Salam 1Malaysia,
Kian lama K1NGMAKER mendiamkan diri, timbul pula isu yang baru yang wajib kita bincangkan.
Ungkapan "Harapkan Pagar, Pagar makan Padi, Harapkan MIC, MIC Makan Ahli" bukan sia-sia blogger kata malah ia mempunyai maksud tersirat yang harus kita tenungkan.
Enam pemimpin MIC, termasuk Ketua Penerangan parti, telah dipersoalkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) ke atas penyelewengan yang didakwa dalam pemilihan parti itu yang diadakan tahun lepas.
Ini memang satu isu yang kita ketahui, adakah pucuk kepimpinan MIC sedar bahawa jika berlaku penyelewengan dalam pilihanraya parti mereka harus berdepan dengan RoS?
RoS telah menyoalsiasat 6 orang pemimpin CWC termasuk K Kumaran, Selva Mookiah, SS Rajagopal, V Jagarasah, V Sivaparamjothi dan Ketua Penerangan L Sivasubramaniam dan Setiusaha Jeneral A. Sakthivel pada tahun lepas.
Kemana perginya Presiden MIC dalam menangani isu ini? Apa kata beliau? Adakah beliau akan senyapkan seperti biasa mengharapkan bantuan orang lain untuk menjawab?
K1NGMAKER bukan berniat untuk mengutuk Presiden MIC, beliau sebagai seorang individu, merupakan sangat peramah dan baik hati.
Tetapi bila timbul masalah yang menjejaskan status parti maka presiden parti harus menegakkan pendirian dan mengambil keputusan yang adil dan bijaksana tanpa mengharapkan balasan.
Ketika dihubungi orang dalam MIC yang tidak sanggup mendedahkan diri berkata Presiden MIC enggan masuk campur kerana khuatir beliau akan kehilangan sokongan kasta.
Satu lagi sumber memberitahu bahawa jika masalah ini berterusan maka kemungkinan besar pucuk kepimpinan Datuk Seri Palanivel akan tamat dengan serta-merta dan kumpulan penyokongnya yang memegang jawatan sebagai ahli CWC juga akan kehilangan kelayakan.
RoS mula mempersoalkan pemimpin MIC dan ahli sejak tahun lepas, berikut 48 aduan mengenai penyelewengan dalam pemilihan bahagian dan kebangsaan.
Sebuah Parti merupakan imej sebuaj komuniti. MIC telah membawa imej yang baik dari zaman John Thivy hingga ke zaman Datuk Seri Utama Samy Velu. Ini fakta yang tidak boleh dipersoal oleh mana- mana pihak. MIC yang dahulu telah bertarung untuk memperkasakan status rakyat India kini mendapat gelaran parti yang tidak relevan.
Bukan sahaja MIC, malah semua parti harus faham yang rakyat dah mula bangkit, rakyat sudah berani menyoal, rakyat kita tidak boleh ditipu lagi. Jika ada mana - mana parti atau pemimpin yang masih mempunyai persepsi begitu, maka anda salah.
K1NGMAKER berharap kepimpinan MIC tidak akan membiarkan sehingga parti terpaksa dibubarkan.
Tiada parti yang boleh mendukung rakyat India kalau ia bukannya MIC! Selamatkan MIC!
No comments:
Post a Comment