Saturday, 25 July 2015

Fikirkan: Muflis Tidak Boleh Membela Keadilan?

Kita disajikan dengan berita tiga sekutu yang sedang membela keadilan untuk kerajaan BN secara terbuka dan didapati mereka bertiga sebenarnya disenaraikan sebagai MUFLIS/BANCRUPT.


Soalan Blogger.....

Adakah menjadi muflis adalah kesalahan jenayah disisi undang-undang?

Adakah seorang muflis salah disisi mana mana agama?

Adakah seorang yang muflis tidak boleh mencari pendapatan untuk menyara kehidupannya?

Adakah seorang yang muflis hilang hak bersuaranya?

Adakah seorang yang muflis tidak boleh berhadapan dengan masyarakat mahupun isu sosial dan politik?

Jika anda menjawab TIDAK untuk semua diatas, maka blogger menasihatkan semua pihak media untuk tidak menghebohkan lagi isu MUFLIS ini.

Sekian.



Friday, 24 July 2015

Mesti Baca: Sindiket Tarik Kereta, Polis Berpakat? Siasat!

Artikel dibawah ini blogger jumpa dari blog member Malaysian Tribune. Blogger rasa perkara ini harus di Share untuk rakan-rakan sekalian. 

Saya jugak berharap pihak PDRM akan siasat perkara ini sebelum nerlaku lebih berleluasa dan lebih ramai menjadi mangsa. 


 

Assalam. We all on the way ke Melaka tadi and sebab nak shishi we all stop kat toilet tol Tangkak sebelum masuk ke tol. Which is kalau kite dari Tangkak nak ke Melaka, kat toilet sebelah kanan sebelum masuk tol.

I keluar ke toilet dengan ibu. Ayah pun nak keluar ke toilet juga. Masa Ayah nak keluar dari kereta, lelaki baju hijau umur dalam awal 30-an or akhir 20-an nak rampas kunci kereta, lagak macam nak tarik kete. Kasar sangat.

Kata Ayah tak settle loan kete 8 Bulan dengan Public Bank. Sedangkan loan kete tu dari Aeon Credit. And tak sangkut langsung pun. Then he told us cakap ade grant kete semua tapi tunjuk lepastu lipat lelaju. Dalam masa yang sama die cakap "settle je laa. Bayar je berapa2" Pergh keadaan jadi worse bila die nak belasah Ayah sebab Ayah dah start keluar besi lock kereta untuk protect everyone.

I and Ibu jerit minta "Tolong. Tolong" Tapi kat tempat tu sunyi and tak berapa ade orang and person yang ade semua macam cuak nak Tolong. I was crying and dial 999. Hanya Allah tahu betapa rase takutnya masa tu.

Then, Ibu tanya I mana polis. And I cakap police on the way. And this kind of pig with green shirt terus pura pura call dalam kereta then keluar cakap "Dah call bank. Bank kata dah settle. Bank silap info. Ni kereta lelong" What say you? Kereta ni bukan kereta lelong. And the other pig datang which is chinnese cakap kat Ibu macam ni, "Ni ade cerita belakang. Tak boleh cerita depan Anak Anak. " Ibu jerit cakap ape benda nak sembunyikan cerita je laa. Nampak sangat macam ade sesuatu. On tow pun dah ready siap nak tarik kete.


Bila police on the way tu, chinnese tu dah hilang. Takut ke ape wei.

Then, kereta police sampai dengan kereta Inspira. Masa police sampai, police angkat tangan kat green pig tu. Kau rase tak curiga? Ada 3 orang police. Semua pakai Baju putih. Macam police traffic. Then police tak tanya siapa pelapor. Tak ambik statement. Tak keluarkan ape ape pun untuk ambik statement. Then dia pegi kat green pig to (aku tak taula polis tu buat ape) Lepastu police boleh cakap, okay dah settle. Boleh sambung perjalanan. What the f?!? Macam tu je kau kata dah settle? Macam tu je?!

I sempat tanya betul ke tu plat no kereta tu which is Waja Hitam WPM471. Police cakap die ade alat yang boleh kesan terus. Tu memang betul kereta tu. Kira sync laa. Tapi sekelumit pun aku tak nampak mana mana police pegi check dalam kereta.

Ayah cakap nak pegi balai buat report laa. So that ade copy report tu and police cakap "kite dah ambik statement. Tak payah pegi balai. " Ayah terus cakap takyah nak menipu. Saya taknak buat statement bodoh bodoh macam tu je.

Then kan ade yang green pig tu kata ade grant kete kejadah tu semua kan. Ayah suruh police minta grant kete yang green pig kate ade. Tapi police TAKNAK AMBIK LANGSUNG.

Faham tak bila Kau dalam Kecemasan, bila panggil police Kau akan rasa secure tapi ni tak LANGSUNG tapi rase police bersekutu. Yang paling bodoh bila police ambik statement penjahat bukan mangsa.

And we just reported to Bukit Aman. And kena buat lagi police report.

Lesson learned:

1. Snap sebanyak mana gamba yang boleh termasuk POLICE
2. Tanya police datang dari IPD mana so senang nak refer kalau apa apa
3. Kena keras. Simpan ape ape benda untuk protect diri dalam kereta. Sebab bila Ayah keluar besi terus die slow down

**Dakwaan Natasha ini amat serius dan diharap Pihak Polis dapat melakukan siasatan segera kerana ia melibatkan integriti pasukan keselamatan itu.

