Friday, 13 July 2012

Fakta Kemasukan IPTA Sesi 2012/2013.


Kemasukan IPTA Sesi 2012/2013. 



Salam Perpaduan & Salam 1Malaysia.

SYABAS & TAHNIAH buat calon-calon yang telah berjaya mendapat tawaran kemasukan ke IPTA bagi kemasukan sesi 2012/2013. 

Bagi yang berjaya, bersyukurlah kerana kalian adalah salah seorang daripada 38,549 yang berjaya untuk melanjutkan pengajian ke IPTA, berbanding 63,467 permohonan daripada seluruh negara. 

Beberapa fakta menarik untuk dikongsi:
1.    38, 549 berjaya berbanding 52, 430 permohonan calon yang layak.
2.    Majoriti, 65.8% adalah perempuan.
3.    Aliran sains seramai 57% manakala sastera 43%.
4.    Mengikut kaum yang berjaya: Melayu sebanyak 70.2% (27,455), Cina sebanyak 86.4% (8,986), India sebanyak 72.8% (1,384) manakala Lain-lain sebanyak 69.8%.

Bagi adik-adik semua diingatkan untuk menghantar jawapan tawaran semula sebelum 22 Julai ini dan selamat mendaftar pada 1-2 September 2012 nanti.

Untuk e-rayuan pula bermula dari 13 hingga 22 Julai 2012.


Yang masih belum membuat semakan, sila semak.

Daripada sekarang dah boleh cari biasiswa baik daripada JPA, Mara, yayasan-yayasan dan lain-lain. Jika tidak, usah lupa kita ada PTPTN.

No comments:

Post a Comment