Sunday, 21 February 2016

Harga Minyak Kekal Rendah 3 Hingga 5 Tahun

Harga minyak dunia dijangka kekal rendah bagi tempoh tiga hingga lima tahun lagi, kata pemilik kompleks penapisan minyak terbesar dunia, Mukesh Ambani.
"Seperti mana yang anda lihat keadaan harga minyak, ia akan berada pada tempoh yang lama. Dan ini adalah kali pertama harga minyak jatuh disebabkan lebihan bekalan," katanya.
Individu paling kaya di India itu menambah, tidak pernah berlaku satu keadaan di mana terlebih bekalan daripada permintaan, sambil menyifatkan ia berlaku kerana inovatif Amerika Syarikat kerana menghasilkan kuantiti minyak yang besar.
Katanya, Amerika Syarikat telah menghasilkan sembilan juta tong sehari berbanding kurang daripada sejuta sebelum ini.
Tambahnya, dengan lebihan bekalan OPEC semakin kehilangan kawalan.
Ambani menjangkakan, harga minyak dijangka rendah sehingga berlaku perubahan struktur.
Dalam keadaan sekarang, katanya, kejatuhan harga minyak menjadi kelebihan kepada negara-negara pengimport bahan bakar itu seperti India kerana mendapat bekalan pada harga lebih murah.
"Dan ia membantu dalam pertukaran asing kita (India). Dan dalam erti kata lain, ia membantu defisit fiskal kerajaan kerana ia boleh menyerap pendapatan tambahan. Jadi bagi negara-negara pengimport minyak, ia sangat baik.
"Atas dasar ekonomi secara keseluruhan, ia adalah deflasi dan kita semua memahami bahaya deflasi," katanya. - 

No comments:

Post a Comment