Saturday, 28 December 2013

Loga Bala Pembohong NO 1? Berani Menafikan?

Salam 1Malaysia,

Penduduk Kampung Railways Sentul yang baru rumag mereka diroboh lusa sangat marah dengan Dato Loga Bala... Mereka melabel beliau sebagai PEMBOHONG NO 1...

Ehhh bukan saya yang beritahu beb... Orang kat sini yang beritahu....

Kenapa dia jadi Pembohong No1....?


Ini merupakan keratan akhbar Makkal Osai pada tarikh 28 Dec 2013

Dato Loga Bala (Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan) dalam sidang medianya berkata dia telah berjaya menyelesaikan masalah penduduk dan semua proses roboh kampung dijalankan dengan sempurna dan tiada masalah.

Plus dia cakap dia ada di tempat kejadian pada waktu itu......

"Kepala Otak dia" bukan saya cakap...Penduduk yang cakap......

Kalau tak ada masalah...Kenapa pulak ada penduduk yang ditahan polis...? Mana dia pergi masa itu?

Loga boleh jawab kah?

Masih lagi ada penduduk yang belum diberi kunci berpindah ke PPR....

Boleh Jawabkah Loga.....?

Ini semua bukan saya tanya tau, Rakyat yang tanya....

saksikan video di bawah ini:


Kunci tarak mau duduk mana?

Ini sempurna kah?

Dato Loga Bala, Jangan Lupa beli surat khabar hari ini ok....

Ada isu menarik....

SALAH TETAP SALAH!

Sekian

to be continued...







Wednesday, 25 December 2013

Live Dari Kampung Sentul Raya! Wei Mana Loga Bala!

Roboh roboh roboh....Mana pergi si Loga Bala ini... sembunyi dalam selimut kah...Wei Loga orang si cari lu lar....cepat mari.....

Live: Kampung Sentul Raya akan dirobohkan sebentar lagi!

Salam 1Malaysia,

Ini dia hari sudah tiba...kampung sentul raya akan dirobohkan...blogger akan update gambar...

Lets see what happens!

Apakah Tindakan Terhadap Chin Chee Peng, Dato Loga Bala?

Salam 1Malaysia,

Blogger nampak Dato Loga Bala senyap sahaja pasal isu Video: Peg Khas Timb Menteri Dato Loga Bala Ajak Ibu Tunggal Tinggal Dibiliknya! 

Apakah tindakan yang akan diambil Dato? Nak senyapkan diri sehingga nasi menjadi buburkah...nak tunggu sehingga semua blogger mainkan isu ini kah? Nak jadi famous lar tu?


Chin Chee Peng telah melampaui batasnya... Walau apa pun kes, tak sepatutnya dia cakap begitu pada seorang ibu tunggal... 

Bayangkan kawan-kawan ibu anda, adik anda, atau kelak nanti isteri anda dikatakan dengan perkataan begitu.... apakah perasaan anda... rasa macam nak cekik si cina tu kan????

Begitu lar perasaan rakyat di kawasan Tanah Lapang Sentul Pasar... Tengah marah giler wei... kalau si Chin Peng pergi sekarang....NAHAS dia....

Tindakan tatatertib harus diambil ke atas Chin Chee Peng... 

Dato Loga dan Cina ini harus meminta maaf secara terbuka kepada Pn Asotha dan keluarganya... Segala permintaan harus dikotakan....

Isu ini telah pun keluar di dalam surat khabar Tamil Nanban... 

Harap Dato Loga Bala harap jaga - jaga selepas ini kerana banyak benda di bawah naungannya hancur... ye lah ni nak salahkan dia pun tak boleh... dia masih mentah lagi... baru nak belajar ABCD....

Betul jugak artikel di FMT dulu...


Jadi, angguk je untuk semua...

Dato Dr Loga Bala...Anda akan diperhatikan Dato... segala silap salah anda akan diblogkan dengan serta merta....Kami tidak akan berhenti sehingga anda tutup kedai dan balik ke Pulau Pinang.

Jangan harapkan jawatan ini untuk sesi yang akan datang....

FINISH! 




Tuesday, 24 December 2013

Video: Peg Khas Timb Menteri Dato Loga Bala Ajak Ibu Tunggal Tinggal Dibiliknya!

Salam 1Malaysia,

Pegawai Khas Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Dato Dr Loga Bala telah mengajak seorang ibu tunggal tinggal dibiliknya apabila ibu tunggal ini ke sana untuk urusan PPR. 

Pegawai Khas Timbalan Menteri ini yang dikenali sebagai Chin Chee Peng melayan Ibu tunggal ini yang bernama V.M Asotha a/p Muthusamy dengan begitu teruk dan sekaligus menyindir beliau dengan berkata "tak ada kosong di PPR, kalau mahu bilik saya kosong". Pn Asotha berkata dia telah mengulangi kata ini sebanyak dua kali....

