Saturday, 8 February 2014

Jawatan Timbalan Menteri JPM Milik MIC!

Salam 1Malaysia,

K1NGAMKER baru baca berita di FMT "Waytha to quit govt posts" .. Blogger tak hairan sebenarnya... dah tahu dah benda ini bakal berlaku...

 Waytha hindraf najib
Kalau benar-benar YB Waytha letak jawatan maka apa jadi dengan jawatan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri?

Blogger dengan penuh ikhlas mencadangkan YAB PM Najib Razak melantik timbalan menteri baru dari MIC...

Jawatan tersebut selalunya dijawat oleh wakil India, contohnya Datuk Seri Kayveas, Datuk Murugiah, Datuk S.K Devamany dan kini YB Waythamoorthy.

Saya sarankan jawatan itu harus diberi semula kepada wakil India dan seorang berkaliber yang dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna dan sabar...

Berdasarkan pengetahuan Blogger, TM India di JPM sebelum ini telah menjalankan tugas mereka dengan begitu professional dan telah banyak berkhidmat untuk rakyat secara langsung...

Dua Timbalan Menteri India dari dua parti yang berbeza tidak  mampu melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap kementerian mahupun rakyat... Ini sudah cukup untuk menunjukkan bahawa pemimpin dari MIC lebih berwibawa..

Tiada alasan yang akan diterima... Jangan kita tuduh kerajaan Barisan Nasional... Initiatif sendiri perlu ada untuk mencapai matlamat... 

Sekali lagi Blogger berharap PM kita dapat mempertimbangkan jawatan ini kepada seorang wakil dari MIC.....

Tak usah blogger senaraikan nama, yang layak akan dapat... Kalau PM sudi blogger boleh tolong shortlist nama calon yang layak....

Sekian Terima Kasih..

No comments:

Post a Comment