Friday, 30 May 2014

Ketua Penerangan MIC Selangor akan Dipecat?

Salam 1Malaysia,

K1NGMAKER mengikuti komen - komen Awtar Singh selama 24 jam. Arikel sebelum ini Tahap Kepimpinan MIC ke Dalam Longkang!  

Didapati bahasa yang digunakan oleh seorang pemimpin parti politik ini melampau dan langsung tidak boleh diterima.

K1NGMAKER telah pun mendesak MIC untuk melucutkan segala jawatan Awtar Singh dalam masa 72 jam dari tarikh 30/05/2014, 10.30 pm.

Awtar Singh berkata dia penyokong setia Datuk Seri Palanivel. Kalau begitu inikah ajaran beliau kepadanya?

Jom tengok !




Inilah bahasa yang digunakan oleh Ketua Penerangan MIC, Selangor En B Awtar Singh

Apa kata orang awam?




Sekarang apa kata Palanivel? 



Saya juga ingin melanjutkan kes ini kepada 
Tan Sri Karnail Singh Nijhar

Apakah tindakan MIC? Tan Sri Nijhar merupakan Ketua Biro Disiplin MIC. Beliau pantang kalau ada ahli persoal MIC. Beliau akan memecatnya dengan serta merta.

Jadi apakah tindakan Nijhar dalam isu ini?



Jika tindakan tidak diambil dalam masa 72 jam, minta maaf K1NGMAKER terpaksa melakukan laporan polis terhadap Awtar Singh kerana menggunakan perkataan lucah dalam media sosial secara terbuka dan Nijhar kerana gagal mengambil tindakan disiplin.

Tahap Kepimpinan MIC ke Dalam Longkang!

Salam 1Malaysia,

Belum lagi pudar isu bahasa yang digunakan Ketua Biro Keterangan MIC, Sivasubramaniam, timbul lagi isu satu lagi haram jadah yang sekaligus memalukan MIC.

Memperkenalkan En B Awtar Singh.



Siapa Awtar Singh?

1) Ketua Penerangan MIC, Selangor
2) Pengerusi MIC, Puchong Perdana
3) Belaan Pengerusi MIC DS Palanivel
4) Tajaan???? ssshhhhhhhhh......

Kes?

1) Menggunakan perkataan kesat dan lucah dalam laman sosial Facebook.
2) Mencabar orang kutuk Pengerusi MIC
3) Memaki Hamun Ketua Penerangan MIC, Sivasubramaniam





Kesan?

1) Ramai yang berusia di bawah 18 tahun telah mengambil contoh bahasa kesat dan menggunakannya di sekolah dan dirumah.
2) Menjatuhkan martabat MIC dikalangan rakyat jelata
3) Tindakannya mendorong masyarakat India untuk menyepaknya dengan SELIPAR dimana sahaja mereka menjumpainya.

TINDAKAN?

MIC akan melucutkan kedua-dua jawatannya dalam masa 72jam dari sekarang (30/05/2014) 10.30pm.

Jika tidak?

K1NGMAKER akan memastikan dia dipecat! Dont test me!



Monday, 26 May 2014

Sejak Bila Daging Babi Dihalalkan Di Malaysia?

Salam 1Malaysia,

Bila dengar cerita Cadbury mengandungi DNA Khinzir, K1NGMAKER memang marah sangat dengan Syarikat Cadbury. Mereka telah memecah amanah dari segi Hukum Islam.

Tapi yang peliknya, daging babi boleh dihalalkan.... Macam mana pulak itu???


Salah Siapa?

Tahap Kebabian yang Melampau!

SETIAP ORANG YANG TERLIBAT DALAM KESILAPAN INI HARUS DIPECAT DARI JAWATAN MEREKA DAN LESEN SYARIKAT INI HARUS DIBEKUKAN DENGAN SERTA MERTA.

BOLEH??????

BERANI TAK?????

ATAU PUN MAKAN RASUAH DAN TUTUP KES????




Thursday, 15 May 2014

TROLL: Mind Your Language Sivasubramaniam (MIC INFO CHIEF)

Salam 1Malaysia,

K1NGMAKER sangat sedih dengan beberapa perkara yang baru - baru berlaku dalam MIC. MIC yang merupakan satu parti yang amat teguh dahulu kala kini menjadi tomahan rakyat jelata.

Tambahan pula dengan sikap dan bahasa Ketua Penerangan MIC, En Sivasubramaniam Letchumanan. 

Ada beberapa rakan melayu blogger tanya bagaimana seorang yang tidak fasih berbahasa Inggeris mahupun BM boleh memegang jawatan tinggi dalam parti?

Kesian saya tidak dapat menjawab, hanya mampu senyum sahaja. 


