Berdasarkan artikel blogger pada 04 Ogos 2015, Rumah Pengarah Biro Intergrasi PKR Diserbu Imigresen, 29 Warga Asing Ditangkap!
Isu ini telah menjadi viral dan ramai daripada rakan – rakan sekalian telah membaca serta berkongsi artikel ini kepada kawan – kawan lain. Ramai blogger lain juga telah menyambut artikel ini.
Namun, setelah kian lama menunggu respons, blogger ingin mengungkit semula isu ini.
Rumah Edmund Santhara (Pengarah Biro Intergrasi PKR) telah diserbu Imigresen dan telah menahan 29 warga asing.
Apa yang blogger tidak faham, apakah tindakan yang telah diambil olen pihak Imigresen Malaysia dan KDN?
Sikap tidak peduli ini membuka tirai kepada pelbagai soalan daripada masyarakat.
1. Apakah yang jadi dengan pekerja-pekerja asing tersebut?
2. Adakah mereka dihantar balik ke negeri masing – masing atau dihantar semula ke rumah Edmund Santhara?
3. Adakah pegawai – pegawai ini telah dibeli oleh Edmund Santhara?
4. Adakah pegawai – pegawai Imigresen dan KDN merupakan orang suruhan Edmund?
5. Apakah kesudahan kes ini?
6. Mengapa pihak media tidak mendapat sebarang maklumat tentang kes ini?
Kita faham bahawa sering kali peguam – peguam PKR dan DAP akan menyokong perbuatan salah dan penjenayah. Oleh itu kami dengan begitu confidentnya berasa bahawa semestinya seorang peguam PKR yang telah masuk campur dalam kes ini dan seterusnya merahsiahkannya dari mata masyarakat.
Blogger sangat berharap bahawa pihak Imigresen dan KDN dapat memberi feedback yang baik mengenai kes ini dalam masa yang paling terdekat. Jika tidak, kita tepaksa geledah dengan lebih mendalam.
Sekian.
No comments:
Post a Comment