Xavier Andre
Justo, warganegara Switzerland mendakwa bahawa beliau dijanjikan AS $
2mil (RM7.6mil) sebagai pertukaran data yang dicuri daripada bekas
majikannya PetroSaudi International.
Menurut
temubual The Straits Times, beliau tidak pernah dibayar sebagaimana yang
telah dijanjikan oleh seorang ahli perniagaan terkemuka di Malaysia.
Justo mendakwa perjanjian penjualan dokumen itu dicapai di Singapura
pada Februari lepas, diikuti dengan perbincangan tempoh yang panjang
tentang kaedah bagaimana beliau akan dibayar.
Justo, yang kini dipenjara di Thailand atas cubaan memeras ugut bekas majikannya.
Sekumpulan
individu yang ditemuinya di Singapura dalam perundingan penjualan data
tersebut telah dinamakan dalam 22 muka surat pengakuan Justo kepada
polis Thailand. Dia menunjukkan salinan pengakuan kepada The Straits
Times.
"Saya cuba
untuk membuka akaun di Singapura supaya wang tersebut dibayar secara
terus dari akaun (pembeli)," kata Justo. "DBS Bank menolak, saya tidak
tahu mengapa. Selepas itu saya membuka akaun di Abu Dhabi atas nama
peribadi saya sendiri namun telah ditolak oleh (pembeli) kerana ia
mempunyai nama saya di atasnya."
"Kemudian saya
cuba menggunakan akaun syarikat saya di Hong Kong dan beliau berkata
perkara yang sama, selepas itu melalui syarikat Luxembourg dan sekali
lagi (pembeli) enggan maka selepas itu lah Clare Brown memain peranan,"
katanya.
Beliau merujuk
kepada Clare Rewcastle-Brown, editor Sarawak Report kelahiran Malaysia
yang berpangkalan di Britain yang mana sepanjang tahun lalu telah
membuat dakwaan yang mengejutkan tentang penyelewengan berbilion ringgit
firma pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Justo mendakwa pembeli juga menawarkan untuk membayar dengan tunai.
"Jadi saya
sepatutnya pergi ke Singapura setiap minggu atau setiap minggu
berikutnya untuk menerima sampul surat berisi beberapa ribu atau
berpuluh-puluh ribu, dan proses ini diulangi selama beberapa bulan
sehingga jumlah akhir dibayar. Dan sekali lagi ditolak," katanya.
Justo ulangi
kenyataan Polis Thai minggu lepas, bahawa pengakuan itu disokong oleh
dokumen termasuk rekod perbualan WhatsApp dengan pembeli.
"Semua apa yang ditulis dalam pengakuan saya, sebahagian besar terbukti dengan perbualan e-mel, WhatsApp saya dengan mereka."
Beliau
mendakwa, Rewcastle-Brown telah bersetuju untuk menerima AS $ 2mil dari
pembeli dan menghantar kepadanya sebanyak AS $ 250,000 (RM952,000)
sebulan untuk perkhidmatan perundingan.
"Saya tidak tahu sama ada beliau menerima wang atau tidak, kerana saya telah ditahan," katanya. "Saya tidak tahu."
Justo, yang
diwawancara di sebuah pejabat kecil di dalam Penjara Reman Bangkok juga
mendakwa bahawa kumpulan yang telah ditemui di Singapura termasuk
Rewcastle-Brown telah mengubahsuai data yang telah diberikan kepada
mereka.
"Saya telah
memberikan dokumen-dokumen asal tanpa apa-apa perubahan," dakwa beliau.
"Saya boleh mengatakan bahawa saya telah memberikan dokumen kepada dua
kumpulan orang," katanya. Satu adalah Rewcastle-Brown bersama kakitangan
IT beliau dan satu lagi ialah ahli perniagaan Malaysia bersama
rakannya. The Straits Times tidak menamakan ahli perniagaan itu dan juga
rakannya sementara menunggu maklumbalas daripada mereka kepada dakwaan
terbaru itu.
Beliau mendakwa bahawa orang-orang dia telah temui itu bercakap tentang menggunakan dokumen "untuk mencuba menjatuhkan kerajaan Malaysia", sambil menambah bahawa mereka juga merujuk kepada rancangan untuk "mengubah suai dokumen".
Beliau berkata,
beliau telah menuntut PetroSaudi untuk menambah sejumlah wang pada
tahun 2013 tetapi tuntutannya ditolak. Selepas itu, melalui kenalan di
Geneva yang ada hubungan dengan Malaysia, beliau telah diperkenalkan
kepada Rewcastle-Brown, yang kemudian bertemu di Bangkok di Plaza
Athenee Hotel dan di Singapura di Fullerton Hotel. Di
Singapura, Rewcastle-Brown telah ditemani seorang individu yang
dinamakan dalam pengakuannya.
Menurut The Straits Times, pengakuan Justo ditulis padat dalam huruf besar lebih daripada 22 muka surat.
Beliau berkata, ia tidak dibuat dengan paksaan dan beliau terkejut mendapat layanan yang baik di penjara Bangkok.
Sumber: Daeng Selili.blogspot
7.6 juta utk dokumen palsu??jadi dokumen yg ada pada justo original la..klu xda salah laku xkan nak dijual dgn harga tu..maknanya ada salah laku la tu
ReplyDeletesabarlah anom 22:25.....tunggu siasatan selesai....takut-takut jadi fitnah...nak ke makan daging saudara sendiri nanti?
ReplyDelete