Wednesday, 20 February 2013

Rumah RM 700Ribu Mampu Milik???

Mana rumah untuk rakyat Selangor mampu milik? Mana semua janji janji manis Pakatan PAS,DAP dan PKR sewaktu berkempen pada tahun 2008 yang lepas? Mana semua tu?

Apa yang benar benar terasa waktu ini oleh hampir semua rakyat Selangor adalah harga rumah di Selangor yang malambung begitu tinggi ekoran sikap kerajaan negeri pimpinan Khalid Ibrahim yang tidak peka ataupun ambil kisah tentang permasalahan rakyat Selangor terutamanya golongan muda anak anak Selangor.

Pembinaan rumah yang bernilai ratusan ribu menjarakkan peluang untuk anak anak muda memiliki rumah idaman mereka kerana pentadbiran negeri Selangor yang hanya menumpukan keuntungan dengan membina rumah rumah mewah dnegan harga yang tidak masuk akal.





Lihat sahaja contoh projek PKNS milik kerajaan negeri Selangor apabila rumah penduduk yang sebelum itu menetap disitu dirobohkan dan hendak pula didirikan projek mega yang mana untuk seunit studio berharga RM 700 ribu. Apakah anak anak muda mampu untuk memiliki sebuah rumah bersaiz Studio dengan harga RM700 ribu?
 
Kerajaan Pusat Barisan Nasional ataupun mana mana kerajaan negeri yang ditadbir Barisan Nasional. Jika sebuah projek perumahan hendak dibangunkan ianya mesti mengambil kira keperluan dan kehendak para penduduk di sesebuah negeri tersebut.

Sebab itu negeri yang ditadbir Barisan Nasional sentiasa membina rumah kos rendah dan mampu milik bagi memberi peluang kepada rakyat negeri tersebut membelinya. Dan anda sendiri boleh lihat di Selangor sewaktu zaman pentadbiran Barisan Nasional apabila sesebuah projek perumahan bernilai tinggi dibangunkan dalam masa yang sama dikawasan tersebut projek perumahan untuk rakyat juga dibangunkan.

Ini baru dinamakan seimbang dan bukan mencari keuntungan dengan mengetepikan keperluan rakyat sesuatu tempat sepertimana yang berlaku dalam negeri Selangor dibawah pentadbiran Pakatan PAS,DAP dan PKR waktu ini.




Datum Jelatek projek milik pentadbiran Pakatan PAS,DAP dan PKR yang telah membuktikan bahawa mereka ini hanya mementingkan tembolok mereka sahaja berbanding akan permasaalahan rakyat. Janji janji manis PRu lalu kini menjadi mimpi ngeri buat rakyat Selangor dan sudah pastinya pada PRU 13 ini rakyat akan bangkit menentang kezaliman yang dilakukan rejim Pakatan Haram di Selangor ini.


K1NGMAKER: Rakyat sekalian masih lagi tak sedar kah? Nak kena tibai kaw kaw lagi dengan PR ke??  Fikirkan lar.....


Kalian bijak, jangan terpedaya dengan janji kosong PR...Tepuk dada tanya selera...


sumber: Papagomo


WE LOVE 1MALAYSIA!



No comments:

Post a Comment