Wednesday, 25 June 2014

BN AKAN TUMBANG JIKA TIDAK HENTIKAN FITNAH DAP!

Salam 1Malaysia,

Sudah pun 7 hari Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, En Ramesh Rao bersama Tony Tan menghantar surat kepada Lim Kit Siang menuntut penjelasan dan kemukakan segala bukti yang menyatakan kerajaan Barisan Nasional merupakan kerajaan yang mengamalkan rasuah dengan berleluasa. 


Tempoh yang diberikan untuk Lim Kit Siang telah pun tamat hari ini. Maka, hari ini Ramesh Rao  telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Sentul bagi pihak polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan ke atas Lim Kit Siang yang dengan jelasnya telah memfitnah.

Lim Kit Siang dikatakan telah meracuni minda rakyat Malaysia dengan melemparkan fitnah yang tiada bukti ke atas kerajaan Barisan Nasional.

Bukan sahaja Lim Kit Siang malah pemimpin - pemimpin DAP yang lain sering melemparkan fitnah keatas kerajaan pemerintahan kita. Ini harus diberhentikan dengan serta-merta, kata Ramesh Rao.

Jika ini berterusan, maka sah kerajaan Barisan Nasional akan tumbang dan tidak akan naik balik sampai bila-bila. 

Pihak berkuasa disarankan mengambil tindakan yang segera supaya virus ini tidak merebak dan menjangkit masyarakat perpaduan Malaysia.

FITNAH, NEGARA MUSNAH!

2 comments:

  1. Mana Najib berani nak saman. Nanti semua rahsia keluar.

    ReplyDelete
  2. Setuju dengamn tajuk. Jangan dibiarkan fitnah bermaharajalela. Mesti faham pepatah cina, ia itu sesuatu perkara yang di ada-adakan, dan disebut-sebut selalu, maka satu hari orang akan percaya. Tak kan orang UMNO tak tahu? Atau terlalu bangang nak ambil tahu? Pelihara maruah kerajaan.....gunakan saluran undang-undang untuk hentikankan fitnah. Jangan pulak nak terima mohon maaf jer!!!

    ReplyDelete