Thursday, 3 September 2015

BERKAS! Tindakan Mahathir Menghasut Rakyat!

4 sebab solid untuk berkas TUN Mahathir.

Pertamanya merujuk kepada kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bertarikh 17/5/2015 di dalam artikel MT Malaysia Today (www.malaysia-today.net) bertajuk- Tun Mahathir Cadangkan Usul Undi Tak Percaya- terhadap Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Razak. Ekoran daripada itu, telah menimbulkan huru hara, perpecahan dan keraguan terhadap kesemua individu di dalam organisasi UMNO.

Kedua, merujuk kepada kenyataan yang di keluarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad melalui artikel di dalam Malaysiakini, bertarikh 1/9/2015 bertajuk - Mahathir: Hadir demo, jalan terakhir singkir Najib-, adalah disyaki membuat provokasi kepada masyarakat untuk melakukan sesuatu tindakan bagi tujuan untuk menggulingkan kerajaan tanpa mengikut prosiding dan peruntukkan undang-undang yang sedia ada.

Ketiga, Tun Dr Mahathir Mohamad, di dalam kenyataan media berbentuk rakaman video yang disebarkan melalui laman You Tube/ KiniTv bertarikh 30/8/2015, ketika beliau menghadiri perhimpunan BERSIH 4, telah menbuat tuduhan yang di syaki palsu dan berniat jahat terhadap Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Najib Razak dengan kenyataan lisan seperti berikut,- Im aware that he (Najib) has bribed all the UMNO members of Parliament.  He has bribed all the head of all he division of UMNO-. Kenyataan ini telah menimbulkan kebencian, rasa curiga dan ketidak percayaan rakyat terhadap Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Razak serta ahli-ahli UMNO khsusnya dan kepada kerajaan yang memerintah ( Barisan Nasianal ) amnya.

Keempat , Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengeluarkan kenyataan media berbentuk rakaman video yang disebarkan melalui You Tube/ KiniTv bertarikh 31/8/2015 bertajuk- Dr Mahathir Setuju Demo Jalanan Gulingkan Najib-, beliau telah mengeluarkan kenyataan lisan seperti berikut, - Najib tutup segala saluran untuk rakyat menyuarakan pendapat mereka, kalau buat laporan polis. Polis tak ambil peduli-. Kenyataan ini juga menimbulkan rasa benci rakyat terhadap pemerintah terutamanya kepada Perdana Menteri , Datuk Najib Razak. Ianya juga disyaki menjejaskan kredibiliti dan integrity Polis Diraja Malaysia di mata rakyat.

Tun Mahathir sudah lupa segala yang dilakukannya ketika Zaman Reformasi Anuar Ibrahim.

Jangan cuba dapatkan publisiti murahan wahai bekas perdana menteri ku!!!

Karma mengikuti Mu.....

1 comment:

  1. Walau kita nak menafikan sekuat mana sekalipun, rasuah tetap sudah berlaku. Bukan sedikit, RM2.6B sememangnya adalah rasuah yang diambil oleh Najib. Duit tersebut bukan untuk parti atau negara, tapi atas kapasiti peribadi. Diburukkan lagi, apabila wang tersebut telah mengalir keluar pula ke akaun peribadinya di Singapura, Kalau masih ada yang secara jujurnya mengakui bahawa ianya bukan rasuah, terpulanglah kepada penilaian sendiri. Rasanya kita mempunyai IQ untuk menilai sendiri. Semua itu tidak penting. Apa yang lebih penting, kita mesti lebih bertanggungjawab kepada parti, tidak sepatutnya UMNO terpalit dengan rasuah yang mengakibatkan imej parti terjejas teruk. Kalau kita masih lagi di tahap penafian sedangkan satu dunia sudah membuat kesimpulan berdasarkan bukti-bukti sahih. Apakah kita rasa UMNO masih dapat bertahan dalam PRU akan datang. Kenapa UMNO perlu dikorbankan hanya kerana kepentingan seorang individu yang sepatutnya bertanggungjawab dengan apa yang sudah dilakukan. Individu yang sanggup memecat sesiapa saja walaupun tidak bersalah hanya untuk mempertahankan kelangsungan politiknya sendiri. Apakah sebegini rendah tahap perjuangan UMNO yang kita laung-laungkan selama ni. Kalau kita juga berjuang untuk individu tertentu, apa bezanya UMNO dgn PKR dgn Anwarnya, DAP dgn Kit Siangnya dan PAS dgn Nik Aziznya. Bila Anwar masuk penjara, PKR sudah lemah. Bila Nik Aziz meninggal, PAS juga sudah lemah. Fikir-fikirkanlah wahai ahli UMNO, siapa sebenarnya pengkhianat UMNO. Yang mempertahankan perasuah atau yang mempertahankan prinsip-prinsip UMNO yang tidak bersekongkol dengan pemimpin yang mengamalkan Rasuah?

    ReplyDelete