Salam 1Malaysia,
Mengikut kamus Dewan
Bahasa yang membawa makna Tuhan Yang Maha Esa, tidak ada sekutu
bagi-Nya, disembah secara mutlak.
Blogger tidak faham, bagaimana pula Ultraman boleh disamakan atau diberi nama Allah. Boleh ke kita samakan kuasa Yang Maha Esa dengan Ultraman?
Apa logiknya disini?
Ayat asal:
Beliau dianggap sebagai, dan dihormati sebagai, "Allah" atau Elder semua wira Ultraman.
Struktur ayat pun sudah salah. Macam ini ke anak-anak kita nak membaca? Siapa ajar Editor BM yang teruk begini?
Jika di kaji keseluruhan perenggan itu tidak menepati hukum bahasa.
Jika di kaji keseluruhan perenggan itu tidak menepati hukum bahasa.
K1NGMAKER tolong betulkan:
Dia dianggap dan dihormati sebagai seorang penyelamat atau (elder) ketua semua wira Ultraman.
Ini soal karakter komik sahaja. Kalau nak gunakan perkataan seperti beliau atau Allah memang tidak logik.
Bila Malaysiakini buat lawak isu ini, ramai juga yang berpelajaran tinggi tidak dapat membezakan maksud dan logik pengunaan perkataan.
Kalau nak ketawakan seseorang wah semua orang punya otak akan kebas yer?
Ini bukan pengharaman kitab suci yang kita patut jadikan isu. Saya sokong penuh tindakan KDN dan saya menggesa Dewan Bahasa Dan Pustaka mengambil tindakan terhadap pengeluar, editor atau penterjemah buku ini dengan segera sebelum bahasa kebangsaan kita dibunuh.
Sekian Terima Kasih
No comments:
Post a Comment