MESTI MAU TAU!!! Empat Scandal Najib Dan Rosmah!
Salam 1Malaysia,
1.SKANDAL PEMBELIAN KAPAL SELAM SCORPENE
Skandal pembelian kapal selam Scorpene mula kedengaran semenjak Dato’
Seri Najib Tun Abdul Razak masih menyandang jawatan Timbalan Perdana
Menteri Malaysia dan Menteri Pertahanan. Walaupun pelbagai dakwaan telah
dikemukan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan agen mereka, SUARAM namun
sehingga hari ini, tiada sebarang dokumen yang dikemukan membuktikan
penglibatan Najib dalam skandal ini. Malah kerajaan telah membuktikan
bahawa pembelian kapal selam ini adalah mengikut prosedur standard.
2.SAPINA DI PERANCIS
Juga melibatkan skandal pembelian kapal selam. Kali ini Dato Seri Najib
dan beberapa nama didakwa oleh SUARAM akan disapina di mahkamah
Perancis berkaitan skandal pembelian kapal selam Scorpene. Namun
sehingga saat ini, Najib masih melakukan tugas rutin sebagai Perdana
Menteri Malaysia tanpa sebarang gangguan daripada mana-mana pihak
perundangan Perancis apatah lagi Polis Antarabangsa (Interpol).
Agak-agaknya bila mahu disapina?
3.KES PEMBUNUHAN ALTANTUYA SHAARIIBUU
Masih dalam kerangka skandal pembelian kapal selam Scorpene. Kali ini,
Dato Seri Najib Tun Abdul Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor
dituduh terlibat dalam pembunuhan seorang model kelahiran Mongolia,
Altantuya Shaariibuu oleh pemimpin pembangkang. Namun bukti menunjukkan
Najib tidak pernah mengenali Altantuya secara peribadi dan Rosmah juga
tiada di tempat kejadian semasa pembunuhan kejam itu dilakukan. Selain
itu, Najib sebagai seorang Muslim telah tiga kali bersumpah Qasamah
menafikan mengenali Altantuya dan terlibat dalam pembunuhan kejam itu.
Raja Petra Kamaruddin, seorang pengendali portal berita juga mengakui
bahawa telah diarahkan untuk menyebarkan fitnah walaupun mengetahui
bahawa tiada sebarang bukti asas untuk menyokong fitnah ini. Sehingga
hari ini, pemimpin dan pejuang siber pembangkang terus menggunakan isu
ini walaupun tidak pernah mengemukan bukti.
4.PEMBELIAN CINCIN BERLIAN DS ROSMAH RM24 JUTA
Melihat angka ini sahaja boleh menyebabkan timbul tanda tanya; Mengapa
cincin semahal ini cuma dihantar secara pos atau kurier? Bukankah lebih
mudah sekiranya selepas membeli cincin ini, Datin Seri Rosmah Mansor
terus menyarungkan ke jari? Pasti ini lebih selamat dan tiada sesiapa
yang akan tahu. Sekali lagi, sehingga hari ini tiada sebarang bukti
menunjukkan cincin itu benar-benar wujud. Malah akhbar Kompas di
Indonesia yang mengeluarkan berita tentang ini juga telah memohon maaf
kepada PM dan isteri kerana tidak telah mengeluarkan berita palsu,
manakala Chegubard sehingga hari ini masih tidak mengakui bahawa ini
semua fitnah semata-mata. Fitnah lagi.
K1NGMAKER: Nampaknya keempat-empat scandal ni diura-urakan dengan sengaja oleh puak pembangkang...apa lar kita rakyat Malaysia yang bijak belaka pun boleh percayakan fitnah pembangkang terhadap pemimpin negara kita yang sedang bertungkus lumus mempertahankan ekonomi, sosial, kebajikan, perpaduan, pendidikan, dan agama rakyat Malaysia...Fikir masak - masak yer semua...sebagai manusia kita kena ada rasa bersykur dan berterima kasih tau...
Jangan terjebak dengan FITNAH FITNAH FITNAH..
SAY NO TO PAKATAN
SAY YES TO BN
WE LOVE 1MALAYSIA!
No comments:
Post a Comment