Beliau yang juga memegang portfolio exco bagi hal ehwal agama bukan Islam telah sekali lagi mengguris hati rakyat bangsa India di negeri ini.
Jika sebelum ini, kaum India dibohongi dengan janji Pakatan Rakyat tentang Kampung Buah Pala, kali ini ianya melibatkan sensitiviti agama mereka.
Ianya dibuktikan dengan tindakan rakyat Pulau Pinang mengadakan demo membantah tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang yang diketuai oleh Lim Guan Eng DAP.
Kita tentu musykil dengan sikap Lim Guan Eng sebagai Exco hal ehwal agama bukan Islam yang menimbulkan kemarahan rakyat Pulau Pinang padahal isu ini begitu fundamental dan boleh dielakkan sebelum sebarang kelulusan diberikan.
Dan sekarang, isu ini bukan sahaja menimbulkan konflik dan rakyat India tidak lagi menyokong Guan Eng dan Pakatan di Pulau Pinang tetapi ianya juga mungkin mendatangkan kekecewaan kepada kaum Cina Pulau Pinang.
Apa tidaknya. Kaum Cina Pulau Pinang sudah tentu memerlukan bangunan tersebut tetapi sekarang terpaksa berdepan dengan kemungkinan pembatalan projek tersebut dek sikap kerajaan DAP Pulau Pinang yang tidak sensitif kepada penganut agama Hindu.
BUKIT MERTAJAM 29 Julai - Kira-kira 100 penganut agama Hindu di sini mengadakan perhimpunan bagi membantah tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang meluluskan pembinaan rumah pengurusan mayat kaum Cina bersebelahan Kuil Hare Krsna di Seberang Jaya di sini hari ini.
Menurut mereka, tindakan itu menunjukkan kerajaan negeri tidak sensitif terhadap masyarakat India.
Setiausaha Pertubuhan Gegaran Azam, Pulau Pinang, L. Loganathan berkata, pembinaan rumah pengurusan mayat bersebelahan dengan kuil tersebut telah diluluskan kerajaan negeri pada 11 Julai lalu.- UM
Apakah tindakan CM Lim Guan Eng???
sumber: http://networkedblogs.com/ApJUE
No comments:
Post a Comment