Puan Asotha yang kini tinggal di Tanah lapang Sentul Pasar telah singgah ke Pejabat Menara DBKL untuk urusan permohonan pertukaran unit rumah. Beliau ke sana setelah di beri tempoh tiga bulan dan beliau terpaksa pindah keluar dari kawasannya sebelum di robohkan oleh pihak DBKL pada hujung tahun ini.



Beliau telah dapat PPR Bukit Jalil di mana ia jauh untuk beliau mengambil rawatan di Hospital Besar Kuala Lumpur. Beliau juga telah menyertakan surat kesihatannya sebagai bukti di DBKL.


Si Chin Peng ni pun telah mengeluarkan surat sokongan kepada Jabatan Pengurusan Perumahan DBKL...Wah saya nak tanya nii...Sejak bila pegawai khas timbalan menteri ada kuasa keluarkan surat sokongan...Banyak besar punya kepala kah???



Dengan perasaan langsung tidak puas hati kerana dihina dan di layan seperti anjing, Pn Asotha telah ke Balai Polis Sentul untuk membuat laporan polis terhadap Si Chin Peng ini....



K1NGMAKER nak tanya ni.....

ADAKAH ORANG INDIA BEGITU HINA?

ADAKAH INI TUNJUK AJAR DATO DR LOGA BALA?

INIKAH CARANYA DATO LOGA BALA MENYELESAIKAN MASALAH?

APA GUNANYA SEORANG TIMB MENTERI INDIA YANG LANGSUNG TAK MAMPU NAK MEMBELA HAK RAKYAT INDIA?

ADAKAH JAWATAN DAN PANGKAT INI SEMATA-MATA UNTUK MAKAN GAJI DAN BERLAGAK SAHAJA?

K1NGMAKER MENDESAK DATO DR BALA DAN PEGAWAI KHASNYA MEMINTA MAAF SECARA KEPADA PN ASOTHA DAN KELUARGANYA KERANA MENGHINANYA DAN MEMBERI PAMPASAN YANG SEPATUTNYA KEPADA BELIAU!

INI BUKAN PERMINTAAN...
INI AMARAN!

Nota: K1NGMAKER TAK KISAH BN KE PR KE...SALAH TETAP SALAH!












Monday, 23 December 2013

Dialah Layak Pembela Masyarakat India!

Salam 1Malaysia,

Kita kembali ke topik tadi Siapa layak mengetuai Biro Pembela Masyrakat India?  

Bagi yang tak baca lagi sila klik link di atas...


Baik lah setelah K1NGMAKER membuat kajian siapa lar yang layak mengetuai Biro Pembela Masyarakat India, MIC, blogger pun dapat lah ilham sikit...


Baru - baru ini rakyat memang dah geram, dah muak, dah tension dan langsung tidak suka pemimpin yang sedia ada sekarang dalam MIC...so, kalau lantik balik orang yang sama memang tidak akan menepati syarat Biro tersebut....

Jom kita fikir luar dari kotak MIC ini..... Kenapa tak lantik K1NGMAKER saje untuk jawatan ini... HAaaahahaha gurau je lar.....

K1NGMAKER rasa calon yang paling layak jadi Ketua Biro ini adalah En Ramesh Rao.....


Kenapa?????

Kenal dulu orang ini lar.... 


Ramesh Rao, Calon Baru MIC?? (Part 1)


Ramesh Rao? Siapa Dia Sebenarnya? (Part 2)


Pakatan melebal "INDIA MURAHAN TIDAK BERMARUAH"


Ramesh Rao merupakan seorang anak tempatan Hutan Melintang....Beliau dilahirkan pada 24 Diesember 1971....Beliau merupakan seorang editor, Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Malaysia dan juga Penasihat Projek Khas Persatuan Telugu, Malaysia. 


Apa yang class pasal dia yang blogger suka beliau mampu menjawab segala tohmahan dan berani bersuara...itulah kita nak... kita nak harimau bukan kucing.... Semua dakwaan pembangkang dalam isu Kuil, Pendidikan, Ekonomi, & politik telah pun dijelaskan dengan baik dalam BN Stream Interview...

Best part hubungan beliau memang baik dengan pemimpin UMNO...itu penting beb... kalau nak namakan memang panjang senarai....

Beliau juga telah menyelesaikan pelbagai masalah kritikal seperti isu P.I Bala yang pemimpin MIC kita yang sedia ada sendiri takut untuk memberi apa-apa komen......

Dengan mempunyai banyak kelayakkan seperti ini beliau seharusnya diberi peluang bertanding dalam PRU yang lepas tapi biasa lar politik kan...daripada bagi yang boleh menang kita india suka baik kalah sahaja....

