THE STAR- Akhbar milik MCA hari ini telah melakukan satu kesilapan besar.
Walaupun kesilapan tersebut sebenarnya terletak pada pihak Editorial, namun secara jelas menunjukkan ketidakprihatinan dan kurang cermat sebelum meluluskan sebarang artikel atau caption mahupun gambar bagi tujuan siaran, tidak sepatutnya berlaku dalam penerbitan media cetak.
Penarikan kembali edisi yang telah tercetak, tidak mungkin dapat dibuat. Namun yang pastinya, seperti budaya penerbitan Malaysia, walaupun kesannya telah berlaku, mudah dihapuskan dengan hanya permohonan maaf, akhbar berkenaan serta sidang editorialnya perlu melakukan sesuatu.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjLobN6X6VAP0-_K6_WWbWcthuAoRdO_XeyBagIUN52q55mxZxW8t4m3b80zSmc2l9W58pqCiwrNnk6orR5IrRYOv2y53efszlVvEFZf-pykQN0eWn07IsZVQ7GdnLPWJ-V7nQVSuTAqaQ/s640/the+star2.jpg)
Mungkin bagi akhbar-akhbar luar negara, kita bolehlah faham kerana mereka bukannya rakyat Malaysia tetapi apabila akhbar yang sidang editorialnya, wartawannya bahkan sidang pengarangnya adalah rakyat Malaysia, kesilapan bodoh yang meletakkan perkataan 'Almarhum' bagi sultan yang belum pun mangkat, adalah sesuatu yang menunjukkan ketidakpekaan serta hilangnya pengetahuan daripada unit yang mengawal pengeluaran dan penerbitan akhbar berkenaan.
sumber: theflyingkick
No comments:
Post a Comment