KONGSI

Thursday, 23 July 2015

Malaysia Diancam Pengkhianat Dalaman! Siapakah Mereka?

Xavier Andre Justo, warganegara Switzerland mendakwa bahawa beliau dijanjikan AS $ 2mil (RM7.6mil) sebagai pertukaran data yang dicuri daripada bekas majikannya PetroSaudi International.

Menurut temubual The Straits Times, beliau tidak pernah dibayar sebagaimana yang telah dijanjikan oleh seorang ahli perniagaan terkemuka di Malaysia. Justo mendakwa perjanjian penjualan dokumen itu dicapai di Singapura pada Februari lepas, diikuti dengan perbincangan tempoh yang panjang tentang kaedah bagaimana beliau akan dibayar. 


Justo, yang kini dipenjara di Thailand atas cubaan memeras ugut bekas majikannya.

Sekumpulan individu yang ditemuinya di Singapura dalam perundingan penjualan data tersebut telah dinamakan dalam 22 muka surat pengakuan Justo kepada polis Thailand. Dia menunjukkan salinan pengakuan kepada The Straits Times.

"Saya cuba untuk membuka akaun di Singapura supaya wang tersebut dibayar secara terus dari akaun (pembeli)," kata Justo. "DBS Bank menolak, saya tidak tahu mengapa. Selepas itu saya membuka akaun di Abu Dhabi atas nama peribadi saya sendiri namun telah ditolak oleh (pembeli) kerana ia mempunyai nama saya di atasnya."

"Kemudian saya cuba menggunakan akaun syarikat saya di Hong Kong dan beliau berkata perkara yang sama, selepas itu melalui syarikat Luxembourg dan sekali lagi (pembeli) enggan maka selepas itu lah Clare Brown memain peranan," katanya.

Beliau merujuk kepada Clare Rewcastle-Brown, editor Sarawak Report kelahiran Malaysia yang berpangkalan di Britain yang mana sepanjang tahun lalu telah membuat dakwaan yang mengejutkan tentang penyelewengan berbilion ringgit firma pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Justo mendakwa pembeli juga menawarkan untuk membayar dengan tunai.

"Jadi saya sepatutnya pergi ke Singapura setiap minggu atau setiap minggu berikutnya untuk menerima sampul surat berisi beberapa ribu atau berpuluh-puluh ribu, dan proses ini diulangi selama beberapa bulan sehingga jumlah akhir dibayar. Dan sekali lagi ditolak," katanya.

Justo ulangi kenyataan Polis Thai minggu lepas, bahawa pengakuan itu disokong oleh dokumen termasuk rekod perbualan WhatsApp dengan pembeli.

"Semua apa yang ditulis dalam pengakuan saya, sebahagian besar terbukti dengan perbualan e-mel, WhatsApp saya dengan mereka."

Beliau mendakwa, Rewcastle-Brown telah bersetuju untuk menerima AS $ 2mil dari pembeli dan menghantar kepadanya sebanyak AS $ 250,000 (RM952,000) sebulan untuk perkhidmatan perundingan.

"Saya tidak tahu sama ada beliau menerima wang atau tidak, kerana saya telah ditahan," katanya. "Saya tidak tahu."

Justo, yang diwawancara di sebuah pejabat kecil di dalam Penjara Reman Bangkok juga mendakwa bahawa kumpulan yang telah ditemui di Singapura termasuk Rewcastle-Brown telah mengubahsuai data yang telah diberikan kepada mereka.

"Saya telah memberikan dokumen-dokumen asal tanpa apa-apa perubahan," dakwa beliau. "Saya boleh mengatakan bahawa saya telah memberikan dokumen kepada dua kumpulan orang," katanya. Satu adalah Rewcastle-Brown bersama kakitangan IT beliau dan satu lagi ialah ahli perniagaan Malaysia bersama rakannya. The Straits Times tidak menamakan ahli perniagaan itu dan juga rakannya sementara menunggu maklumbalas daripada mereka kepada dakwaan terbaru itu.

Beliau mendakwa bahawa orang-orang dia telah temui itu bercakap tentang menggunakan dokumen "untuk mencuba menjatuhkan kerajaan Malaysia", sambil menambah bahawa mereka juga merujuk kepada rancangan untuk "mengubah suai dokumen".

Beliau berkata, beliau telah menuntut PetroSaudi untuk menambah sejumlah wang pada tahun 2013 tetapi  tuntutannya ditolak. Selepas itu, melalui kenalan di Geneva yang ada hubungan dengan Malaysia, beliau telah diperkenalkan kepada Rewcastle-Brown, yang kemudian bertemu di Bangkok di Plaza Athenee Hotel dan di Singapura di Fullerton Hotel. Di Singapura, Rewcastle-Brown telah ditemani seorang individu yang dinamakan dalam pengakuannya.

Menurut The Straits Times, pengakuan Justo ditulis padat dalam huruf besar lebih daripada 22 muka surat.

Beliau berkata, ia tidak dibuat dengan paksaan dan  beliau terkejut mendapat layanan yang baik di penjara Bangkok.

Sumber: Daeng Selili.blogspot