Tuesday, 14 August 2012

UNISEL Dipolitikkan PKR?


Kumpulan mahasiswa Unisel, Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI) mahu Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) yang menguruskan asrama Unisel agar mengutamakan kebajikan pelajar dengan menggunakan budi bicara mereka.
Kegagalan JNSB untuk menjaga kebajikan pelajar mungkin akan mengakibatkan pelajar berdemonstrasi.
“Jika pihak JNSB langsung tidak menghiraukan dan tidak bersimpati dengan kami selaku mahasiswa, kami tidak teragak-agak menggunakan saluran lain dengan mengumpulkan seramai mungkin mahasiswa dalam ertikata lain demonstrasi bagi membantah sikap JNSB yang membiarkan mahasiswa seperti gelandangan.
“Kami juga mendesak  Unisel  menyelesaikan masalah ini secara baik dan tidak mahu juga Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim lepas tangan begitu sahaja serta bertanggungjawab di atas kapasiti beliau selaku Menteri Besar Selangor dan jangan hanya duduk diam tanpa melakukan sebarang tindakan,” kata Setiausaha AKSI, Ekhsan Bukharee Badarul Hisham dalam satu kenyataan media hari ini.
Aksi menyeru agar isu sijil menduduki (CF) tidak dijadikan modal politik oleh mana-mana pakatan politik untuk menguntungkan kroni.
Mereka juga menyeru pihak – pihak berkaitan menyelesaikan perkara ini dengan segera.
“Di peringkat kami khususnya mahasiswa Unisel tidak mahu isu ini dipolitikkan atas dasar kepentingan politik terutamanya kepentingan kroni.
“Di peringkat AKSI sendiri mahu kedua-dua Unisel dan JNSB menyelesaikan isu ini melalui perbincangan kerana perjanjian yang telah ditandatangani sewaktu zaman bekas Menteri Besar Dr Mohd Khir Toyo mensyaratkan Unisel membayar JNSB meskipun asrama tidak digunakan ketika musim cuti semester,” kata Ekhsan lagi.
Ekhsan berkata demikian ketika mengulas isu kegagalan Unisel membayar sewa asrama kepada JNSB.
Pada hari Jumaat, pekerja dan kontraktor JNSB telah berdemonstrasi dan menghalang pintu masuk Unisel.


Kesemua perkara ini bermula pada 5 Ogos apabila penuntut Kampus Bestari Jaya tidak dapat memasuki asrama untuk sesi pendaftaran 7 Ogos ini. Sila baca artikel ini:

Ribuan Pelajar Unisel Ditahan Masuk Asrama?


SALAH SIAPA NII...??? UNISEL?? JNSB??? MENTERI BESAR??? 
ANWAR IBRAHIM??? PKR???

sumber: free malaysia today

No comments:

Post a Comment