Salam Sejahtera,
Blogger tidak berpuas hati dengan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) Ridzuan Abdullah yang mengatakan Menteri Kesihatan hero satu bangsa.
Saya pelik, adakah Ridzuan ini intelek atau hendak mencari publisiti dengan membuta tuli?
Apakah kena mengena dengan bangsa/politik dan Vape?
Saya mengucapkan Syabas kepada YB Menteri Kesihatan Dato Seri Dr Subramaniam kerana tindakan beliau yang ingin rakyat jelatanya mengamalkan kehidupan yang sihat dan melakukan perniagaan secara Halal.
Saya nasihatkan Ridzuan kalau hendak memprotes, protes dengan cara yang betul dengan isi - isi yang bernas dan munasabah. Bukan mengugut seseorang. Jangan sampai ada beratus - ratus orang membuat laporan polis terhadap Ridzuan dibawah Kanun Keseksaan (Akta574) Seksyen 503 dan Akta Hasutan 1948.
Jika ada kekurangan cuba bantu dengan memberi khidmat nasihat bukan mengugut dan menghasut. Ini bukan professional.
Saya menyokong penuh tindakan dan keputusan YB Menteri Kesihatan Malaysia.
Sekian.
No comments:
Post a Comment