Tuesday, 8 May 2018

Saya lebih Pentingkan Sentuhan Rakyat daripada Ceramah Cacian - Loga Bala


Dalam temubual bersama Dato Loga Bala

Mengapa Dato kurang berceramah berbanding dengan pihak pembangkang? 

"Saya memang pergi berceramah disekitar kawasan Segambut namun saya lebih pentingkan Sentuhan Rakyat daripada ceramah cacian seperti  mana yang dilakukan oleh pihak pembangkang."

Apakah perasaan Dato bila diberi peluang bertanding di Parlimen Segambut?

"Sebelum ini saya telah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Wilayah dan saya amat berterima kasih kepada pihak atasan kerana mempercayai saya dan memberi saya satu parlimen untuk saya jaga dan berkhidmat sepenuhnya disini. "

Adakah masyarakat Segambut menerima Dato di kawasan mereka? 

"Saya tidak boleh menafikan, masyarakat Segambut menerima ketibaan saya dengan hati yang terbuka tanpa mengira kaum. Mereka berkata saya umpama nafas baru di Segambut. "

Apakah pesanan Dato kepada rakyat segambut? 

"Mengundi merupakan pilihan sendiri. walaubagaimanapun pastikan anda undi dengan betul. Saya tamatkan sesi ini dengan pantun, 

Barisan Nasional Pakatan Harapan 

Ke hulu ke hilir bawa bendera

Pembangkang memang tak ada harapan 

Tutup mata undi BN sahaja. 

No comments:

Post a Comment