![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgEd2o8cAiANs5tYBfwF-eaxafHnhVj7neuz6XwOXmSOQhM1898mRRcFSgFgDShWAMio_DdffydVXrlhNnJNyx8yw5ScfvnFNw1Ik2DcWG5kwUQo-6GrAt70c6uTIJUwVqHb7N3AuB0Ve_O/s1600/yes+to+pm.jpg)
Dua hari pecacai Pakatan Rakyat diberikan peluang untuk membuktikan
bahawa rakyat Pulau Pinang yang hadir dalam persembahan PSY Gangnam
Style di Sekolah Hian Chiang bahawa jeritan 'NO' itu benar-benar
berkumandang dan menguasai segala jeritan yang ada sekaligus memalukan
Najib Abdul Razak. Dan selama dua hari itulah juga, klip video yang
ditampilkan hanyalah satu-satunya klip video di mana suara orang yang
menjerit 'NO' hanyalah beberapa orang yang berada di sekeliling
jurukamera dan kamera berkenaan. Sedangkan 'di kejauhan' pula suara
'YEAHHH' atau 'YES' lebih bergemuruh.
Begitulah para pecacai Pakatan Rakyat bekerja. Mereka menimbulkan
persepsi tanpa berpegang teguh kepada KEBENARAN yang konon-kononnya
hanya ada pada mereka, manakala sesiapa yang menentang Pakatan Rakyat,
Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng pula akan dianggap sebagai TUKANG FITNAH,
PEMBAWA FITNAH, PENJAHAT BERBAYAR, PENULIS UPAHAN dan sebagainya.
Nah, kita bawakan dua klip video dari sudut yang sama sekali berbeza.
Jeritannya tetap sama dan oleh orang yang sama, dari situasi yang
sama... 'ARE YOU READY FOR BN', NAJIB ABDUL RAZAK dan pembukaan
persembahan PSY Gangnam Style.
Dan perhatikan riak wajah anak-anak muda yang menyahut YES kepada pertanyaan Najib.
Bandingkan pula klip video yang ditampilkan oleh para pecacai Pakatan.
Dan yang lebih menarik, dalam 'NO' yang dikatakan lebih besar dari YES
itu, tiba-tiba pula terpacul placard I LOVE PM... manakala apabila PM
mengumumkan tentang PSY IS HERE... jeritan yang berhampiran kamera sudah
tidak kedengaran sebaliknya yang tinggal hanyalah YES atau YEAH dari
kelompok yang lebih besar dan jauh dari kamera... APA SUDAH JADI dengan
kelompok NO berhampiran kamera tu? Itu sahajakah tugas mereka... berkata
NO berhampiran kamera agar suara mereka lebih kuat dan jelas berbanding
YES daripada kelompok orang ramai?
K1NGMAKER: Artikel dipetik dari blog The Flying Kick
Nampak tak kalian...Ini lah cara Pakatan memanipulasikan rakyat, begini lah rakyat asyik tertipu... Jika kalian tak sedar lagi maksudnya tiada sesiapa pun mampu menolong kalian dari masuk ke neraka sekaligus menyaksikan masa depann anak-anak kalian, cucu-cucu kalian HANCUR!!!!
WE LOVE 1MALAYSIA
No comments:
Post a Comment