Wednesday, 21 February 2018

RM200k Peruntukkan Khas Penyelengaraan Kecil SJKT Jalan Fletcher Sudah Jadi Habuk? GURU BESAR HARUS JAWAB!

21.02.2018

Didapati SJKT Jalan Fletcher telah menerima Peruntukan Khas Penyelengaraan Kecil sebanyak RM200k Oktober 2017 untuk penyelengaraan tetapi keadaan sekolah tersebut masih lagi dalam yang merunsingkan. 

Semua tandas sekolah tersebut berada didalam keadaan yang amat teruk sehingga pelajar dan anak murid menahan daripada membuang air kecil mahupun air besar Sehingga seorang cikgu telah menghidap jangkitan kencing kerana telah lama bertahan untuk mengelakkan dari pergi tandas yang teruk itu., Bukan itu sahaja terdapat beberapa kerosakan yang serious pada bangunan sekolah yang boleh membahayakan keselamatan pelajar masih belum dibaikpulih. 

Jom tengok Jalan Cerita.... 

Guru Besarnya menyatakan masalah tandas bermula dari Bulan Disember 2017. 

Peruntukan diberi pada Oktober 2017....Macam tak masuk akal? Guru Besar songlap duit ke...? Kalau tidak mengapa kerja baikpulih tidak dijalankan? 

Bila dikaji lebih mendalam, nampaknya Guru Besar tidak mempunyai hubungan baik dengan pihak PIBG. Ramai ibu bapa telah mendesak Guru Besar mengadakan mesyuarat PIBG untuk mencari penyelesaian masalah Tandas tetapi Guru Besar tidak mengadakan malah menuding jari ke PPD mengatakan PPD tidak membenarkan. 

Soalan saya, 

1. MANA PERGINYA PERUNTUKAN 200K? 

2. Mengapa baikpulih sekolah belum bermula walaupun dah masuk bulan Febuari 2018?

3. Mengapa mesyuarat PIBG tidak dipanggil lagi? 

4. Adakah Guru Besarnya mempunyai sebarang hajat yang tidak baik? 

5. Adakah Guru Besarnya berganding bahu dengan pihak yang tidak betanggungjawab untuk memburukkan kerajaan? 

Saya mempunyai bukti sekolah berada dalam keadaan teruk. Apakan Tindakan KPM? Apa alasan Guru Besar? 

Saya telah lampirkan gambar-gambar sebagai bukti. Harap tindakan segera akan diambil keatas Guru Besar.

Guru Besar seperti ini harus dilucutkan dari jawatannya jika didapati bersalah. 

Saya mengharap pihak Kementerian Pelajaran mengambil tindakan secepat mungkin sebelum isu ini menjejaskan keselamatan para pelajar dan juga imej sekolah Tamil. 

Sekian. 

Lampiran






No comments:

Post a Comment