Another question to me, " eh parti presiden tak sedarkah? " 

I just thought in my heart " parti president pun 2 x 5, mana dia mau sedar?" kuang kuang kuang kaung!


OK JOM TENGOK SIKIT BAHASA 
SIVASUBRAMANIAM LETCHUMANAN




Ini hanya merupakan contoh sahaja, ada lagi lawak saudara Sivasubramaniam ini yang mungkin Blogger akan siarkan time to time.

Mungkin anda boleh tanya kenapa memalukan beliau yang sebenarnya kita harus mempertahankan ahli CWC MIC.

Betul, tetapi beliau sebagai ahli CWC lagi lah memalukan!

Ada satu lagi soalan yang timbul untuk blogger....


Ini merupakan post yang dikeluarkan oleh Sivasubramaniam dalam Facebooknya. 

1. Soalan saya, Special Task Force ini siapa punya?
2. Siapa yang mengetuainya? Palanivel? Sivasubramaniam?
3. Mereka dibayarkah?
Siapa yang bayar?
Adakah mereka ini cybertrooper?
Tajaan Siapa?
Palanivel bukannya pandai soal sosial media, tambahan pula dengar cerita MIC bukannya ada dana pun...So siapa?

Blogger harap MIC dapat menyiasat peranan task force ini supaya mereka tidak menyalahgunakan kuasa.







Tuesday, 6 May 2014

Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi, Harapkan MIC, MIC Makan Ahli

Salam 1Malaysia,

Kian lama K1NGMAKER mendiamkan diri, timbul pula isu yang baru yang wajib kita bincangkan.

Ungkapan "Harapkan Pagar, Pagar makan Padi, Harapkan MIC, MIC Makan Ahli" bukan sia-sia blogger kata malah ia mempunyai maksud tersirat yang harus kita tenungkan.



Enam pemimpin MIC, termasuk Ketua Penerangan parti, telah dipersoalkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) ke atas penyelewengan yang didakwa dalam pemilihan parti itu yang diadakan tahun lepas.

Ini memang satu isu yang kita ketahui, adakah pucuk kepimpinan MIC sedar bahawa jika berlaku penyelewengan dalam pilihanraya parti mereka harus berdepan dengan RoS? 

RoS telah menyoalsiasat 6 orang pemimpin CWC termasuk K Kumaran, Selva Mookiah, SS Rajagopal, V Jagarasah, V Sivaparamjothi dan Ketua Penerangan L Sivasubramaniam dan Setiusaha Jeneral A. Sakthivel pada tahun lepas.

Kemana perginya Presiden MIC dalam menangani isu ini? Apa kata beliau? Adakah beliau akan senyapkan seperti biasa mengharapkan bantuan orang lain untuk menjawab?

K1NGMAKER bukan berniat untuk mengutuk Presiden MIC, beliau sebagai seorang individu, merupakan sangat peramah dan baik hati. 

Tetapi bila timbul masalah yang menjejaskan status parti maka presiden parti harus menegakkan pendirian dan mengambil keputusan yang adil dan bijaksana tanpa mengharapkan balasan.

Ketika dihubungi orang dalam MIC yang tidak sanggup mendedahkan diri berkata Presiden MIC enggan masuk campur kerana khuatir beliau akan kehilangan sokongan kasta.

Satu lagi sumber memberitahu bahawa jika masalah ini berterusan maka kemungkinan besar pucuk kepimpinan Datuk Seri Palanivel akan tamat dengan serta-merta dan kumpulan penyokongnya yang memegang jawatan sebagai ahli CWC juga akan kehilangan kelayakan. 

RoS mula mempersoalkan pemimpin MIC dan ahli sejak tahun lepas, berikut 48 aduan mengenai penyelewengan dalam pemilihan bahagian dan kebangsaan.

Sebuah Parti merupakan imej sebuaj komuniti. MIC telah membawa imej yang baik dari zaman John Thivy hingga ke zaman Datuk Seri Utama Samy Velu. Ini fakta yang tidak boleh dipersoal oleh mana- mana pihak. MIC yang dahulu telah bertarung untuk memperkasakan status rakyat India kini mendapat gelaran parti yang tidak relevan.

Bukan sahaja MIC, malah semua parti harus faham yang rakyat dah mula bangkit, rakyat sudah berani menyoal, rakyat kita tidak boleh ditipu lagi. Jika ada mana - mana parti atau pemimpin yang masih mempunyai persepsi begitu, maka anda salah. 

K1NGMAKER berharap kepimpinan MIC tidak akan membiarkan sehingga parti terpaksa dibubarkan.

Tiada parti yang boleh mendukung rakyat India kalau ia bukannya MIC! Selamatkan MIC!