Salam 1Malaysia,
Blogger telah hadir sidang media pasal Teresa Kok yang diadakan oleh Wong Choo Chieng ( orang kanan teresa kok)...
Wong Choo Chieng merupakan Pengerusi DAP cawangan Seputeh dan Pemgerusi Perhubungan Parlimen Seputeh... jadi boleh lar percaya cakap dia tu pasal si kok ni....
Wong Choo telah berkongsi beberapa isu tentang Teresa Kok...
Pertama beliau menafikan yang beliau telah menandatangani kebanyakkan cek Ambank bersama Peter Seen Sai Hoe sepertimana yang dikatakan dalam akhbar oleh Mdm Ng Yoot Kuen selaku Bendahari Pilihanraya Umum.
Beliau berkata komitmen yang diberikan beliau ketika pilihanraya umum 13 tidak boleh dipersoalkan... beliau sebagai Pengerusi Perhubungan Parlimen telah berkhidmat sepenuhnya...Tetapi apa yang menghairankan beliau ialah tentang firma perakaunan bernama Ecolvis AHL Chartered Accountant yang dilantik sebagai auditor tanpa pengetahuan beliau. Beliau mendapat tahu ini menerusi akhbar...
Adakah firma ini koncu Teresa Kok yang menyembunyikan penyelewengan kewangan dia? Rasanya kita kena siasat tuan punya firma itu...
TeresaKok telah mengeluarkan figurin kung fu beliau dgn hasrat hendak menjana pendapatan dana untuk pilihanraya... menurut Wong dia pernah menandatangani cek berjumlah RM40 000 kepada pembekal...tetapi akhirnya dia mendapat tahu figurin itu ditaja... apa jadi dengan hasil jualan figurin itu?
Pada 21 Jun 2013, Wong telah mempengerusikan mesyuarat post mortem pilihan raya bersama Teresa Kok dan ahli lain...Dalam mesyuarat itu Teresa Kok telah mengumumkan bahawa pengurus kempen beliau En Ng Chai Heng telah berjaya mengumpul wang derma sebanyak RM 300,000 demi parti dan Teresa Kok mengarahkan semua ahli supaya tidak campur tangan dengan wang itu...En Ng Chai Heng mempunyai kebebasan mutlak utuk membelanjakan wang tersebut...semua ahli yang hadir menjadi saksi insiden ini...
Wahhhh giler syiot...300 000 beb...bukan kah wang yang dikumpul demi parti harus diserahkan kepada bendahari dan dimasukkan kedalam akaun parti?
Adakah betul -betul RM300 000 ribu atau mereka hanya mendedahkan RM300 000...
Mengapa tiba tiba Wong nak lawan Teresa Kok...ini mesti ada isu dalaman yang belum kita ketahui...
Takpe kita sabar mesti terdedah satu hari nanti....
Wah banyak isu ni...semua melibatkan duit... saya masih ingat si kok ni kata nak banteras rasuah masa kempen pilihanraya...nampaknya dia bukan nak banteras tapi nak dorong rupanya...
Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment