Friday, 15 March 2013
Spin Pembangkang Najib Punca Kematian Bala Kantoi
Balasubramaniam telah mati semalam kerana serangan jantung. Sakit jantung yang mana kita tahu tidak mampu untuk melawan takdir Tuhan apabila serangan jantung ini datang kepada kita. Puak pembangkang dilihat cuba mempolitikkan isu kematian Bala ini dengan melemparkan tuduhan bahawa kematian Bala adalah dirancang oleh Najib Razak. Kata mereka Najib Razak telah membunuh Bala penyiasat persendirian yang terlibat secara langsung dalam kes Altantuya yang mati dibunuh. Hebat sangatkah Najib Razak sampai boleh menentukan sesorang itu mati ataupun hidup? Handal sangatkah Najib Razak boleh mencabut nyawa Bala? Apakah Najib Razak Perdana Menteri kita mempunyai kuasa yang luar biasa sehingga mampu memberikan serangan jantung kepada Bala dan kemudiannya menarik nyawa Bala? Jika pembangkang menyatakan Najib Razak bersalah atas kematian Bala adalah lebih elok jika Najib Razak mencabut nyawa Anwar Ibrahim ketua pembangkang itu sendiri. Untuk apa nyawa Bala yang hendak diragut Najib Razak jika benar beliau mempunyai kuasa sebegitu? Adalah lebih baik mencabut nyawa Anwar Ibrahim pengkhianat Agama Bangsa dan Negara. Inilah mentaliti puak pembangkang yang ada hari ini. Kurafat menjadi pedoman mereka sehinggakan ajal maut itu cuba disanggah dengan pelbagai rekayasa demi kepentingan politik mereka yang seterusnya melemparkan fitnah kepada pihak yang tidak bersalah. Tidak hairan jika sehari dua ini akan ada cadangan dari pemimpin pembangkang untuk meminta siasatan penuh kematian Bala serta membuat Bala bagaikan mayat Teoh Beng Hock yang mampos bunuh diri. Dalam sehari dua ini juga kita akan dapat lihat pemimpin Melayu pembangkang akan memegang lilin tanda menghayati pemergian Bala yang dah mati itu. Tapi apa pun mesti ada sebab yang menyebabkan Bala ini kena serangan jantung kan? Mesti ada sesuatu yang membuatkan beliau secara tiba tiba terkejut dan diserang serangan jantung. Kelmarin Gomo ada tweet mengenai satu artikel tentang Bala ini yang mana kalau Bala sendiri baca artikel tersebut sah beliau akan sakit jantung. Harap anda semua baca artikel mengenai pendedahan Eksklusif Bala yang telah melakukan Seks dengan Altantuya KLIK DISINI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment