Wednesday, 25 June 2014

BN AKAN TUMBANG JIKA TIDAK HENTIKAN FITNAH DAP!

Salam 1Malaysia,

Sudah pun 7 hari Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, En Ramesh Rao bersama Tony Tan menghantar surat kepada Lim Kit Siang menuntut penjelasan dan kemukakan segala bukti yang menyatakan kerajaan Barisan Nasional merupakan kerajaan yang mengamalkan rasuah dengan berleluasa. 


Tempoh yang diberikan untuk Lim Kit Siang telah pun tamat hari ini. Maka, hari ini Ramesh Rao  telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Sentul bagi pihak polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan ke atas Lim Kit Siang yang dengan jelasnya telah memfitnah.

Lim Kit Siang dikatakan telah meracuni minda rakyat Malaysia dengan melemparkan fitnah yang tiada bukti ke atas kerajaan Barisan Nasional.

Bukan sahaja Lim Kit Siang malah pemimpin - pemimpin DAP yang lain sering melemparkan fitnah keatas kerajaan pemerintahan kita. Ini harus diberhentikan dengan serta-merta, kata Ramesh Rao.

Jika ini berterusan, maka sah kerajaan Barisan Nasional akan tumbang dan tidak akan naik balik sampai bila-bila. 

Pihak berkuasa disarankan mengambil tindakan yang segera supaya virus ini tidak merebak dan menjangkit masyarakat perpaduan Malaysia.

FITNAH, NEGARA MUSNAH!

Sunday, 22 June 2014

Sekian Lama, Kembali MH370

mh370 3
SHAH ALAM – [DIKEMASKINI] Juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Shah kini dianggap sebagai suspek utama dalam insiden kehilangan penerbangan itu pada 8 Mac lalu selepas semua penumpang dan anak kapal telah dibersihkan, lapor The Sunday Times, hari ini.
The Sunday Times menyebut, siasatan jenayah tidak menolak kemungkinan pesawat itu hilang akibat kegagalan mekanikal atau keganasan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpandangan jika ia melibatkan tindakan manusia, suspek utama ialah juruterbang.
Laporan itu menambah, Polis Cawangan Khas Malaysia kini memberi tumpuan siasatan ke atas Kapten Zaharie, 53, selepas pemeriksaan perisikan gagal menyokong sebarang syak wasangka terhadap individu lain atas kapal yang didapati hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.
Kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac lalu adalah salah satu misteri terbesar dalam sejarah penerbangan.
Lapor media itu, polis sudah menemu bual lebih 170 orang dan mendapati Kaptan Zaharie, seorang yang periang, suka kepada gajet dan selalu membuat posting dalam media sosial serta tidak membuat sebarang komitmen sosial atau kerja di masa depan.
Ia berbeza dengan pelbagai perancangan yang dibuat oleh pembantu pilot, Fariq Hamid dan anak kapal pesawat itu, lapor The Sunday Times.
Kaptan Zaharie menjadi fokus pada awal kejadian kehilangan pesawat itu apabila simulator penerbangan ditemui di rumahnya yang mengandungi “rehearsal” pesawat sejauh Lautan Hindi atau mendarat di sebuah pulau dengan landasan yang pendek.
Fail simulator tersebut didapati dipadamkan, namun berjaya ditemui kembali oleh pakar-pakar yang menyiasatnya.
Juruterbang tersebut juga tiada rahsia dengan hobi luar biasanya, mencipta video penerbangan yang dimuat naik di internet.
Bekas rakan sekerjanya berkata, Zaharie gembira menerbangkan Boeing 777 sehingga beliau sanggup menghabiskan masa cutinya dengan membina simulator penerbangan pesawat itu di rumah.
“Beliau adalah seorang juruterbang yang sangat mahir dengan teknologi penerbangan. Sesiapa saja boleh tanya dan dia pasti akan membantu,” kata seorang pembantu juruterbang Malaysia Airlines (MAS) yang pernah terbang bersama Zaharie sebelum ini.
Tetapi di sebalik kehidupan sebenar, Zaharie yang hidup selesa di pinggir bandar Kuala Lumpur tinggal bersama tiga anak dan seorang cucu berusia lima tahun, timbul dakwaan mengatakan rumah tangga Zaharie mulai retak.
Bagaimanapun perkara itu telah dinafikan oleh keluarga Zaharie.
Pada 15 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah membayangkan mengenai syak wasangka kerajaan terhadap tindakan yang disengajakan oleh seseorang di atas kapal terbang.
Namun, pada 2 April, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya sedang menyiasat empat tumpuan utama, iaitu masalah iaitu peribadi dan psikologi serta sabotaj dan rampasan.
Ekoran itu, sepasukan penyiasat antarabangsa termasuk pakar kemalangan udara dari Britain, AS dan Perancis berusaha menyiasat untuk mengetahui apa yang berlaku kepada pesawat tersebut.
Saudara-mara dan rakan-rakan juruterbang tersebut menegaskan mempertahankan beliau daripada sebarang spekulasi dan khabar angin itu.
“Dia mempunyai segala-galanya dalam hidup. Beliau adalah seorang lelaki periang, ceria, profesional lengkap yang akan tahu apa yang perlu dilakukan dalam krisis,” kata Nasir Osman, yang pernah bersekolah sama dengan Zaharie ketika di Pulau Pinang.
Sementara itu, anak perempuan Zaharie, Aishah, mengutuk spekulasi mengenai bapanya dan menyifatkannya sebagai ‘pembohongan’.
Manakala abang iparnya, Asuad Khan pula berkata, Zaharie sering bermain dengan cucunya
Asuad dalam sebuah program televisyen Australia berkata, dakwaan yang dilemparkan terhadap Zaharie mengenai kehidupan peribadi dan aktiviti-aktiviti profesional adalah tidak benar.
Asuad juga menafikan bahawa kapten itu boleh menjalankan misi membunuh diri dan mendakwa pihak berkuasa mungkin menggunakan Zaharie sebagai kambing hitam.
“Beginilah, jika mereka salahkan dia, saya akan berjuang. Saya tidak akan duduk diam.
“Jika dia mengatakan bahawa Zaharie mahu (melakukan) membunuh diri di Lautan Hindi, saya akan kata, sila buktikannya.
“Jika dia mahu (melakukan) bunuh diri, itu mungkin. Tetapi mengapa dia mahu membunuh 238 orang dengan dia? Mengapa dia mahu jadi bodoh? Tak mungkin dia buat begitu,” katanya.
-Sinar harian

Tuesday, 17 June 2014

BAPA KOMUNIS LIM KIT SIANG HARUS BERTAUBAT DEMI MENDIANG RAKAN KARIBNYA

Salam 1Malaysia,


Yang Berhormat Lim Kit Siang, dikatakan dari tahun 1969 sehingga kini, walaupun menuduh kerajaan Barisan Nasional berasuah, tapi tidak pernah sekali pun menampilkan diri dan menunjukkan bukti.


Apa yang pelik kalau ada apa-apa, tolong lah kehadapan dan membuktikan dengan berani dan hati terbuka. Pihak SPRM dengan relanya membuka pintu untuk YB memperjelaskan tuduhan dan fitnah YB terhadap kerajaan Barisan Nasional.

Jika YB enggan membuktikan ataupun menunjukkan apa-apa dokumen yang berunsurkan rasuah kerajaan Barisan Nasional, maka kita dengan serta merta akan melabelkan YB sebagai 
YB BAPA PEMBOHONG!

K1NGMAKER berharap YB ke depan dan menampilkan bukti atau terus meletak jawatan dan jangan menyusahkan orang lagi.

Atau sudikah YB melangkah ke dalam penjara dan membayar denda kerana fitnah? YB tak tahu ke? 

Bertindak berani jika benar YB, jangan nak buang fitnah, mati dahsyat nanti. Jangan lupa apa yang terjadi kepada kawan karib YB yang sama - sama berfitnah. Jadikannya pengajaran.

YB Lim Kit Siang sudah uzur, tibanya masa berehat dirumah... Ini bukan kali pertama K1NGMAKER menyeru YB duduk dirumah.

Sudahpun ada cicit, high time you REST YB....

Wednesday, 11 June 2014

Ahli Parlimen Kinabatangan Mesti Minta Maaf Secara Terbuka!

Salam 1Malaysia,

Blogger tergempar dengan kata-kata Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar!


"Jika anda bukan ahli Parlimen, anda akan menjadi perompak"!

Walaupun ini ditujukan kepada ahli Parlimen Kapar, G Manivannan, blogger rasa ini satu kenyataan yang menghina kaum India.

Bung, kita mempunyai ramai lagi ahli parlimen dan juga ahli kabinet India, adakah kenyataan itu sama sekali merujuk dirujuk kepada mereka?

Bung harus menjelaskan dan meminta maaf secara terbuka kapada kaum India dengan serta merta.

Saya berharap pihak UMNO dan Barisan Nasional akan mengambil keputusan setimpal.

Jangan sampai perompak - perompak yang dimaksudkannya meragutnya nyawanya ditepi jalan.

Jangan juga lupakan gambar dibawah ini..



Kita BN telah mendapat banyak pengajaran melalui Ibrahim Ali dan Zulkifli Nordin.

Mengapa lagi-lagi membuat kesilapan yang sama?

Saya sangat sedih bila UMNO dan BN bertindak Rasis.

UMNO BN harus menjadi role model kapada parti - parti lain.

K1NGMAKER tidak akan senyap sehingga Ahli Parlimen yang biadap kurang ajar ini meminta maaf kepada orang India secara terbuka!




Tuesday, 10 June 2014

Cybertropper Kelas Ketiga MIC Kutuk Tengku Adnan

Salam 1Malaysia,



Inilah jadinya bila kita melantik cybertropper kelas ketiga. Orang yang tidak tahu apa itu cybertropper.... 

Tidak tahu adat!

Siapa yang bayar brother ini untuk kutuk UMNO?

Mesti besar bayarannya kan?

Nak jadi hero ke kutuk UMNO?

Mesti ada yang tanya siapa dia kan?

Surendran Selvaraju merupakan cybertropper kelas ketiga belaan Ketua Penerangan MIC, En Siva Subramaniam. Surendran selalu akan mengikut segala arahan daripada Siva Subramaniam. 

Suren juga merupakan Pengerusi MIC Putra Heights. 

Bahasa seorang Pengerusi Cawangan MIC....?

Patut lah ramai orang berpendidikan tinggi tidak mahu menjejak kaki kedalam MIC sebab sudah dipenuhi dengan ahli kelas ketiga, gangster dan lain-lain.

Sangat memalukan!

Sunday, 8 June 2014

JAKIM TIDAK RELEVAN LAGI!

Salam 1Malaysia,



Episod cadbury ini dikatakan oleh artikel MyKMU SINI sebagai mencemar kredibiliti JAKIM. Adalah sedikit sedikit tapi sebenarnya kredibliti JAKIM dah lama tercemar akibat tindak tanduk sekumpulan pegawai JAKIM yang pernah khianati bangsa dna ummah sendiri.




Pernah seorang pengusaha kilang mee kuning Melayu Muslim menceritakan bagaimana susahnya untuk kilangnya dapatkan logo halal. Hingga habuk perabut dan dinding pejabat yang tak mungkin menjejaskan proses pegilangan pun dipersoalkan.

Kilang itu sangat bersih dan bleh dikatakan suci. Tuan punya orang Islam yang sendiri menguruskan memang seorang pembersih dan begitu prihatin tentang kualiti dan kesucian keluarannya.

Sampai beberapa kali mereka datang hingga akhirnya tuan punya sedar tok lebai-tok leba ini seolah-olah memberi signal mahu disogok. Oleh kerana tuan punya ada kenal orang maka difahami memang tiada isu dalam report maka Pengarah tersebut arah disegerakan keulusan.

Mee kuning keluaran cina banyak dipasaran. Mereka guna jenama Melayu dan arab. Malahn ada gambar masjid tapi dikeluarkan di Sg Buloh. Harga murah walaupun tepung dan gula asyik naik. Ada kala diguna tepung expired yang tak ada harga tapi diputihkan. Turut diguna pengawait beracun untuk kasi mee kuning tahan lama.

Melayu yang banyak makan mee yang tak sihat ini. Tapi JAKIM diam saja bila berikan cina logo halal.

Malah kita tertanya juga bagaimana logo Halal dah begitu jelas berikut: 




Tapi bagaimana barangan berikut dengan logo halal palsu boleh dibiarkan begitu saja?





Apa Bahagian halal JAKIM buat? Taukeh cina dah jolok ke



Dalam hal cina jolok pegawai JAKIM, ada kisah seorang anak Allahyarham bekas Menteri Besar tahun 80an menceur diri dalam perniagaan ayam dengan niat untuk memastikan ayam halal untuk orang Islam makan.

Difahamkan dia mempersoalkan samada halal atau tidak ayam-ayam kepunyaan syarikat cina macam Leong Hp, Dinding dan macam-macam lagi. Malahan Ayamas kepunyaan KFC pun sudah mula dikhuatiri pihak tertentu sejak ahli perniagaan cina SIngapore bernama Peter Lim ambilalih.

Apabia perniagaannya bertambah maju dan mula dapat bersaing pembekal cina, maka datanglah JAKIM yang mengumumkan jenama ayam orang Islam ini tidak halal. Adalah cina sudah bayar orang supaya memperlihatkan proses seolah-olah tak halal ketika JAKIM raid.

Puak JAKIM ni, yang agar melampau strict ikut peraturan, tak ambil peduli penjelasan pengusaha ini. Lalu ditutup kilang selama 2 bulan. Mampuih wang pusingan pengusaha Melayu yang genuine ini dan terus tutup kedai.

Kalau buka pun bukan senang nak dapatkan balik keyakinan.

Cina pengusaha ayam pun tepuk tangan. Melayu tak dapat kacau pasaran mereka.

Pegawai JAKIM pasti suka cina sumbat perut Melayu dengan ayam haram. Akibatnya anak-anak dan generasi Islam kemudian jadi degil, hati hitam dan lalai hal ugama hingga dan ada akhirnya murtad sebab bermula makan makanan tak halal.

FIkir-fikirlah bahawa majoriti hingga 90% orang JAKIM adalah antara orang PAS atau simpati apda PAS..

Dipetik dari The Unspinners dan House PK

K1NGMAKER: HALAL merupakan satu tanda kepercayaan yang rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan agama yang diletakkan keatas JAKIM. Jikalau JAKIM tidak lagi dapat menjaga kesucian makanan maka inilah dikatakan JAKIM tidak lagi RELEVAN. Blogger sendiri tahu ramai usahawan makanan yang menunggu lama untuk mendapatkan pengiktirafan HALAL. Penat menunggu dan akhirnya terpaksa sogok juga sehingga RM5000 untuk mendapatkan halal. 
DAPAT HALAL DENGAN CARA HARAM!
Salah siapa sehingga produk makanan khinzir boleh dihalalkan?


Tuesday, 3 June 2014

Ketua Penerangan MIC Sivasu Tiada Maruah

Salam 1Malaysia,

Ramai yang sudah kenal Ketua Penerangan MIC Sivasubramaniam dengan bahasa "british english" nya. Ramai yang sudah mula mempertikaikan bahasa first classnya. 

Kini Sivasubramaniam menyeru pula Ketua Pemuda MIC meletak jawatan? 

Sedarkah dia yang ramai lagi yang hendak dia letak jawatan?

Sivasubramaniam ada maruah ke tak ada?

Banyak orang duduk kutuk dia... 

Tapi dia masih nak pegang jawatan...

Sivasu, apa yang telah kamu lakukan dengan isu perkahwinan yang telah dihentikan oleh JAIS?

Tak berani menyoal JAIS ke?

Hanya mampu tunjuk berani dalam MIC sahaja?

Jawablah Sivasu???