Monday, 10 August 2015

Kisah Sebenar: Isu Buang Barang Jualan MBI

Pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menafikan tindakan kasar yang dilakukan oleh penguatkuasanya terhadap seorang penjaja makanan seperti yang ditunjukkan melalui gambar yang telah diviralkan di laman media sosial sejak semalam.

Gambar tersebut menunjukkan seorang wanita India sedang tertunduk disamping hasil jualannya yang bertaburan di atas jalan raya dan kelihatan pihak penguatkuasa MBI berada di lokasi itu.

Individu yang memuat naik gambar tersebut mendakwa pihak Penguatkuasa MBI telah bertindak kasar dengan menaburkan barang jualan penjaja tersebut di atas jalan raya.



Menurut Setiausaha Bandaraya, Mohd Zakuan Zakaria kejadian tersebut sememangnya berlaku di  Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) namun pihaknya memberi jaminan bahawa tindakan tersebut tidak pernah berlaku.

Namum bagaimanapun, beliau bakal memberikan kenyataan penuh berhubung insiden berkenaan setelah mengadakan perbicangan dengan pihak hospital petang ini.

“Berhubung tindakan penyebaran isu gambar itu ianya dilihat tindakan mencemar nama baik pihak Majlis Bandaraya Ipoh.

“Perkara ini perlu dapatkan perbincangan lanjut daripada pihak hospital kerana ianya berlaku dalam kawasan hospital,” katanya.

Tegasnya lagi, situasi yang dinyatakan dalam viral berkenaan adalah tindakan  mencemar nama baik MBI dan sekaligus menjejaskan nama baik kerajaan negeri.

“Saya melahirkan rasa dukacita kerana isu disebarkan tanpa penjelasan lanjut namun ada beberapa pihak dan saksi telah menjelaskan perkara sebenar.

“Yang salah tetap salah jika kami salah kami akan minta maaf  tapi dalam kes ini pada peringkat awal bukanlah salah oleh pihak kami dan akan dijelaskan nanti,” katanya.

Tambahnya lagi,  penjaja tanpa lesen perlu merujuk kepada pihak MBI serta memohon lesen dan pihak MBI akan melihat kesesuaiannya bagi memberi kelulusan.

Ujarnya MBI seharusnya dilihat bagi membantu peniaga menambah pendapatan dan pelbagai aduan berkaitan dengan penjaja tanpa lesen diterima pihaknya termasuklah pejaja yang mempunyai lesen tapi masih berniaga di lokasi tidak sepatutnya.

“Pasar-pasar antaranya mereka berniaga sehingga ke simpang jalan dan banyak operasi dijalankan tetapi kita masih beri kelonggaran.

“Apabila disebarkan ini saya tidak mahu sebarang isu membabitkan kerajaan negeri kerana pelbagai bantuan telah disalurkan bagi membantu para penjaja,” katanya.

Semua pihak dinasihati supaya memahami keadaan yang berlaku dan pihak MBI perlu mengambil tindakan terhadap penjaja yang tidak memiliki lesen namun MBI tidak akan mengambil tindakan seperti yang ditunjukkan iaitu membuang hasil perniagaan.

“Ianya tidak berlaku saya berani jamin,” katanya.

Sebelum Kerajaan Dibahlulkan dan dimaki hamun, blogger sarankan beruk beruk yang suka komen tutup mata, tutup telinga, kalau boleh tutup mulut jugak. Jangan main tuduh sehingga menafikan kebenaran. Blogger dengan keras mesarankan agar rakyat Malaysia jangan KURANG AJAR. Kaji baru cakap. 
- K1NGMAKER

No comments:

Post a Comment