga Kor Ming bersifat populis. Menggunakan bendera US dan karikatur menghina “duit raya” ( dalam cina dipanggil angpau) sebagai Dedak dan rasuah! NGO melaporkan kepada polis dan akhirnya IGP menegaskan Kor Ming disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan 1948.

Tindakan Kor Ming merupakan satu tindakan yang mempermainkan agama Islam dan ini merupakan satu perkara yang tidak sepatutnya dibuat oleh seorang yang bergelar Yang Berhormat di sebuah negara majmuk. Seperti biasa Nga Kor Ming menafikan infografik sambil mengecam cybertroper. Taktik lama yang biasa dia lakukan.

Anda tentu masih ingat perkataan kontroversi Anthony Loke Siew Fook MP Rasah yang berkata “Cilaka Melayu”!. Malah beliau mengulanginya di PRK Sg Besar (Sekinchan kawasan Cina). Pemimpin Supreme DAP Evangelistas Lim Kit Siang antara tokoh tidak kurang rasisnya. Lim Kit Siang hina raya korban sebagai “barbaric”.

Paling panas bila Kit Siang menghina khutbah jumaat sehingga memperlekehkan ayat Al Quran Surah Al Baqarah ayat 120 sebagai tidak menggalakkan perpaduan. Mengulas tanpa memahami Al Quran. Lim Kit Siang turut mempersoalkan “Kafir Harbi”. Kafir Harbikah DAP? Ia peperangan mulut DAP dengan Mufti Pahang. Mufti Pahang mempertahankan hujahnya.

Penceramah DAP paling rasis Hew Kuan Yew ( Superman) dalam kempen PRN Sarawak menyebut “Melayu Skrew Melayu”. DAP Evangelis menggunakan calon Melayu untuk Skrew Melayu. Pengakuan terang-terangan bahawa Cina DAP Evangelis selama ini meletakkan calon Melayu hanyalah untuk memperalatkannya sahaja.

DAP Evangelista bukan sahaja menghina Islam atau Melayu malah sanggup menghina bangsa cinanya sendiri. Lihat sahaja Tony Phua dan Teo Nie Ching MP Kulai menerbitkan video Tahun Baru Cina 2016 yang menghina Dewa cinanya selain bangsa Arab.

DAP Evangelis mereka sanggup melakukan apa sahaja. Lim Guan Eng, Teo Nie Ching dan Hannah Yeoh mereka sanggup masuk masjid, berbuka puasa, berceramah diruang solat, memakai baju Melayu, tudung, songkok malah apa sahaja yang boleh menawan orang Melayu sebagaimana Lee Kuan Yew PAP di Singapura.

No comments:

Post a Comment