Tuesday, 4 August 2015

PENUTUPAN JALAN DAN LENCONGAN SEMPENA GRAND PRIX BANDARAYA KL 2015

PENUTUPAN JALAN DAN LENCONGAN SEMPENA GRAND PRIX BANDARAYA KL 2015

PENUTUPAN JALAN DAN LENCONGAN SEMPENA GRAND PRIX BANDARAYA KL 2015
Tujuh jalan utama di sekitar ibu kota akan ditutup seawal jam 7.30 pagi untuk semua kenderaan sempena acara perlumbaan Grand Prix Bandaraya KL 2015, bermula 7 hingga 9 Ogos ini.
Jalan-jalan yang terlibat ialah:

1. Jalan Sultan Ismail
2. Jalan Ampang
3. Jalan Bukit Bintang
4. Jalan Raja Chulan
5. Jalan Perak
6. Jalan Yap Kwan Seng
7. Jalan Ampang / Dang Wangi


Tujuh lokasi lencongan akan mempunyai akses kawalan untuk memberi laluan kepada pengangkutan awam yang memiliki pelekat khas atau kereta pekerja di sekitar bangunan di kawasan berkenaan.
Tujuh lokasi lencongan itu ialah:

1. Persimpangan lampu isyarat Jalan Raja Abdullah/Sultan Ismail
2. Jalan Ampang - Pusingan U dIhadapan Avenue K 
3. Persimpangan lampu isyarat Jalan Bukit Bintang Pavillion
4. Persimpangan Jalan Raja Chulan berhampiran Bangunan Ambank Group 
5. Persimpangan lampu isyarat Jalan Raja Chulan / Sultan Ismail
6. Persimpangan lampu isyarat Jalan Ampang / Yap Kwan Seng
7. Persimpangan Jalan Dang Wangi / Jalan Ampang

Orang ramai adalah dinasihatkan supaya menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam terutamanya Monorel dan LRT dan mengelak daripada menggunakan jalan yang terlibat dengan kesesakan lalulintas serta mematuhi arahan anggota polis yang bertugas.
Pengguna jalan raya juga boleh menghubungi Bilik Gerakan Trafik Kuala Lumpur di talian 03-2071-9777, Hotline Dewan Bandaraya Kuala Lumpur 03-26179378, penganjur GT Global Race (M) Sdn. Bhd 03-62012719 untuk pertanyaan mengenai penutupan dan lencongan jalan berkenaan.

No comments:

Post a Comment