Saturday, 31 October 2015

LATIHAN EX-SENTOSA UNIT TINDAK KHAS (UTK) BUKIT AMAN.

Unit Tindak Khas (UTK) Bukit Aman telah mengadakan Latihan Ex-Sentosa, di Bukit Sentosa pada 26 hingga 29 Oktober 2015 lepas, yang melibatkan seramai 20 pegawai dan 120 anggota PDRM.

Sesi latihan ini bertujuan untuk mempertajamkan kemahiran medan dalam taktik dan teknik Fighting In Building Area (FIBA) dalam kalangan pegawai dan anggota UTK.

Antara sesi dalam latihan tersebut adalah pendedahan mengenai penggunaan aset melibatkan Armoured Personnel Carrier (APC), Rapid Intervension Vehicle (RIV) dan aset yang lain.

Latihan Fasa Satu ini juga diadakan sebagai persiapan sempena 27th ASEAN Summit di Kuala Lumpur 2015 bagi menghadapi sebarang kemungkinan.





1 comment:

  1. wah .. kenderaan berperisai baru.. tahniah.. tahniah.. :)

    ReplyDelete