Tuesday, 4 March 2014

Beranikah Waytha Menyahut Cabaran Ramesh Rao?

Salam 1Malaysia,

Setelah Waytha meletakkan jawatan Timbalan Menteri, dia mula mengganggu ketenteraman dan menyibuk sangant dalam isu pentadbiran negara dengan melontarkan pelbagai fitnah.

Waytha yang telah gagal melaksanakan tugasnya mula menuduh YAB PM pula dengan mengatakan beliau tidak menepati janji dan juga tidak melakukan sebarang kebaikan untuk kaum India di Malaysia.


Dia juga telah berkata dalam satu ceramahnya bahawa di Malaysia masih lagi ada 300, 000 kaum India yang tidak mempunyai I.C. Siapa yang ajar dia, N.Surendran ke? N. Surendran pun gagal membuktikannya.

Hari ini (4/3/2014) Pejunag Politik, Ramesh Rao telah mencabar Waytha untuk membuktikan 300, 000 rakyat ini. Jika dia berjaya, Ramesh Rao dan NGO-NGO sekutunya akan berjuang sepenuhnya untuk mendapatkan IC untuk 300,000 rakyat India ini. Ramesh juga telah berkata Waytha tidak boleh menafikan isu ini kerana kata-katanya telah dirakam dalam video.


Ketika menghubungi KDN untuk penjelasan, Ramesh berkata JPN menafikan wujudnya 300,000 rakyat Indai tanpa IC dan mereka juga berkata Waytha tidak pernah menghantar sebarang isu tentang IC ini dalam masa 8 bulan memegang jawatan ini.

Beliau juga menghubungi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri KDN untuk mendapatkan jaminan jika betul wujudnya 300, 000 rakyat tanpa IC, beliau harus bantu dengan telus.

Waytha dicabar untuk bertanding di PRK Kajang jika dia rasa dia layak dan masih mempunyai penyokong. Ramesh berkata beliau nak tengaok dalam 10% undi kaum India di Kajang, berapa peratus yang boleh Waytha rampas? Ramesh Rao sudi menanggung deposit untuk Waytha bertanding.


Beranikah Waytha menyahut cabaran ini, atau dia akan duduk diam dan suruh budak - budak IT dia edit gambar kutuk Ramesh Rao?

Waytha tak berani, cabaran K1NGMAKER dia tak dapat nak menyahut.

Sekian Terima Kasih

No comments:

Post a Comment