Ops Cantas Khas Jempol yang diketuai DSP Shan Gopal telah menangkap 23 lelaki India, 8 lelaki Cina, 1 lelaki Melayu dan 1 lelaki warganegara India yang disyaki terlibat dalam pelbagai kes.
Dalam operasi ini, pihak polis telah merampas sebilah pisay Rambo, sebatang chota boleh paras, sebatang besi dan motokar jenis Nissan.
Polis juga berjaya memberkas 8 orang dalam senarai 'Wanted Person' manakala 11 orang yang bertatoo dipercayai ahli kongsi gelap.
Operasi yang berlangsung dibawah naungan DSP Shan Gopal menaruh kepercayaan rakyat Jempol terhadap PDRM.
Ramai dikalangan rakyat Jempol telah meluahkan rasa puas hati kerana aktiviti kongsi gelap bakal dicantas oleh pihak polis.
Keberanian DSP Shan Gopal dipuji dan diharap Ops Cantas akan berterusan dengan berjaya sehingga 'Najis' ini dibersihkan sepenuhnya.
Sekian
No comments:
Post a Comment