Ramesh Rao bukan calang orangnya....Pihak MIC harus mempertimbangkan jawatan ini kepada RAMESH RAO....

Unless kalau Presiden takut team dia akan kena sabotaj, atau tengok kasta memang lar tak dapat brader ini...tapi kalau nak selamatkan MIC.... Presiden Palanivel kena mengambil tindakan yang cukup drastik.....


Please Dont Take Things Easy My Dear MIC....
Things are not Going To Be The Same Next GE! 
Mark My Word!




Sunday, 22 December 2013

Siapa layak mengetuai Biro Pembela Masyrakat India?

Salam 1Malaysia,
K1NGMAKER dengar ada pulak Biro Pembela Masyarakat India di MIC...
Hmm bagus jugak bila dengar... Pembela Masyrakat India...fuh dahsyat wei....
Tapi?
Ada siapa yang layak bela masyarakat india dalam mic wei...
Semuanya buaya, pak angguk, lalang dan sebagainya...
Yang sedia ada layak pun telah dipinggirkan oleh partinya sendiri...
MIC harus bertindak bijak sekurang-kurangnya sekarang...
Satu keputusan yang bijak telah diambil oleh presiden MIC dengan melantik En Prakash Rao sebagai Secretary General MIC...
Sekarang siapa pulak nak wakili biro ini?
Adakah Presiden Palanivel akan melantik semula orang yang tua tua dan uzur uzur belaka?
Atau pak angguk yang akan dengar hanya cakap dia?
Atau pondan yang tak reti nak bersuara dan saja pegang jawatan?
K1NGMAKER akan jalan satu kajian dan akan kembali dengan artikel Dialah Layak Pembela Masyarakat India sebelum lewat hari ini.....

Monday, 9 December 2013

Candi Lembah Bujang Inginkan Perhatian!

Salam 1Malaysia,

Isu Lembah Bujang....Satu tempat yang bersejarah...Memang betul tempat yang tercatat dalam buku sejarah PMR, SPM, STPM.... Yer memang kita semua telah belajar tentangnya....

 

Apa yanag pelik dekat sini... Setelah bertahun-tahun Lembah Bujang tu dekat sana tak sehari pun orang-orang India telah melawati tempat itu... termasuk lar pemimpin-pemimpin kononya handal lar.... (bukan semua ek)...

Tapi bila di roboh, fuh tak main semua pergi sana.... Semua MIC ada sana...Jangan hairan tak lama lagi tubuh cawangan MIC kat tengah - tengah lembah tu....

Apa yang semua nak cuba buktikan? Heroisme ke? Baru lar semua nak sibuk - sibuk pergi sana... sampai ramai yang tak tahu lembah bujang tu kat negeri mana.... 

K1NGMAKER pun terima panggilan tanya, " eh, ni tempat ada mana dei?" " GPS boleh pakai kah?" "Jauhkah" "marilah pergi sama-sama boleh share petrol"

Tengok, mau jadi hero tapi tak mau bayar petrol penuh.... Ini kah pemimpin nak tolong... Ni kes saja je nak cari publisiti....


Fakta sebenar Candi Lembah Bujang

Pedagang India telah berjaya mengembangkan agama Hindu dan Buddha pada abad ke-5 di Lembah Bujang. Lembah Bujang seterusnya berkembang menjadi pusat penyebaran agama Hindu - Buddha yang terkenal kerana sikap terbuka penduduknya dan tiada langsung menerima penentangan daripada masyarakat tempatan.

Upacara agama yang telah dilakukan pada masa ketika itu tidak disambung oleh mana- mana pihak atau pun penganut. Secara lama kelamaan tempat ini telah menjadi tempat pelancongan...
Candi - candi ini harus dilakukan upacara agamanya sekurang - kurangnya setahun sekali untuk memulihara aura positif yang telah ditinggalkan oleh moyang dulu...

Candi mempunyai kuasa seumpama sebuah kuil.. apabila sebuah kuil itu dibiarkan begitu sahaja, ia akan memberi impak yang negatif pada sekitarnya, termasuk orang-orang yang mempunyai hubungan rapat dengan candi tersebut...terutamanya bagi yang asalnya dari keturunan pembina dan pengusaha candi tersebut...

Ini bukan satu isu yang harus dipolitikan untuk publisiti nama diri sendiri...Sebagai seorang Hindu, anda kena tahu apa upacara yang betul yang harus dilakukan... bukan pergi setakat nak bagi posing kat FB semata - mata nak cari publisiti murahan.

Ini bukan hal main - main...ini melibatkan agama purba... Kita harap jangan lar candi - candi itu diikat sumpah...
Nasib malang mampu timpa bagi yang telah merosakkanya..